Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,
Rindu sangat-sangat! Lamanya kita tidak bersua di ruang ini. Terlalu lama!
Terima kasih buat kawan-kawan yang masih sudi meninjau dan menanti setiap tulisan di blog ini. Kesabaran kawan-kawan tidak tahu bagaimana kami mahu melafazkan penghargaan.
Mengambil keberkatan hari Jumaat, yati menulis semula di sini.
Sebelum yati mula menulis tentang tajuk di atas, terlebih dahulu ingin yati nyatakan, yati menulisnya dengan rasa rendah hati, rendah diri. Sedar, mungkin perkongsian ini hanya sekelumit berbanding kawan-kawan yang lebih banyak usahanya.
Selepas yati selamat melahirkan saffiyya yang solehah, in shaa Allah, amin. Ramai kawan-kawan yang bertanya tentang usaha yang yati dan incik imamku lakukan. Lantaran kami menunggu lebih kurang setahun untuk menerima berita gembira selepas keguguran anak yang pertama.
Sebelum itu, sejujurnya yati seorang yang penakut untuk berjumpa dengan doktor pakar. Incik imamku pernah memberi tempoh sehingga sekian bulan, andai usaha-usaha yang dilakukan tidak berhasil, nekad, perlu pergi berjumpa doktor pakar bagi mengetahui pokok pangkal masalah kami.
Selepas diberi tempoh, dalam setiap sujud, menangis, mohon dipermudahkan.
Alhamdulillah, ALLAH itu Maha Mendengar.
Mari, yati kongsikan coretan pengalaman yati dan incik imamku, semoga perkongsian ini mencambahkan saham pahala untuk kami, in shaa Allah.
1. Doa dan tawakal: Senang menyebutnya namun berat dalam aplikasinya. Kadang-kadang rasa macam mahu putus asa dengan rahmatNya. Tapi hati masih mengimani kebesaranNYA, lalu doa tetap terus mengalir dari bibir. Pinta juga doa dari emak dan ayah (emak dan ayah mentua juga) kita. Bukankah doa ibu itu ALLAH angkat ke langit? Dan jangan lupa untuk doakan juga untuk teman-teman kita yang juga sedang menunggu untuk menimang cahaya mata. Bukankah ALLAH janji, setiap doa baik-baik yang kita doakan untuk orang lain, ALLAH akan berikan juga pada kita <<<< yati masih ingat yati pernah doa bersungguh-sungguh hingga meleleh air mata, dan kebetulan sedang solat tahajjud untuk seorang teman yang amat disayangi. Dan, yati juga mendoakan agar ALLAH memakbulkan setiap usaha dan doa daripada incik imamku, saudara-mara, dan sahabat-handai. Tawakal jangan lupa ye kawan-kawan, setiap apa yang kita usahakan, andai ALLAH tak izinkan, maka, tidaklah. Andai sampai masa, ALLAH izinkan, maka itulah berita gembiranya.
2. Dorongan daripada orang yang tersayang >>> Incik imamku: Beliau tidak pernah putus asa. Itu sikapnya yang boleh dipuji. Sentiasa mendengar setiap petua yang yati cari dari internet dan berlapang dada untuk sama-sama mencuba setiap petua. Selagi petua-petua itu tak melanggar akidah. Dan dia jugalah yang tidak jemu untuk berdoa dalam setiap solatnya. Dan melayan sahaja setiap ngomelan, tangisan, rintihan dari yati tentang anak. Dan akan memujuk dengan ayat-ayatNYA, yang akhirnya membuatkan sekeping hati ini redha.
3. Amalkan ayat-ayat dan doa-doa untuk mengandung: Yang ini kawan yati (Ima) kongsikan selepas dia membaca blog ini tentang ikhtiar yati untuk mendapatkan zuriat. Surah Maryam ayat 4-5, Surah al-Baqarah ayat 128, surah al-Imran ayat 38, surah Ibrahim ayat 35, 40 & 41, surah al-Furqan ayat 74. Yati juga amalkan doa Nabi Yunus dan doa Nabi Zakaria. Memang tandakan ayat-ayat ni dalam al-quran. Dan setiap kali ada masa selepas solat, akan buka dan baca.
4. Amalkan makanan sunnah; Yang yati dan incik imamku ambil ialah susu, madu, habatus sauda dan kurma. Susu tu konsisten buat paling kurang segelas sehari. Campur-campur, susu kambing (jenis tepung) dengan susu lembu (jenis tepung juga). Madu tu Yati suka campur dalam susu, tapi incik imamku suka campur dalam air suam. Habatus sauda pula, dulu-dulu yati ngelat, tak nak gigit, yati amik setengah sudu kecik (sudu bubur KFC tu) terus telan guna air. Tapi, sejak mengandung sampai sekarang, dah boleh makan, campur dalam nasi, gigit sekali. Dulu makan tu sebelum sarapan, maksudnya masa perut kosong. Sekarang ni campur ikut suka je. Opsss...lupa pula, yati ambil habatus sauda yang mentah, yang biji-biji halus tu. Bukan yang dalam bentuk kapsul. Yang tu agak mahal untuk terus konsisten. High maintenance. Yati beli yang raw ni, satu balang RM12, tahan lama sangat. Kurma pula, memang dah jadi makanan harian, selalu sehari amik 2-5 biji, ikut suka nak makan. Dan bila rasa malas nak makan, incik imamku akan suapkan...hehehehe...jadi, makanlah juga.
5. Beberapa petua yang dicari dalam internet;
a) Petua asma-al-husna; yati yang menggelarkannya begitu. Caranya isteri kena puasa selama 7 hari, daripada hari Ahad sampai Sabtu. (kiranya berturut-turut la kan, tak boleh lubang-lubang). Suami pula puasa selama 3 hari (Incik imamku buat berturut-turut gak, puasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu. Tapi tak kisah rasanya mahu pilih hari yang mana). Masa nak buka puasa tu, bacakan asma-al-husna >>> al-Musowwir (yang bermaksud Allah yang mencipta rupakan makhluk) sebanyak 21X. Minum air tu dulu masa buka puaa tu. Pastu ketika bersama, (doa bersetubuh jangan lupa baca ye), bacakan al-Musowwir (dalam hati tau) sebanyak 10X. Incik imamku pula pernah amalkan baca surah al-fatihah ketika bersama (again, baca dalam hati, bukan lafazkan di mulut).
b) Petua baby taugeh; Caranya, ambil segenggam kacang hijau, rendamkan dalam air dalam bekas bertutup seeloknya, tapi yati letak dalam bekas yang terbuka je. Pastu, bila kacang hijau tu dah tumbuh jadi taugeh, eh, jangan tunggu sampai jadi taugeh yg dh tinggi tu, bila dia dah bertunas sikit, macam baby, bolehlah tuai. Kalau ikut petua asal, rebuskan dalam 2 gelas air selama 15 minit dengan api yang sederhana. Pastu, tapis air rebusan tu, minum waktu pagi pada hari pertama datang haid. Yati pulak, disebabkan nak jadi baby taugeh tu pun sebenarnya mengambil masa. Jadi, yati buat ikut suka hati tanamnya. Bila dah boleh tuai, yati buat kerabu je, tambahkan ikan bilis goreng, yummy! dengan rasa dia yang lemak-lemak tu, campur dengan masin ikan bilis goreng. Garing krup krap...hehehehe ^-^ nak pedas, masukkan hirisan cili api. Yummeh!
c) Petua Susu Kambing; Caranya, ambil 2 biji kurma. Satu biji isteri genggam, sebiji lagi suami yang genggam. Buangkan bijinya. Masukkan susu kambing (seeloknya yang asli, yati beli kat pasar tani botol kecik tu) dengan kurma tadi ke dalam blender, dan blend. Masa genggam kurma tu, suami dan isteri doalah yang baik-baik, niatkan sebagai usaha untuk mendapat zuriat.Pastu minum sama-sama susu tu, dalam satu cawan...lomantik... ;)
6. Amalkan makan makanan yang menyuburkan benih; Yang ini boleh cari di google, in shaa Allah. Seingat yati makanan yang kami selalu ambil ketika sedang dalam ikhtiar tu. Daging, telur, ikan sardin (bukan yang dalam tin tau), taugeh, bendi, badam, pisang, kerang, buah delima...emmm...setakat ni yang ingat. Elakkan makan jeruk, makanan yang diproses, makanan segera. Emmm...cakap bab makan ni, awalnya yati pantang jugak makan nenas, bila orang cakap nenas ni sifatnya 'tajam'. Korbankan selera tu. Buah fav tu. Tapi setelah sekian lama berpantang, akhirnya yati dah malas nak pantang. Incik imamku bagi green light, jadi, yati pun makan nenas macam biasa, dah tak perlu nak asing-asingkan bila makan lauk sweet sour ke, dalam pizza ke, dalam acar nasi minyak ke. Kuasa ALLAH, bila yati ambil nenas balik, waktu itulah berita gembira itu ALLAH hadiahkan. In fact, yati makan nenas beberapa hari sebelum periksa kehamilan. Bila dah tau mengandung, tak usik dah lah nenas ^-^ Lagi satu kurangkan makan cendawan, yati pernah baca, cendawan ni dia salah satu makanan bagi menjarakkan anak. Yang penting ambil makanan yang baik lagi halal. In shaa Allah.
7. Ambil makanan tambahan yang berkaitan; yati tanpa jemu ambil asid folik (walaupun dah ambil susu dan kurma, jangan lupa, kurma juga banyak mengandungi asid folik). Mula dari dah kahwin, gugur, sehinggalah ALLAH rezekikan untuk mengandung. Lepas bersalin ni tak mulakan lagi ambil asid folik, in shaa Allah nanti Saffiyya berusia 6-7 bulan, yati akan ambil semula asid folik. Yati pernah baca, bagi suami elok amalkan vitamin Q10 kalau tak silap. Mungkin boleh cuba.
8. Jangan Stress; Betul, jangan stress. Nikmati masa ketika bersama. Suatu masa dulu yati pernah stress. Kira waktu subur, dan paksa diri untuk bersama incik imamku pada waktu tu. Masa bersama tu stress pula dengan posisi yang betul la apa la. Lepas bersama pun stress juga nak pastikan benih suami masuk ke dalam rahim. Yang orang ni ajarkan begini, yang orang ni ajarkan begitu. Yang orang ini kata begini, yang orang itu kata begitu. Belum tambah pertanyaan yang sensitif tu. Sentias buat UPT (walaupun haid tak lewat pun, bengong punya pasal). Stress, stress, stress...memang tak jadi apa. Bila kita relax, terima, redha. Tanpa sangka ALLAH khabarkan berita gembira.
9. Makan Jamu; Yati ambil jamu yang mak saudara (yang dipanggil mak) yati buatkan pada awalnya. Kemudian yati cuba pula jamu dari Jamu Susuk Dara, niatnya pada awal, mahu bersihkan rahim, yati selalu beranggapan, mungkin sisa ketika gugur dulu masih terlekat. Yati pun hubungi kawan yang menjadi agen, Dia pun cadangkan jamu apa yang perlu diambil. Yati tak ambil semua, ikut bujet yati juga. Incik imamku pun sama amik juga jamu. Ini adalah antara ikhtiar kami yang terakhir. Rasanya yati baru ulang dua kali (tak sempat habis pun jamunya) yati dah mengandung. Jadi, bila dah mengandung tu, berhenti dah la amik jamu. Masa ambil jamu ni, yati tak ambil madu dan habatus sauda. Yati dengan incik imamku ikut pantangnya.
10. Berurut; Yati berurut dengan mak. Memang dah biasa berurut. Selalu je urut, usaha untuk dapatkan anak. Mungkin sebab mak, jadi tak segan nak berkongsi itu ini ^-^
11. Jaga kitaran haid; Ni penting bagi orang perempuan, yati memang menjaga kitara haid ni daripada anak dara lagi, kalau kitaran haid ala-ala bengong, yati akan buat pati kunyit. Ni mak yang ajar. Amik kunyit dalam 1cm camtu, pati asam jawa, madu. Agak-agak je campurannya. Minum. Selalu bila yati buat pati kunyit ni, selang sehari dua, haid akan datang (kalau kes terlewat kitarannya). Yati jarang haid tak menentu, sesekali je. Yati juga buat pati kunyit ni bila dah habis datang haid, ni kes kalau rajin la. Kalau malas, tak juga. Hehehe ^-^
12. Niatkan yang baik-baik untuk mendapat zuriat. Kita nakkan zuriat bukan sebab nak tutup mulut orang yang bertanya. Mulut orang bukan mulut tempayan. Soalan yang tak pernah habis, nanti dah dapat anak seorang ditanyanya pula, takkan seorang sahaja, tak tambah-tambah lagi ke? Jadi, untukorang-orang orang yang begitu, abaikan! Kita niatkan semoga zuriat itu memberi manfaat buat kita semasa hidup dan setelah meninggal dunia, dan memberi manfaat kepada agama ALLAH. Ini contoh. In shaa Allah niat dan doa yang baik-baik, ALLAH akan permudahkan
12. Niatkan yang baik-baik untuk mendapat zuriat. Kita nakkan zuriat bukan sebab nak tutup mulut orang yang bertanya. Mulut orang bukan mulut tempayan. Soalan yang tak pernah habis, nanti dah dapat anak seorang ditanyanya pula, takkan seorang sahaja, tak tambah-tambah lagi ke? Jadi, untuk
Baiklah setakat ini, ini yang yati ingat. In shaa Allah kalau ada penambahan yati akan tambahkan. Semoga memberi manfaat ^-^
In shaa Allah, teruskan usaha, ALLAH Maha Kuasa.
~ cinta ~ ukhwah ~ hadiah ~
13 comments:
asslamualaikum..terima kasih kak yati.. bermanfaat.. saya pun tgh usaha lepas keguguran bulan 12/15 haritu. doakan saya ye..
Waa'laikumussalam dear,
Allahu...semoga terus bersangka baik pada Allah ye dik...in shaa Allah, k.yati akan doakan ^-^
Saya pun sedang usahakan untuk mengandung. da 1 tahun lebih kawin.
In shaa Allah...hati kena kuat ye dear, abaikan kata2 org, niatkan yg baik2, in shaa Allah, rzki tu Allah yg beri
slm k.yati..time kasih untuk perkongsian...sangt mmbntu nisa.. time kasih... msih dlm proses mndptkn zuriat..doa2 kn kite sme ek...😍
waa'laikumussalam dik nisa...teruskan usaha ye, serahkan usaha pd Allah, jgn rs lelah ye...in shaa Allah...k.yati doakan ye
Terima kasih k.yati...
Terima kasih k.yati...
asalam kak yati..saya pun tengah usaha utk hamil..gugur 2x..skrg nk msuk 3thun usia perkahwinan.sedih dengan pertanyaan org bila nak hamil..sedih sgt tmbh2 bila mertua asyik tanye.kak blh bagi nasihat x??
asalam kak yati..saya pun tengah usaha utk hamil..gugur 2x..skrg nk msuk 3thun usia perkahwinan.sedih dengan pertanyaan org bila nak hamil..sedih sgt tmbh2 bila mertua asyik tanye.kak blh bagi nasihat x??
asalam kak yati..saya pun tengah usaha utk hamil..gugur 2x..skrg nk msuk 3thun usia perkahwinan.sedih dengan pertanyaan org bila nak hamil..sedih sgt tmbh2 bila mertua asyik tanye.kak blh bagi nasihat x??
Post a Comment