Powered by Blogger.
RSS

Ikan Guppy/ Gapi...Oh Ikan Guppy/ Gapi!

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, kita bersua lagi, bagaimana hari kawan-kawan hari ini, besar harapan kami agar semuanya ceria bagai mentari yang megah bercahaya ^-^

Sejak kebelakangan ini, kami kerap menerima panggilan/ sms/ WhatsApp dari kawan-kawan yang tentang penjagaan ikan Guppy/ Gapi. Wahhh...ramai rupanya yang punya minat untuk membela ikan ni.

Untuk yang bertanya, minta maaf andai kami menjawab ada kurang di mana-mana. Kami bukanlah pakar, menjawab berdasarkan pengalaman sahaja. Kebanyakan yang bertanya adalah yang baru hendak cuba, dan kecewa apabila ada yang mati. Bertenang...bertenang ye kawan-kawan, sedih iya, kecewa, iya...tapi jangan lama-lama, semua itu pengalaman.

Hari ini kami mahu kongsikan kesilapan-kesilapan yang kita lakukan apabila baru pertama kali membela ikan guppy/ gapi ni...semoga ianya memberi manfaat dan rujukan buat kawan-kawan. 

p/s: Entrynya agak panjang

Kesilapan 1: Membeli Semua Aksesori, Bekas dan Ikan Serentak
- Cadangan kami, kawan-kawan beli bekas/ akuarium dulu. Kalau mahu beli aksesori, boleh, tapi jangan terlalu teruja sehingga akuarium jadi terlalu semak, dan ikan mengalami kejutan (pernah ke beli ikan kat kedai, dalam akuarium tu tauke kedai buh macam-macam aksesori? tidak kan...). Dah beli, bawa balik rumah, basuh dahulu bersih-bersih. Kemudian, buh air, buh aksesori yang dah beli tadi. Biarkan sekurang-kurangnya semalaman, paling bagus 24jam. Esoknya, baru beli ikan.

Kesilapan 2: Cantik Ikan-ikan Dia Kak!
- Cadangan kami, untuk permulaan, beli 1-2 pasang ikan dahulu. Jangan beli sampai 10 ekor! A big NO! Rasai pengalaman menjaga, merawat ikan. Apabila ikan telah serasi, stabil semuanya, barulah tambah. Tapi, perlu ingat SAIZ akuarium. Beri peluang untuk ikan bebas berenang kuak lentang gitu...

Kesilapan 3: Kurang Membaca
- Cadangan kami, gali ilmu dahulu kawan-kawan. begitulah yang kami lakukan dulu. Jangan malas-malas tau! Kalau ikutkan baca dari kulit ke kulit, gitu istilahnya. Banyak rujukan di internet yang boleh kita baca, ramai yang tak lokek berkongsi ilmu. Kaji dulu tabiat ikan, apa yang ikan suka, apa yang ikan tak suka. Kemudian lanjutkan dengan penjagaan di dalam ruang terhad (akuarium). Tahap survivor ikan. Kemudian lanjutkan lagi tentang pembiakan, dan lagi...dan lagi...jangan berhenti cari ilmu.

Kesilapan 4: Ikan Perlukan Oksigen kan kak?
- Cadangan kami, ye betul dik...dalam air pun memang dah ada oksigen yang terlarut. Sebab itu dalam akuarium jangan letak ikan banyak-banyak, sesak nafas ikan dik. Kalau saya nak bela banyak-banyak jugak, saya letak pam, boleh tak kak? Again, a big NO! Teorinya bukan begitu. Perasan tak, ikan berenang, seperti tertarik ke pam. Betulkan? Lama-lama ikan penat melawan arus. Dan ada juga yang tersedut masuk dalam pam. Ini kesilapan besar. Andai ada yang masih mahu menggunakan pam, pastikan kuasa pam (power) adalah sesuai dengan SAIZ akuarium (again, saiz akuarium adalah faktor yang penting juga), Kemudian, tutupkan bahagian blower, kita gunakan pam hanya utk circulate air je. Pam membantu apabila ikan dah banyak, dan memerlukan penjagaan akuarium yang optimum. Ikan kuat makan, so kuat juga membuang, so, air cepat kotor, mudah kan teori itu.

Kesilapan 5: Anti Klorin tu Apa?
- Cadangan kami, kami tak bergantung sangat dengan anti klorin ni. Di rumah kami memang guna air yang bertapis. Kalau gi kedai, memang tauke akan suggest beli. Ianya baik, untuk nyahkan klorin dari air, iya, air terawat senang cerita, air paip kat rumah kita tu basically memang ada added klorin. Itulah gunanya cecair ni. Tak salah pun hendak guna, tapi...haa...ada tapinya tu...guna ikut arahan kat botol ye kawan-kawan, ada arahan 1 tutup botol utk 8 gallons water, tau tak 8 gallons tu banyak mana...hah, gi google sekarang. Kalau tank biasa cukup la setitik dua. Anyway, depend on brand gak, again, sila ikut arahan. 

Kesilapan 6: Terlebih Beri Makan
- Cadangan kami, buat jadual sendiri, sehari 3-4 kali sudah memadai. Dan sekali beri bukan sampai suku botol makanan tu. Berpada-pada. Ikan memang kelihatan seperti meminta makan. Tahankan hati. Mainlah dengan mereka, ikan-ikan ni bila dah biasa, manjanya tergedik-gedik ^^Y 

Kesilapan 7: Terlalu Sempurna, dan Kecewa Lagi...
- Cadangan kami, mulalah dengan perkara yang asas dahulu...perlahan-lahan, timba ilmu dan pengalaman. "Saya measure suhu air, pH air pun saya dah pastikan betul. Pam pun saya dah buh, kenapa ikan saya mati juga"...Allahu Allah...melihat kesungguhannya dan rasa kecewanya, kami memahami. "Saya guna air bukit pun mati, air mineral pun mati" Keluhan lagi. Kawan-kawan, ikan ini tidak seperti ikan peliharaan yang lain, melalui pengalaman, tahap survivor tinggi. Tidak perlu penjagaan yang terlalu kompleks. Cubalah sedikit-sedikit, in shaa Allah...

Lain-lain soalan yang pernah ditanya kepada kami. 

S - Air nak letak paras mana? 
J - Setengah boleh, 3/4 pun boleh. Tiada masalah mana-mana, tapi kami prefer 3/4, ikan akan lebih luas skala ikan berenang.

S - Kalau nak tinggalkan ikan lama-lama, nak bagi makan apa?
J - Boleh rujuk SINI

S - Ikan ni melompat ke kak? 
J - Melalui pengalaman, ikan ini adakalanya melompat, namun tidaklah sampai melompat keluar akuarium, baru baca tadi, andai ia melompat keluar, itu bermaksud ikan stress dengan persekitran dan air

Ini sahajalah coretan kami, andai ada lagi persoalan, boleh drop comment ye

Boleh rujuk balik post kami di SINI, ataupun klik je kat tag Penghuni Comel. Bila lihat post-post yang lama, baru sedar, rupanya sudah lama kami berkecimpung dengan ikan ni, hehehehe. Tahun 2013. Pernah kami merajuk, tukar bela ikan besar, bela ikan kap, kaloi, lampam...tapi, hati masih mencintai, kami kembali semula dengan mereka. 

Sampai sini dahulu, ada masa kita berjumpa lagi, in shaa Allah.

Ilalliqa' dan salam sayang.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS