Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,
Alhamdulillah, Jumaat pertama dalam Bulan Syaaban sedang kita lalui. Semoga kita disampaikan ke Ramadhan, amin.
Kami mahu berkongsi lagi ilmu yang baru kami dapat semalam. Semalam kami berkesempatan untuk menonton slot Cinta Ilmu di TV Al-Hijrah (waktu siaran lebih kurang 6.10 petang, selepas berita ringkas). Kali ini Ustaz Badli Shah Alaudin yang menyampaikan kisah ibu bapa.
Di ambil dari Google |
Apa yang terkesan di hati kami ialah, kita selalu bercerita tentang kehebatan dan jasa seorang ibu. Sesuatu yang tidak perlu dinafikan, ibu memang hebat! Kita terlupa tentang pengorbanan seorang ayah. Jasa seorang ayah jarang didendangkan. Ayah adalah seorang yang bekerja kuat demi menyara keperluan keluarganya. Ayah mencari duit untuk diberi kepada keluarga, bukan untuk dirinya.
Contoh yang diberi, Hari Raya, ayah boleh je pakai baju singlet dengan kain pelikat. Pakai baju raya yang tahun lepas pun tak mengapa. Kami keharuan, betul...sangat betul. Meski hanya pakai baju lama, ayah tetap kemas apabila tiba Hari Raya.
Satu benda yang menggelikan hati kami ialah, apabila ustaz bertanya, siapakan yang lebih sabar, ayah atau ibu? Sejujurnya kami menjawab ibu. Jawapan ustaz ialah ayah. Kenapa? Apabila anak nangis nak susu pagi-pagi, yang bangun adalah ibu, sebab ibu tak sabar. Ayah sabar...dia boleh terus tidur. Pecah gelak kami.
Mode: Rindu sangat pada emak-emak dan ayah-ayah kami.
Satu ilmu baru yang kami dapat ialah 3 perkara yang ALLAH berikan secara berpasang-pasangan di dalam Al-Quran. Ustaz kata, andai kita hanya buat satu perkara, ianya tidak dikira di sisi ALLAH. Kena buat dua-dua.
Menarikkan, nak tahu apa dia? Jom, kita lihat apa dia ^-^
1. Mendirikan solat dan mengeluarkan zakat
2. Mentaati ALLAH dan mentaati Rasulullah saw
3. Bersyukur kepada ALLAH dan berterima kasih kepada ibu bapa
Alhamdulillah, petang semalam sambil kami membuat persiapan untuk memasak lauk untuk makan malam, kami diberikan ALLAH ilmu yang sangat berharga ini.
Kami selalu juga menonton slot Cinta Ilmu. Antara yang kami pernah tonton ialah Ustazah Sh. Norhayaati, berbicara tentang fiqh wanita. Ustaz Muhammad Nuruddin yang berbicara tentang solat. Ada lagi beberapa yang kami terlupa namanya.
Kawan-kawan cubalah tonton. Kalau tidak dapat banyak, dapat sedikit pun sudah sangat berharga. In shaa Allah.
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment