Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,
Perancangan hujung minggu kali ini ialah balik kampung ^-^ in shaa Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Malam nanti pula ialah sesi mengemas baju-baju yang telah bersiap sedia umtuk disumbatkan ke dalam beg. In shaa Allah.
Anak perantauan beginilah, tempat kaki berpijak adalah tempat mencari rezeki. Kampung pula adalah tempat yang sentiasa membuahkan rindu di hati. Dan wajah-wajah mak ayah pula sentiasa mengamit hati untuk segera pulang. Bagi yang masih memiliki emak dan ayah, ternyata kalian sangat beruntung kerana hidup dalam lingkungan doa-doa mereka. Pasti ramai yang pernah mendengar ungkapan ini:
"Dan apabila mata ibumu sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah, iaitu doa seorang ibu"
Oleh itu kawan-kawan yang kami sayangi sekalian, sentiasalah doakan kebajikan, kebahagiaan dan kesihatan emak dan ayah kita ^-^
Lagi...sentiasa tutup aurat, biarlah membawa peribadi dan akhlak yang mulia. Pernah dengarkan ayah dan suami akan diseret jua ke neraka kerana anak-anak dan isterinya melanggar perintah Allah. Nah, kalau sayangkan emak dan ayah kita, sentiasalah perbaiki diri. Bukankah anak yang soleh solehah itu merupakan saham akhirat bagi emak dan ayah. Jom, jadi anak yang soleh solehah!
Wahhh...tambah bersemangat pula kami nak balik kampung bila bercerita tentang emak dan ayah ni. Teringatkan kampung, tentu jua teringatkan air tangan emakkan.....(kalau ayahnya pandai masak, tentu rindu juga dengan masakan ayah). Meh la, kami kongsikan resepi masakan kampung (yang telah dikomersialkan).
Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin (versi apa yang ada di dapur...hehehe)
Bahan-bahannya:
7-15 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1 buku kunyit (dalam 1 inci setengah)
1/2 ekor ikan patin (potong dan bersihkan)
3 tangkai daun kesum
1 peket serbuk santan (dapat yang fresh lagi best)
2 sudu besar tempoyak
Garam
Air
Cara-caranya:
- Tumbuk cili api + kunyit + garam
- Masukkan rencah yang ditumbuk tadi ke dalam periuk, dan tenggekkan periuk di atas api.
- Masukkan sedikit air (ikut sukatan di peket santan)
- Masukkan santan serbuk. Kacau sehingga sebati.
- Kemudian masukkan tempoyak. Kacau sehingga santan masak.
- Kemudian, masukkan ikan patin bersama-sama dengan daun kesum
- Rasakan masinnya, sedang-sedang je, barulah sedap. Dah, siap!
Tip-tip:
- Lumurkan ikan patin dengan air asam limau/ asam jawa bagi mengurangkan rasa hanyir.
- Jangan tumiskan rencah, kerana ikan patin jenis yang berlemak.
- Kalau nak rasa masam-masam sikit, tambahkan asam keping.
- Kalau ada bunga kantan, lagi sedap!
- Jangan masak ikan patin lama-lama sangat, sebab isi dia lembut je, takut hancur pula nanti.
Senangkan buatnya, bukannya susah pun...bak kata ayah Yati, campak-campak je. Haaa...jangan tak tau ayah Yati pandai masak tau. Ah, tak sabar nak balik kampung. Mula-mula balik kampung (Kampung Gapis). Rindu kat mak dengan ayah. Kemudian trip balik bandar pula (Sungai Besi) in shaa Allah ^-^ Adik cigem...mesti kau rindu kat angah kan...kan...kan...
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment