Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA.
Pejam celik, pejam celik, hari ini sudah Jumaat yang pertama dalam bulan Mei 2013. Bahang mengundi makin terasa. Perang bendera di sana sini. Sehingga adakala merimaskan pandangan. Rasa macam pencemaran penglihatan pula.
Kita disajikan dengan pelbagai maklumat, dan kita sendiri perlu menilainya dengan ilmu, bukan dengan nafsu. Kadang-kadang sedih melihat sesama hamba Allah mencari sisi buruk kemudian menyebarkannya, adakah ini satu-satunya cara untuk menang? Kami tidak suka kempen cara begini. Kami lebih suka konsep win-win. Tidak perlu menjatuhkan atau menghentam. Satu sahaja, terangkan apa yang anda perjuangkan untuk agama, bangsa dan negara, dan apa yang anda lakukan untuk mencapainya. Titik.
Kadang-kadang kami senyum sendiri, dalam hati terdetik ungakapan ini, "kan best kalau pilihanraya ni dibuat 3 bulan sekali ke, setahun 2 kali ke" sebab apa? sebab kami melihat hanya tika kempen ini, apa yg diadukan cepat diambil tindakan. Hanya tika ini, kita dapat melihat ramainya ahli-ahli top management masuk kampung, melawat orang tua uzur atau mereka yang daif. Hanya tika ini, kita dapat melihat betapa banyaknya sumbangan-sumbangan dikeluarkan untuk kebajikan rakyat. Betulkan? Kalau setuju, sila senyum bersama kami ^-^
Baiklah, saja mahu menambah bahang pilihanraya. Jom cerita tentang makan-makan pula. Dah masuk waktu tengah hari ini, perut pun dah mula menyanyikan lagu merdunya. Kali ini bukan nak kongsi resepi, kami nak kongsikan cerita tentang kek yang diidam oleh ahli keluarga dan kawan-kawan hanya dengan sekeping gambar.
Haa...ada sesiapa tak yang terliut melihat gambar di atas. Ada? Wahhh...rupanya aura kek ini sangat mengujakan. Awalnya gambar ini kami letakkan di fb, hanya untuk memberi respon dengan promosi kek ini. Tetapi lain pula yang jadinya apabila, dua orang ibu mengandung tiba-tiba mengidamkan kek ini. Samalah dengan seorang kawan baik saya ni >> Mar.
Dipendekkan cerita, dalam pada harapan untuk bawa balik kek ini sangat tipis...Tiba-tiba...jeng...jeng...jeng...Takdir Allah, kami diizinkan untuk membawa balik sebiji kek ini untuk disantap oleh orang-orang yang tersayang. Tempah sebiji terus, makan ramai-ramai, seronok ^-^
Opss...lupa pula, nama kek ini Vanilla Cream Cheese Cake. Di bawah, kami kongsikan testimoni:
>> Ayah & emak: Selalunya ayah dengan emak akan kongsi sepotong kek. Tapi kali ini, ayah habiskan sepotong kek, dan emak pun sama. Satu fenomena. Ayah puji, kek ni sedap, kena dengan selera ayah. Emak menambah, ayah memang suka 'kek Melayu'. Dan benda yang paling fenomena apabila emak menghabiskan sepotong kek, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Kesimpulannya, kek ini menepati selera ayah yang sukakan 'kek Melayu' dan emak yang sukakan kek yang tidak terlalu manis.
>> Ibu mengandung 1 a.k.a my buddy: Ibu mengandung ni memang dari dulu pun hantu kek. Dia makan kek ni berulang. Dah habis sepotong, dia tunggu kejap, tunggu 'perut turun' katanya. Kemudian, ambil lagi sepotong. Siap tapau tau.
>> Mar a.k.a my buddy: Mar ni dari JB, takdir Allah tika dia pun turut sama mengidam kek ini, memang dia dalam perancangan untuk datang ke rumah ayah. Dengan izinnya, Mar juga dapat menikmati kek ini, siap ulang makan untuk sarapan keesokan harinya. Tak dapat nak tapau, sebab kek dah habis. Hehehehe
>> Adik comel: Adik suka cream cheese sahaja. Keknya dia cakap, macam mak buat. Hahahaha... Biasa je katanya...Haaa...tengok tu, sebab tu kek ni ayah suka sangat-sangat.
>> Ibu mengandung 2 a.k.a Along: Hmmm...yang ni tak tahu apa testimoninya. Sebabnya, Along tak makan kat rumah ayah, dia tapau...Tapi, jangan tak tau, banyak juga dia tapau.
>> Kami: Yati memang die hard fan kek vanilla Kak Syafa ni. Tak letak krim pun yati suka, kalau letak apatah lagi. Kek dia lembut, wangi, sedap sangat. Incik imamku pun sama, dia kurang sikit kek coklat, dapat kek vanilla ni, memanglah fav dia. Bayangkan jelah kalau kek yang gambar atas sekali tu sekali hadap je.
>> Arif: Adik lelaki seorang ini, jilat jari dari jauh. Hehehehe.
Haa...ada yang teringin untuk menempah? Boleh la klik di senarai blog di tepi tu.
Dan boleh juga klik DI SINI untuk ke page fb. Kalau sebiji tu harganya RM 50, tapi kami tidak pasti pula berapa kg dan diameter keknya. Kalau nak tahu boleh hubungi tuan punya kedai ^-^
Benda yang paling menggembirakan, apabila Allah izinkan kami untuk tunaikan keinginan mereka. Seterusnya, berkongsi bahagia kerana dengan izin Allah, sebiji kek membuatkan rumah ayah disinari senyuman dan wajah gembira mereka yang menikmati kesedapan sepotong, dua potong, tiga potong... vanilla cream cheese cake. ~ukhwah fillah~
Terima kasih buat Kak Syafa yang sudi melayan permintaan kami walaupun tempahan sudah penuh. Terharu sangat-sangat! Semoga Allah permudahkan semua urusan, dan perluaskan pintu rezeki ^-^ amin.
~cinta~ukwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment