Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,
Hari ini sudah masuk 4 Rejab, ada sesiapa yang berpuasa sunat? Alhamdulillah, tahniah kami ucapkan ^-^ Ada sahabat-sahabat kami yang sedang hamil, menjadikan bulan Rejab sebagai set mark untuk berlatih puasa. Tahniah! ^-^ kami doakan semoga latihan ini juga menjadi tarbiyah buat bakal cahayamata. Kami juga doakan semoga Allah mempermudahkan usaha kita untuk beramal dan merebut segala kebaikan di bulan Ramadhan. Amin.
Hari ini kami akan kongsikan tutorial untuk membuat bakul bunga, terlebih dahulu kami mohon maaf, andainya kualiti gambar tidak memuaskan atau cara penyampaian kami sukar untuk difahami. Kami di pihak Leyanita Craft Studio cuba untuk memberikan yang terbaik, semampunya kami.
Baiklah, tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan. Sebelum tu, jangan lupa mulakan dengan kalimat Bismillahirrahmanirrahim.
Masih ingat lagi tak sebelum ni kami kongsikan tentang unit segitiga. Kalau tak ingat, boleh rujuk DI SINI. Mula-mula kita amik dua unit segitiga, dan tindihkan seperti gambar. Gunakan warna yang sama. Di sini kami gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan kawan-kawan. Dan untuk lebih jelas.
1. Kami memilih warna hitam sebagai dasar bakul. Kawan-kawan boleh guna apa sahaja warna yang disukai. Buatkan pasangan segitiga ini sebanyak 18 unit. Baiklah, dah siap dah 18 unit? Dah... alhamdulillah ^-^ kita teruskan ye.
Kita akan mula mencantumkan setiap pasangan segitiga tadi. Cara mencantumnya seperti yang dalam gambar ye. Apabila kita cantumkan, dia akan jadi satu ring (atau mungkin kita boleh istilahkan gelung dalam bahasa kita). Kalau kita cantum tu, tiba-tiba ia jadi menurun/ menaik seperti di dalam gambar lagi satu, maknanya ada la kita tersilap masukkan pasangan tu. Boleh cabutkan satu pasangan dan cantumkan semula. Jangan stres ye bila tersalah masukkan. Sebab kita tidak menggunakan gam, hanya cantumkan.
2. Beginilah ring yang disebutkan tadi. Gambar kecil tu untuk menjelaskan bagaimana cantuman dibuat. Adakalanya ketika mencantumkan pasangan, ada yang akan terkeluar semula, andai ini berlaku, jangan panik. Ini biasa berlaku bagi kertas yang agak licin permukaannya. Cantumkan perlahan-perlahan, kalau rasa mahu menggunakan gam, silakan. Cuma pastikan kedudukannya betul sebelum meletakkan gam. Kawan-kawan boleh juga mencantumkan 9 unit pasangan dulu. Kemudian buat 9 unit pasangan yang lain secara berasingan. Kemudian, cantumkan ( 9 unit pasangan + 9 unit pasangan). Biasanya kami buat begitu, dan tekankan sedikit bagi ianya kejap dan kukuh.
3. Kemudian, kita tambahkan lagi satu lapisan segitiga di atas ring tadi (mudah kata, kita ada 3 lapisan ring. Fahamkkan?). Maaf, kami terlupa mahu ambil gambar ring yang lengkap ada 3 lapisan. Tetapi kawan-kawan boleh rujuk gambar ni untuk melengkapkan ring tersebut.
Cara meletakkan unit segitiga bagi membentuk model adalah seperti gambar yang ada tanda right tu. Apabila kita mencantum begitu, barulah terhasil cantuman yang kukuh. Jangan buatkan seperti gambar yang ada tanda pangkah tu. Kalau lakukan cantuman selari begini, ianya lebih cepat terurai, tak kukuh. Fahamkan? Alhamdulillah, boleh kita pergi ke langkah seterusnya? Boleh? Alhamdulillah ^-^ mudahkan sebenarnya.
4. Kemudian, selang dua unit segitiga, kita akan cabut keluar satu unit segitiga. Faham tak? Gambar kecil (yang berlainan warna) untuk menjelaskan lagi. Kawan-kawan boleh rujuk anak panah putih tu. Di situlah setiap unit segitiga dicabut keluar.
5. Di ruang yang kosong tadi (yang telah dicabut keluar tadi), letakkan unit segitiga yang berlainan warna secara terbalik/ songsang. (Istilahnya dalam english ialah inverted). Kawan-kawan boleh rujuk gambar untuk lihat bagaimana unit segitiga diletakkan secara terbalik. p/s: Mulai langkah ini, kita akan cantumkan secara terbalik bagi setiap unit segitiga.
6. Kami menggunakan warna merah jambu. Letakkan unit segitiga merah jambu di setiap ruang kosong tadi. Kemudian di setiap bahagian yang berwarna merah jambu, hasilkan cantuman yang berbentuk diamond. Di mana turutan cantumannya ialah 1 - 2 - 1. Untuk lebih jelas, kawan-kawan boleh rujuk gambar kecil yang berlainan warna tu.
Inilah hasilnya apabila dah siap cantum bentuk diamond untuk setiap unit segitiga warna merah jambu. Baiklah jangan keliru apabila melihat gambar. Sambil kita mencantumkan unit-unit segitiga, sambil itu, kita akan kuncupkan ring supaya ianya menegak ke atas. Tidaklah ianya hanya membulat macam piring. Kita akan kuncupkan ia mengikut arah seperti di dalam gambar. Maksudnya, bahagian warna merah jambu yang terbalik tadi, duduknya di luar, dan bahagian yang normal di dalam. Fahamkan?
7. Kemudian, pilih satu bahagian merah jambu, hasilkan cantuman yang berbentuk piramid. Kawan-kawan boleh rujuk gambar untuk lebih jelas. Gunakan warna dasar, warna merah ini hanya untuk menjelaskan bagaimana mahu menghasilkan bentuk piramid.
Hanya tiga kawasan merah jambu yang akan dilitupi piramid penuh apabila kita selesai membuat piramid. Ini kerana kita akan mendominasi sudut kiri dan kanan, lalu, yang lagi tiga akan tidak cukup bilangannya andai kita mahu buat piramid penuh. Kalau kita lakukan juga akan berlaku pertindihan segitiga, nanti akan lebih mengelirukan.
Baiklah, kami istilahkan ini sebagai kawasan merah jambu yang kosong (kosong kerana tiada piramid di atasnya).
8. Sempurnakan warna merah jambu yang kosong dengan membuat piramid kecil (yang berlainan warna). Kawan-kawan boleh rujuk gambar untuk lebih jelas.
Alhamdulillah, siaplah bakul bunga kita, kuncup-kuncupkan ia bagi mendapatkan hasil yang lebih menarik, jangan takut untuk tekan-tekankan sedikit. In shaa Allah, ianya tidak mudah tercabut.
Baiklah mari kita lihat bagaimana mahu membuat pemegangnya pula. Untuk hasilkan pemegang, ia, sebenarnya bebas. Kawan-kawan boleh bereksperimen dengan warna. Cuma satu, ianya perlulah mempunyai 25 unit segitiga, dalam satu barisan.
1. Cantumkan unit segitiga seperti di dalam gambar. Turutannya 1- 2 - 1 - 2 - 1 - 2 ....sehingga selesai 25 unit.
Inilah hasilnya. Untuk tutorial ini, kami gunakan turutan H - P - P - P - H - P - P - H - H - P - H - H - P - H - H - P - H- H - P - P - H - P - P - P - H (H = hitam, P = putih) Cukupkan 25? Kawan-kawan boleh gunakan apa sahaja turutan, tidak perlu terlalu skema dengan turutan kami ni. Hehehe.
2. Mampatkan dan padatkan pemegang ini, kalau boleh biat betul-betul mampat untuk hasil yang baik.
3. Kemudian, kita bengkokkan ia. Maka jadilah seperti ini.
Baiklah sekarang kita sudah ada bakul, dan pemegangnya. Bagaimana pula hendak mencantumkan kedua-dua item ini? Jom, kita lihat gambar berikutnya.
Mula-mula, cuba kawan-kawan periksa pemegang, ada berapa ruang. Ada empatkan, betulkan? Kawan-kawan boleh pilih mana-mana sudut bakul. Maksud kami sudut 'bawah piramid' jangan pula pilih sudut 'puncak piramid' lain pula nanti rupanya. Hehehehe.
1. Cantumkan seperti di dalam gambar.
Hasilnya seperti ini (lihat bulatan) nampak kemaskan. Terpulang kepada kawan-kawan sama ada mahu menggunkan gam atau tidak. Kami lebih selesa tidak menggunakan gam. Namun, andai untuk jualan, kami akan meletakkan gam untuk lebih kukuh dan tidak tercabut-cabut.
2. Untuk cantuman pemegang di bahagian yang bertentangam. Cantuman perlu dilakukan seperti di dalam gambar. Ini kerana hujung pemegang adalah bentuk runcing, tidak mempunyai 4 ruang seperti yang sebelumnya.
Maka terhasillah bakul bunga. Alhamdulillah ^-^ Tahap kebengkokkan pemegang bolehlah disuaikan dengan luas diameter bakul.
Alhamdulillah, dengan izinNya, kami dapat berkongsi tutorial ini.
Kawan-kawan boleh tinggalkan soalan di ruang komen, atau menghubungi kami andai ada bahagian yang sukar difahami. In shaa Allah kami akan balas semampu kami.
Kawan-kawan juga boleh merujuk VIDEO INI. Video ini rasanya telah dikemaskini oleh tuannya. Sebelum ini, videonya lebih ringkas, tiada perincian sangat. Mungkin ada yang lebih faham apabila melihat video ini.
Sahabat-sahabat bolehlah cuba menghasilkan bakul bunga yang cantik ini. Boleh dijadikan hiasan di dalam rumah/ pejabat. Boleh juga dihadiahkan ^-^
Semoga memberi manfaat!
p/s: Boleh juga menempahnya dari kami Y^^
~cinta~ukhwah~hadiah~
24 comments:
wah...cantik..jemput singgah..
http://warnawarniituindah.blogspot.com/
dah singgah...kreatifnya, kami dah lama x buat 3D origami lantaran keterbatasan masa...keep it up sis :)
weh... keren banget neng
^-^ thnx
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. cara buat bakul dari surat khabar
Terima kasih sis, maksud sis, sis nak tutorial ke cara nak buat bakul dari surat khabar?
makasih yaa buat infonya, salam dari Jasa Sablon Kaos Jakarta
sama2 kasih ^-^
Keren yah artikelnya :) konveksi murah jogja
konveksi kaos polo konveksi kaos polo
Hey guys, know us factory konveksi kaos can make shirts, polo shirts, and shirts dph pdl jogja
cheap and cheapest prices in Jogja. The processing time is also only 7 days. Click immediately the link above ...
Hey guys, know us factory pabrik kaos can make shirts, polo shirts, and shirts dph pdl jogja
cheap and cheapest prices in Jogja. The processing time is also only 7 days. Click immediately the link above ...
very good article. I am happy to be able to come to this website.
Do you need a uniform? contact us kaos kerah polos for your uniform production!
Hello friends, introduce us jasa sablon ready to serve in making your shirt. Immediately visit the link.
Hello friends, introduce us konveksi kaos jogja ready to serve in making your shirt. Immediately visit the link.
Hey guys, know us factory that can make shirts, polo shirts, and shirts dph pdl jogja
cheap and cheapest prices in Jogja. The processing time is also only 7 days. Click immediately the link above ...
Hey guys, know us factory that can make shirts, polo shirts, and shirts pdh pdl jogja. Click immediately the link
kaos polos jogja ...
Check in this link. You will get surprizing bikin kaos
very good article. I am happy to be able to come to this website.
Do you need a uniform? contact us pabrik kaos for your uniform production!
Check in this link. You will get surprizing Konveksi Kaos Anak Jogja
Jika anda sempat lakukan penelusuran web di Google, Yahoo!, Bing, atau mesin perayap yang lain, anda akan lihat daftar web yang berkaitan dengan penelusuran anda.
Mesin perayap mengurutkan hasil penelusuran itu bukan dengan acak, tapi berdasar pada tingkat kaitan serta kualitas web.
Terdapat beberapa unsur yang dipakai oleh mesin perayap untuk memastikan ke-2 unsur itu. Berikut yang melatarbelakangi SEO.
SEO atau Search Engine Optimization ialah usaha-usaha optimasi web untuk mesin perayap supaya memperoleh rangking yang lebih baik pada hasil penelusuran.
Mesin perayap memakai algoritma tersendiri untuk mengurutkan situs-situs berdasar pada ranking.
Dengan mempraktikkan Check this biaya bikin website toko online,
bermakna kita sesuaikan web kita supaya berteman dengan algoritma itu.
Hey guys, know us factory that can make shirts, polo shirts, and shirts pdh pdl jogja. Click immediately the link
buat kaos polo ...
Hey guys, know us factory that can make shirts, polo shirts, and shirts pdh pdl jogja. Click immediately the link
harga polo shirt bahan lacoste ...
SEO mempunyai tujuan untuk tempatkan satu situs pada tempat paling atas pada suatu mesin
perayap berdasar pada keyword tersendiri. Dengan begitu jika satu situs atau website ada tempat
paling atas dalam hasil penelusuran karena itu mempunyai kesempatan yang besar untuk dikunjungi pengunjung..
Dengan mempraktikkan Check this bisnis review,
bermakna kita sesuaikan web kita supaya berteman dengan algoritma itu.
Hey guys, kenalin kami pabrik pesan polo shirt bordir, bisa membuat kaos, polo shirt, dan kemeja dph pdl jogja
harga murah dan termurah di jogja. Waktu pengerjaan juga hanya 7 hari saja. Klik segera link diatas...
Post a Comment