Powered by Blogger.
RSS

Tip Menjalani Aktiviti Ketika Cuaca Panas

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Bagaimana cuti hujung minggu kawan-kawan semua. Minggu gaji, jalan raya pusat membeli-belah akan dipenuhi dengan orang ramai yang membeli barang-barang keperluan. Namun, di Kuantan (yang sedang mengalami cuaca panas terik) melawati pusat membeli-belah yang berhawa dingin merupakan satu aktiviti bagi menyejukkan badan. Tak percaya? Kalau tidak percaya, silalah tanya kawan-kawan yang duduk di Kuantan. 

Di mana lagi mahu menyejukkan badan, mahu pergi air terjun, hanya ada di Panching. Solusinya, bawa keluarga berjalan-jalan di pusat membeli-belah.

Hujung minggu kami terisi dengan beberapa aktiviti. Awalnya dimulai dengan menyertai karnival (ah, lupa pula namanya) di adakan di TLDM Pangkalan Tanjung Gelang. Banyak cerita menarik kami lalui. In shaa Allah ada kesempatan kami ceritakan di sini.

Dan semalam, kami akhiri dengan membeli barang-barang dapur yang semakin susut, dan memasuki beberapa kedai perabot (ini ikut incik imamku...).

Aktiviti hujung minggu kami dipenuhi dengan aktiviti luar, walaupun panas membakar kulit. Oh, lupa pula, setelah sekian lama, akhirnya kereta Myvi kami bertinted sudah ^-^ (ditinted pada hari Sabtu yang lepas) suka sangat-sangat, terima kasih kepada incik imamku . Ternyata, ianya mengurangkan sedikit kepanasan di dalam kereta. 

Berikut merupakan tip-tip yang kami ambil dari beberapa sumber di internet untuk menghadapi cuaca panas:

1. Banyakkan minum air kosong/ air masak: Kami pasti akan membawa bekal air (1.8L) setiap kali keluar rumah, dan sejak musim panas ini, air itu akan habis setiap kali kami berangkat pulang. Walaupun musim panas, janganlah amalkan meminum air berais untuk menghilangkan haus dan menyegarkan badan. Amalan ini tidak begitu bagus.

2. Elakkan pendedahan kepada matahari terlalu lama: Senang cerita, duduk sahaja di dalam rumah, (hehehe) kalau mahu keluar juga, pastikan pergi ke tempat-tempat yang berbumbung atau memakai alat-alat perlindungan (Lihat no. 3).

3. Pakai Payung/ Topi/ Sunglasses/ Sunblock/ Krim penghalang UV: Ini adalah alat perlindungan bagi yang terdedah kepada pancaran matahari ketika melakukan aktiviti sehari-hari. Sebenarnya di sini terpancar hikmah menutup aurat dengan sempurna ^-^ Jadi, kawan-kawan yang muslim, marilah kita berpakaian menutup aurat dengan sempurna. Banyakkkkkkkk hikmahNYA. Kami tidak gemar memakai krim ketika cuaca panas kerana tidak selesa ketika berpeluh. Cukup dengan memakai bedak yang mempunyai pelindung UV.

4. Kipas/ Pendingin Udara/ Mandi: Ini pula yang boleh dilakukan bagi mengurang panas badan. Serius, di rumah, kami memasang kipas meja dan kipas syiling (serentak!), namun masih berpeluh. Begitulah tahap kepanasan di sini. (Di FB juga rata-rata membicarakan isu ini). Ketika beginilah, keinginan untuk memliki pendingin udara meluap-luap. Hehehehe.

Kami beranggapan melalui pengalaman ini (dengan cuaca yang 'tidak biasa' ini) menjadikan seseorang itu lebih kreatif untuk mengatasi keadaan 'tidak biasa' ^-^ meski ketidakselesaan itu wujud, kita masih mampu menjalani aktiviti sehari-hari. Alhamdulillah

Itu sahajalah perkongsian kami kali ini. Buat sahabat-sahabat di sini, semoga bersabar hadapi cuaca 'tidak biasa' ini. Yang tidak sihat akibat cuaca 'tidak biasa' ini, semoga dikurniakan ketabahan dam kesabaran. Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa-dosa kecil, in shaa Allah.

~cinta~ukhwah~hadiah~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment