Powered by Blogger.
RSS

Ilmu baru hari ini ^-^

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Pagi tadi, berkesempatan lagi mendengar slot Motivasi Pagi di radio ikim.fm. Alhamdulillah, kali ini Yati sudah tahu siapakah nama Ustaz itu. Namanya Ustaz Khairul Zaman. 

Tadi, untuk pertama kali baru Yati tahu apa itu jariah. Selalu kita dengar kan sedekah jariah. Sebelum-sebelum ini, Yati fikirkan jariah itu adalah kebaikan. Rupanya jariah itu ertinya mengalir. Alhamdulillah, tiadalah selamanya membawa ilmu yang tidak betul. 

Kemudian, sebelum ni Yati tertanya juga apa maksud salafus solihin. Yati tidak tahu makna salafus. Pernah nampak perkataan ini dalam satu ruangan di dalam Majalah Solusi terbitan Telaga Biru. Alhamdulillah, hari ini Yati sudah tahu maknanya ^-^ salafus solihin bermakna cerita-cerita orang-orang solih.

Mode: Sangat seronok!

Di ambil dari Google Search Engine
Tentang sedekah jariah, Ustaz berkongsi cerita tentang seorang tua yang memberikan seketul bata untuk dibuat masjid. Kerana keikhlasannya itu, namanya tersenarai sebagai pemilik sebuah istana di dalam syurga. Kemudian ada pembesar yang sanggup membeli berapa sahaja harga bata tersebut. Namun orang tua itu berkata "Kalau kamu hendak membeli istanaku di syurga. Seisi langit dan bumi belum tentu dapat membayarnya". Pembesar tu tahulah bahawa rakyatnya itu mempunyai ilmu.

Lebih kurang begitu ceritanya (dalam versi Yati sendiri, mengikut pemahaman Yati).

Di ambil dari Google Search Engine


Jadi kawan-kawan, jangan jadikan kekurangan harta sebagai alasan untuk tidak memberi. Kalau tidak mampu beri banyak, berilah sedikit. Yang penting hati kena ikhlas. Selagi ada yang menggunakannya, selagi itu pahala sentiasa ada untuk kita, in shaa Allah. Inilah yang dikatakan sedekah yang mengalir ^-^

Di ambil dari Google Search Engine
Nak menghampiri Ramadhan kita boleh mulakan amalan bersedekah. Jadikan ia sebagai titik tolak untuk terus konsisten dalam memberi. In shaa Allah.

p/s: Jangan lupa, senyum pun sedekah tau. Senang je kan nak bersedekah ni, tak susah pun ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment