Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,
Alhamdulillah, dengan izinNya, kami dapat menyambung cerita tentang trip ke lumut. Sebelum ini kami kongsikan tentang penginapan. Hari ini kami kongsikan tentang makan-makan pula (tengok tajuk entri pun tau dah kan) ^-^
Ketika trip ini, kami dengan jayanya telah menternak lemak. Hohoho. Bab makan bukanlah satu masalah, kerana kami telah biasa dengan kawasan sekitarnya. Yang jadi masalah, menu makan. Kononnya mahu makan makanan tempatan. Jadi, restoran makanan segera awal-awal lagi masuk dalam senarai recycle bin. Hehehe.
Baiklah, biar kami cerita begini, mungkin lebih praktikal.
SARAPAN
Hari pertama:
Makan cekodok made by Tuk Ajis. Hehehe. Belum lagi bertolak ke Lumut tika ni.
Hari kedua:
Kami bersarapan di Manjung. Sarapan pagi ni, ikut mana dan, (setelah pusing-pusing dua buah kedai yang kami biasa pergi, dua-dua tutup). Disebabkan itu, kami hanya order roti canai dan roti telur. menu utama kedai tersebut ialah sarapan ala Pantai Timur. Disebabkan tinggal di Kuantan buat kami biasa dengan menu-menu tersebut, jadi tak berapa pandanglah. Hendak order nasi lemak, lauknya tinggal ayam goreng sahaja. Tu yang akhirnya mana yang ada sahajalah.
Sementara tunggu roti sampai, saya sempat pergi ke gerai sebelah, kononnya hendak beli kuih-muih. Tetapi telah terjerat beli nasi lemak kerana bau nasinya yang sangat-sangat umpphhh! Yang jaga kedai tu seorang adik perempuan (anak dara lagi). Baguskan, usaha mencari rezeki dengan cara yang halal. (review nasi lemaknya sila ke bawah, minum petang hari kedua)
Hari ketiga:
Hari terakhir cuti-cuti. Sarapan pagi, kami pergi makan roti canai di Kampung Sitiawan. Makan pagi bersama sahabat baik Incik imamku. Seperti biasa, kena cari tempat duduk. Kedainya menjadi tumpuan orang. Roti canainya lembut, tapi kuah karinya belum memenuhi selera kami. Hehehehe. Kalau ada kuah dal pun sedap juga, harus diutarakan pada tuan punya kedai ni.
Kedainya terletak di kuala sungai. Menarik tau. Bot lalu-lalang. Dan satu benda yang menarik lagi ialah, kami selalu je geram tengok hasil laut/ sungai yang dijual di depan kedai makan ni. Segar-bugar! Kalau sewa homestay...harus kami beli lauk di sini. Ketam dia masih bernafas, nak tau sekilo berapa? RM22 sahaja! dan pak cik yang jual tu kira pun lebih kurang je. Murah, sangat murah! Sudahlah jualannya semuanya segar-segar. Sangat geram, kerana tidak dapat membeli. Hehehehe.
Ini gambar Incik imamku bersama kawan baik sahabatnya, berlatar belakang sungai dan sipi kedai makan.
MAKAN TENGAH HARI
Hari pertama:
Kami tiba di Lumut sekitar jam 2.30 petang. Agak lewat untuk makan tengah hari. Kami makan di Food Court Terminal Bas Lumut. Makan nasi campur, kerana agak lewat, lauk-pauknya sudah tak berapa memberangsangkan. Food Court Medan Selera ni antara yang terdekat dengan jeti Pangkor, sebelah je dengan parking kereta bagi yang nak pergi ke Pulau Pangkor. Harganya boleh termasuk dalam kategori murah. Lauk-pauknya masih juga dalam kategori boleh diterima tekak. Ada beberapa jenis yang sangat sedap, dan ada yang bolehlah...tapi sepanjang yang kami pernah makan, belum lagi ketemu lauk-pauknya yang kurang sedap atau tidak sedap. Ini selera kamilah, selera kawan-kawan tak tahu pula kan.
Hari kedua:
Setelah berjalan-jalan di Aeon (siap boleh belikan hadiah untuk new coming baby kawan baik kami. Hahaha, macamlah di Kuantan tiada megamall), kami singgah makan di Restoran Walid dan Ummi
Incik imamku yang ajak ke sini. Katanya selesa dan harga makanannya tidaklah mahal mana. Affordable. Ini adalah pertama kali Yati menjejakkan kaki ke sini. Lokasinya, dekat dengan Pasaraya Rapid (dulu dikenali dengan Pasaraya Ceria), Manjung.
Mula-mula tertarik dengan layanan seorang pakcik. Rupanya dialah tuan punya kedai, dan biasa disapa 'walid' oleh pengunjung. Sangat ramah melayani para pengunjungnya, dengan bahasa yang sopan dan tersusun. Kemudian tertarik dengan dekorasi kedai.
Maaflah, gambar agak gelap, lantaran pengcahayaan dari sudut makan kami agak romantik. Lauknya tersusun rapi di sudut tepi kedai. Aneka jenis lauk, kebanyakkannya ialah masakan kampung. Dan ulam-ulam yang pelbagai. Yati sangat teruja melihat ulam-ulamannya dan variasi sambal cicah. Slurpppp!
Apa lagi yang menarik? ^-^ pinggan yang digunakan ada kelas tau, baik pinggan nasi, mahupun mangkuk sambal cicah. Tak percaya? Pergilah jenguk-jenguk di sana.
Lagi satu yang kami perasan, ramai yang beli bubur di kedai ini. Tidak tahu pula rasanya bagaimana, kami tidak beli pun kerana perut sudah penuh, takut membazir je nanti. Baik bubur cha-cha, bubur kacang hijau dan bubur pulut hitam. Bersilih ganti orang membelinya. Rumusan kami, sedaplah tu. Kawan-kawan mungkin boleh cuba.
Hari Ketiga:
Awalnya kami bercadanag mahu makan Rojak Manjung. Incik imamku kata sedap, tapi rojak kat Taman Gelora lagi sedap katanya. Tapi oleh sebab kami bergerak awal dari Lumut. Kami hanya berhenti makan tengah hari di Slim River selepas solat zuhur di masjid yang berdekatan.
MINUM PETANG
Hari pertama:
Selepas check in, kami rehat sekejap. Selepas solat asar, kami keluar minum petang. Incik imamku bawa ke kedai Roti Canai Ganja. Hehehe. Nama sebenar tidak diketahui. Lokasinya, belah kanan kalau kita hendak ke navy base. Sambil tunggu roti sampai, kami makan nasi lemak. Biasa je nasi lemaknya, letak sambal ikan. Roti dia memang sedap. Apa yang menarik, kedai ni, ada deretan sachet beberapa jenis minuman yang kebanyakannya produk Yusmira.
Siapa yang duduk berdekatan, boleh cuba satu per satu. Hehehe. Tak pun, seperti yang dilakukan oleh Incik imamku bersama kawan-kawannya dulu. Masing-masing order air yang berlainan, kemudian tukar-tukar rasa. Hohoho.
Hari kedua:
Incik imamku dating dengan sahabatnya. Diaorang makan ABC dengan pisang goreng dekat dengan Marina. Pastu ronda-ronda (macam YB tengok kawasan) Yati duduk di hotel makan nasi lemak yang dibeli pagi tadi. Masih elok, dan baunya, walla! masih sangat menarik. Mmmmmmm...nasinya memang sangat sedap, tak rugi beli. Sedang elok nasi habis, Incik imamku pun balik, hehehe. Langkah kirilah namanya tu.
Hari ketiga:
Tiada, kami dalam perjalanan balik ke Kuantan ^-^ dalam kereta makan Twisties. Entah kenapa Yati kepingin sangat nak makan. Beli masa singgah makan tengah hari di Slim River.
MAKAN MALAM
Hari pertama:
Kami memang dah target nak makan char kue teow, dah kemaruk sangat dah. FYI, kami masih belum jumpa char kue teow yang best di Kuantan.
Incik imamku bawa makan kat kedai fav, sebelah Hospital Manjung. Kalau tak silap, Incik imamku cakap, dulu dekat dengan stadium ada satu gerai jual char kue teow sedap. Sekarang ni dah tak berapa. Malam tu kami bukan berdua, ditemani oleh pengantin baru. Alhamdulillah, dapat juga jumpa mereka, lantaran kami tidak berkesempatan mahu meraikan majlis mereka.
Tetapi, malam itu char kue teow itu macam ada yang kurang. Kami order char kue teow special, tapi udangnya hanya 3 ekor, huhuhu. Rasanya pun tak macam selalu.
Hari kedua:
Penutup untuk hari kedua pula, kami makan di Eima Cafe. Kami dengan tawakal 'ala Allah masuk ke kedai ini. Lokasinya di Manjung juga, deretan kedai baru dekat dengan Kampung DSK. Disebabkan tidak tahu mahu makan apa, adik di situ telah cadangkan Yati makan nasi goreng ladna. Ok, menarik juga untuk dicuba. Nak tau bagaimana rupanya? Taraaaa...
Nasi Goreng Ladna + Nasi Goreng Daging Lada Hitam + Telur Dadar + Air Barli Suam |
Incik imamku order nasi goreng daging lada hitam. Alkisahnya, kami ingatkan nasi goreng biasa dengan lauk daging lada hitam. Sekali bila sampai di meja. Alamak! dan macam nasi orang berpantang. Disebabkan Incik imamku tidak biasa makan lada hitam. Tak sampai separuh dia makan, kami pun bertukar pinggan. Kesian pula tengok Incik imamku asyik tertoleh-toleh dekat nasi goreng ladna yang sangat sedap (Serius, sangat sedap, sehinggakan Yati mahu mencari resepinya. Hehehe). Dan kesian tengok Incik imamku perlahan je sudukan nasi tu.
Kedai ni pun selesa, atas meja diletakkan pelapik mengkuang. Dekorasi dalamannya juga hebat (Rezeki kami kali ini, kebanyakkanya sangat mementingkan dekorasi dalaman). Kalau ada yang berkesempatan ke sini, boleh lah singgah makan malam di sini, dan jangan tak cuba nasi goreng ladna.
Tapi air barlinya menggunakan kordial, dan agak manis.
Hari ketiga:
Kami hanya beli makanan di Pasar Malam Cenderawasih ^-^ alhamdulillah, telah selamat sampai di Kuantan.
Begitulah ekspedisi makan-makan kami. Kami tidak memilih fast food, sea food. Kalau ada yang mahu mencuba. Boleh cuba di D'Muara, kami lihat banya review tentang kedai tersebut.
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment