Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,
Alhamdulillah, selesai sudah PRU13. Suka sangat, sebab dah rasa terlalu semak dengan perang bendera, kempen sana-sini (yang tak berapa nak sihat). Itu belum lagi ditambahkan dengan keyboard warrior, istilah baru era ini. Baiklah tidak mahu memanjangkan cerita tentang PRU ni. Titik.
Ini adalah kali pertama kami bercerita tentang jalan-jalan. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, kami dapat jalan-jalan di Lumut. Sebenarnya, kami perlu ke Lumut kerana tanggungjawab mengundi. Tapi kiranya sambil menyelam minum airlah ni. Mengundi dan honeymoon lagi ^-^
Perjalanan kami bermula dari KL melalui MRR 2, Kepong-Sungai Buloh-masuk tol Lata-keluar di kawasan Kuala Selangor-Tanjung Karang-Sungai Besar-Teluk Intan-Lekir-Lumut.
Seperti selalu, kami hanya menginap di hotel bujet. Sebelum hendak ke sana, kami sudah survey beberapa hotel bujet. Alhamdulillah, dengan izin Allah, penginapan kali ini sangat memuaskan hati.
Kami menginap di GM Holiday Hotel. Sebelum sampai ke pekan Lumut, kita akan dapat melihat stesen minyak Shell di sebelah kanan. Simpang ke hotel ini di sebelah kiri, dia di atas bukit.
Di kawasan itu terdapat beberapa lagi deretan hotel bujet. Mujur kami telah menempah awal (dengan bantuan kawan baik Incik Imamku), kerana tidak lama lepas kami check in, telah tertampal di pintu hotel 'Full house'. Inilah pandangan luar hotel.
Kadar semalam bagi bilik yang kami ambil (untuk 2 orang) RM60. Kami di sini selama dua malam. Deposit RM 50 bagi yang menempah awal. Ketika kami mahu check out, barulah kami tahu, rupanya ada bilik yg lebih murah untuk 2 orang iaitu RM 50. Seperti hotel-hotel bujet yang lain, check in pukul 2.00 petang dan check out sebelum pukul 12.00 tengah hari.
Gambar ini ketika kami mahu check out. Saja mahu letak kerana meja penyambut tetamu tu mewah dengan dekorasi. Pekerja-pekerja di sini sangat bagus. Customer service mereka sangat tip top. Ketika kami mahu check in, ada seorang pengunjung yang tidak menempah awal, tetapi mahu demand bilik. Kesian juga kami melihat pekerjanya yang masih senyum dan sabar melayan kerenah pengunjung yang kurang adab itu.
Pekerja tersebut meminta maaf kepada kami yang di belakang, dan meminta kami tunggu sebentar di lobi menunggu. Wah, menarik, hotel bujet ni ada ruang yang menarik seperti ini.
Gambar itu adalah deco yang terdapat di lobi menunggu. Pertama kali kami menginap di hotel bujet yang menitik beratkan hiasan dalaman.
Selesai urusan dengan pengunjung yang kurang adab itu, pekerja tersebut datang kepada kami, berkali-kali meminta maaf dan terus membuat urusan check in.
Selepas membayar penuh, pekerja tersebut akan memberikan kad kunci, alat kawalan jauh televisyen dan penghawa dingin. Menarikkan? Dan tiga benda ini juga perlu diserahkan kembali ketika mahu check out.
Ketika menunggu, kami sempat meneroka di ruang ini. Sekali lagi, hotel ini sangat menarik. Walaupun tidak menyediakan kafe atau restoran. Tetapi mereka menyediakan ruang untuk bersantai, dengan membawa tema bar cafe. Sekali lagi, hiasan dalaman hotel ini memukau pandangan kami.
Baiklah, untuk pengetahuan, hotel ini tidak menyediakan lif. Andai dapat bilik di tingkat atas. Perlulah naik tangga.
Jangan risau, kawasan tangga yang lapang, selesa untuk urusan turun-naik. Chewahhh...tu nombor bilik kami, cantikkan 222.
Dan...apabila melangkah kaki masuk ke bilik, wahhhhh....cantiknya!
Dekorasi bilik sangat tip top. Boleh pilih pengcahayaan romantik atau terang. Biliknya tiada almari, tapi disediakan hanger dan tempat mengantung pakaian. Sudah siap ditandakan arah kiblat. Ruang untuk solat berjemaah agak sempit sedikit (kalau solat seorang demi seorang, sangat ngam la). Kami perlu menyusun kedudukan dengan sangat tepat. Hehehehe.
Haaa...tanda adalah benda yang penting jugakan. Nampak tak bekas kecil dekat dengan shower tu? Itu ialah bekas sabun dan syampu. Kelassss kan! Di dalam tandas telah tersedia tisu, tuala mandi (untuk dua orang), tuala buat alas kaki, dengan tuala muka. Kelasss kan! Inilah hotel bujet pertama yang kami pernah inap menyediakan kelengkapan yang cukup.
Lagi satu kemudahan yang disediakan di sini ialah water dispenser ni. Sila abaikan tuala yang ada di atasnya. Gambar ini diambil ketika kami nak check out. Tuala itu diletakkan sekejap oleh adik yang membersihkan bilik di sebelahnya. Water dispenser ni terletak di koridor bertentangan dengan bilik kami.
Dan akhir sekali. Ni kami letakkan senarai barang-barang yang ada dalam bilik (untuk panduan dan rujukan kawan-kawan)
Opsss...lupa pulak, jangan tak percaya, selipar jepun juga disediakan. Hebatkan!
Kalau ada sesiapa yang mahu berjimat-cermat ketika cuti-cuti Malaysia, kami amat syorkan hotel ini. Dekorasinya hebat, bersih, dan pekerjanya sangat murah dengan senyuman. Malah tidak dikenakan caj tambahan jika meminta seterika. Pekerjanya melayan pengunjung dengan baik sangat. Kami pernah menginap di satu hotel bujet yang caj setiap yang kami minta dari service desk, minta seterika kena caj, minta sejadah, kena caj. Huhuhu.
Di samping menyediakan bilik kelamin, ada juga bilik untuk keluarga. Boleh lihat DI SINI untuk rujukan lebih lanjut.
p/s: Sebelum pergi sana, kami tak tahu pun laman web dia, hanya mengenali melalui blogwalking. Huhu. Kesian! Tu yang siap suruh kawan baik Incik Imamku pergi survey dan book.
Baiklah, untuk edisi yang ini kami ceritakan tentang penginapan kami. Episod lain, kami akan paparkan pula kedai makan yang best buat panduan kawan-kawan, in shaa Allah ^-^
~cinta~ukhwah~hadiah~
2 comments:
NZED GuestRoom | Cheap Accommodation Room in Lumut, Perak
Enjoy PLEASANT stay experience for CHEAP accommodation room with GREAT value for money in one of the TOP locations in Lumut, Perak
Careline: 012-5067575 @ 018-9734575
Website: http://www.nzedguestroom.com
NZED GuestRoom | Bilik Penginapan Murah di Lumut, Perak
Nikmati pengalaman penginapan yang MENYERONOKKAN bagi bilik penginapan MURAH dengan nilai HEBAT bagi wang di salah satu lokasi TERATAS di Lumut, Perak
Talian Mesra: 012-5067575 @ 018-9734575
Laman Sesawang: http://www.nzedguestroom.com
Post a Comment