Powered by Blogger.
RSS

Petua: Meredakan sakit ulser mulut @ kubang kerbau

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabt yang kami kasihi keranaNya,

Lama rasanya tidak menulis di ruangan ini. Kesempitan masa yang melanda, ditambahkan lagi dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu memberikan keterbatasan buat kami untuk berkongsi cerita di sini. 

Kali ini berkongsi petua yang diajarkan oleh Incik imamku tentang ulser mulut atau kubang kerbau. Ok, andai kawan-kawan google kubang kerbau, tiada satu pun yang terkait dengan ulser mulut Y^^ (Yati dah google tadi...hehehehe) Incik imamku yang memanggil dengan istilah tersebut, katanya orang kampung (Kampung Gapis, Nyalas) panggil begitu. Menarikkan info ini. Kira ilmu barulah ni

Baiklah, setelah beberapa hari menderita ulser mulut @ kubang kerbau ni, Yati akhirnya mengadu kepada Incik imamku. Incik imamku ajarkan petua yang diajar oleh mak kepadanya. Baiklah, kira ianya petua turun-temurunlah ni kan.

Caranya >>>> tekapkan tempat terkena ulser tu dengan asam keping. Walla! Dengar pun dah terasa ngeri di dalam hati...sudah terasa pedihnya.

Namun disebabkan ulser makin membesar dan sakit apabila tersentuh (baik dengan gusi atau ketika minum air) membuatkan Yati nekad untuk mencubanya malam tadi.

Ambil dari Google

Baik letak gambar asam keping ini daripada letak gambar ulser itu.

Apa rasanya? Memang terbaiklah! Pedihnya sampai berdenyut-denyut ke telinga. Serius, meleleh air mata apabila melekapkan asam keping di mata ulser itu. 

Tetapi setelah beberapa minit, rasa pedih makin berkurang. Incik imamku kata, kalau dah tiada rasa pedih, bolehlah buangkan asam keping tu.

Selepas mencuba petua ini, kita akan rasa macam ada satu lapisan terbentuk di atas ulser. Ulser masih berasa sakit apabila tersentuh. Tapi tidak lama, selepas itu kita akan rasa macam ulser tu mebentuk satu sel yang tidak hidup. Maksud Yati, seolah-olah reseptor sakit telah terputus, tidak bersambung dengan ulser tu.

Sehinggalah pagi ini, ulser dah makin mengecut, dan rasa sakit dah hilang. 

Untuk mencubanya lagi andai ulser terbentuk kembali...emmm...boleh juga, sama je sakitnya apabila ulser itu terdedah. Daripada menanggung sakit berhari-hari, baiklah dari menanggung pedih yang cuma beberapa minit.

Sesiapa yang mahu cuba petua ini, Yati nasihatkan tabahkan hati anda...pedih, tapi hasilnya memang berbaloi... ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment