Powered by Blogger.
RSS

Tutorial: Unit-unit Modular (Ibarat Salam Perkenalan dari Origami 3D)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Sayyidul ayyam! Alhamdulillah, masih bernafas dan menikmati segala keindahan di hari Jumaat ini. Sahabat sekalian tahu tak banyak amalan sunnah yang boleh kita lakukan hari ini. Meh, kami nak kongsikan di sini. 


  1. Banyakkan berselawat ke atas baginda Rasulullah saw
  2. Banyakkan berdoa 
  3. Mandi sunat 
  4. Baca Surah al-Kahfi
  5. Potong Kuku
  6. Pakai wangi-wangian
  7. Datang awal ke masjid
  8. Banyakkan bersedekah dan amalan-amalan yang baik.

Baiklah, mari kami huraikan sedikit (sekadar yang berada dalam pengetahuan kami).

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda:

"Pada hari Jumaat ada satu ketika yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang solat, di mana apabila dia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan" 


Maka sahabat sekalian, marilah kita memperbanyakkan doa pada hari ini. 

Hari ini kita mandi, membersihkan diri; potong kuku, mencukur bulu ari-ari dan bulu ketiak, memakai pakaian yang bersih, dan memakai wangi-wangian, kita boleh niatkan mengikut sunnahnya.

Ramai yang terkeliru, mengatakan hanya lelaki yang mahu pergi solat Jumaat sahaja yang boleh berniatkan mandi sunat hari Jumaat. Hakikatnya semua pun boleh lakukan amalan sunnah ini dan waktunya tidak hanya terhad di kala mahu pergi solat Jumaat, sepanjang hari Jumaat, kita mandi, niatkanlah untuk mandi sunat hari Jumaat. 

Untuk wanita pula, memakai wangi-wangian bukanlah sunnah, cukuplah untuk menghindarkan bau badan sahaja. Buat wanita, jangan berlebih-lebih bertabaruj pula ya ^-^

Baiklah sahabat-sahabat sekalian, ini sahajalah yang kami mampu huraikan, bagi menghadamkan lagi tentang amalan sunnah. Sahabat-sahabat yang tahu lebih dari kami, boleh kongsikan di ruang komen. Semoga ilmu yang bermanfaat yang dikongsikan menjadi pahala yang berterusan buat kita. Amin.

Sekarang, tiba masanya untuk berkongsi ilmu kraf pula ^-^

Di dalam cerita "Hobi: Larut dalam Sebuah Kegilaan" ada seorang sahabat minta ditunjukkan cara-cara membuat kraf. Cuma kami tak pasti kraf yang mana yang sahabat kita tu maksudkan. Takpelah, kami putuskan untuk mulakan dengan kraf bakul bunga dahulu. 

Bakul bunga tu termasuk dalam kategori Origami Modular (atau Origami 3D). jadi, mula-mula sekali, kami kongsikan bagaimana mahu melipat unit-unit kecilnya dahulu. 




Untuk hasilkan satu unit segitiga, kita memerlukan sekeping kertas kecil berbentuk segiempat sama. Selalunya satu kertas A4 boleh menghasilkan 32 keping kertas kecil tersebut. Sebenarnya tak kisah pun nak gunakan kertas saiz apa. Asalkan bila dipotong-potong ianya menjadi segiempat sama, dan senang untuk melipat bucunya. 





  1. Ambil sehelai kertas yang telah dipotong tadi, lipatkan dua seperti di dalam gambar.
  2. Kemudian lipatkan di bahagian tengah-tengah, buka semula lipatan tersebut (ini hanya untuk menandakan garis tengah).
  3. Kemudian, terbalikkan kertas (supaya garis tulang ke depan).
  4. Kemudian, lipatkan mengikut garisan (sehingga menjadi seperti lipatan kapal, hehehe...).
  5. Kemudian, terbalikkan kertas (kali ni garis tulang ke belakang), lipatkan bucu (rujuk pada garisan).
  6. Kemudian, lipat baki kertas (rujuk garisan) sehingga menjadi segitiga sama kaki.
  7. Akhir sekali, lipatkan mengikut garis tengah, maka jadilah segitiga yang kecil.


Bagi yang sukar memahami gambar dan penerangan, kami mohon maaf, kerana kami masih belum mahir dalam menyampaikan tutorial secara bertulis. 

Sahabat sekalian boleh rujuk video ini bagi memudahkan pemahaman sahabat-sahabat, in shaa Allah ^-^

Ini dahululah, setakat hari ini, in shaa Allah, nanti kami kongsikan tip-tip untuk menggunting dan melipat kertas.

Sahabat yang kami kasihi, semoga ini memberikan manfaat, kami akan kongsikan tip-tipnya  dalam masa yang terdekat, in shaa Allah. 

Dan sahabat-sahabat yang lain, jom, sama-sama hasilkan kraf! ^-^ (dan jangan lupa Sayyidul ayyam hari ini)

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment