Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,
In shaa Allah kita menghampiri 1 Rejab. Apa tandanya? Tidak lama lagi, kita akan bertemu dengan Ramadhan. Kami sentiasa berdoa semoga Allah izinkan kami bertemu dengan Ramadhan. Bulan yang dipenuhi kebaikan. Jom, kita mula latihkan diri, buat persiapan untuk menghadapai Ramadhan ^-^
Rasanya lama kami tidak berkongsi cerita tentang kraf. Betulkan? Buat sahabat-sahabat yang ternanti-nanti tutorial untuk membuat bakul bunga 3D tu, kami mohon maaf sangat-sangat. Akan diusahakan secepat mungkin, in shaa Allah. Kami tahu kelemahan kami, kami tidak arif dalam membuat tutorial. Kami akan usahakan yang terbaik, agar ilmu yang hendak diberi, sampai kepada kawan-kawan, in shaa Allah. Harap bersabar ye.
Kali ini, kami kongsikan tentang projek kami ketika cuti Hari Hol Pahang. Dengan penuh semangat, kami memulakan projek DIY ini tanpa menyedari, ada satu lagi bahan yang tertinggal
Belon tu beli di kedai runcit, harganya 20 sen. Gam PVA tu memang sesuai untuk kraf, dan tidak toksik. Beli di Parkson Megamall, harganya RM 4.90 (ke RM 4.50 camtulah). Tali tu, tali yang orang selalu guna untuk ikat bungkusan pos. Beli di Mydin, harganya seringgit lebih kalau tidak silap (lupa dah). Gayung atau bekas untuk gaulkan gam dengan tali.
Jadi, apa yang tertinggal? Haaa...tertinggal minyak masak/ vaselin/ marjerin. Apa je asalkan permukaan belon tu licin. Senang nanti nak letupkan. Tidaklah ia melekat di tali nanti.
Lagi satu kesilapan kami >>> Tidak alas surat khabar, tengok tu gam menceceh-ceceh kat lantai, mujurlah gam PVA ni jenis senang tanggal, lap dengan kain basah je. Cantikkan tengok belon tu dah dililitkan. Tapi Incik imamku (yang tukang lilit tali tu) tidak begitu puas hati kerana katanya tidak sekata. Kalau tanya Yati, itukan seni, tidak perlu untuk skema sangat ^-^
Mula-mula kami biarkan hasil kraf ni terikat di ampaian (malas dah nak alih-alihkan). Alkisah Incik imamku agak kurang sabar untuk lihat gam itu kering. Makanya, beliau telah memindahkan dari ampaian (yang redup berangin itu) ke bahagian tepi rumah (yang diterjah terik mentari).
Nak tau apa yang terjadi selepas itu. Haaa... jangan tidak percaya...
Apa sudah jadi? Rangka lampu yang diharapkan sudah bertukar rupa. Pecah perut kami gelak bila melihat hasilnya. Dah macam rupa limau bali dah. Hahahaha.
Moral of the story:
- Jangan lupa sapukan lapisan minyak pada belon dahulu sebelum melilitkan tali.
- Alas dengan surat khabar ketika proses melilit dilakukan
- Jangan jemur bawah matahari, belon akan cepat kecut. Rangka lilitan yang belum betul-betul kering akan ikut mengecut kerana gam yang kuat (jua akibat tidak menyapu lapisan minyak).
In shaa Allah nanti kami akan cuba lagi. Nanti kalau sudah berjaya buat bolehlah kami kongsikan lagi pengalaman kami. Doakan kami berjaya buat seperti ini
Photo taken from Google |
Cantikkan...mudah-mudahan ALLAH izinkan kami untuk membuatnya. Kawan-kawan, apa lagi, jom cuba buat dekorasi rumah. Tak susah mana pun, dan kosnya pun murah. Yang mahal cuma sifat rajin je ^-^ Seronok pun seronok, main gam, main lilit-lilit. Tak percaya, cubalah!
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment