Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,
0606 yang lepas adalah tarikh lahir Incik imamku, dan 0806 pula adalah tarikh hari lahir emak mentua Yati.
Apa yang menariknyanya. Ini adalah tahun kedua kami raikan hari lahir Incik imamku. Namun, ianya merupakan pertama kali ianya diraikan dengan penuh kejutan. Yati masih ingat tahun lepas, kami meraikannya ala kadar lantaran ketika itu Yati masih dalam pantang akibat gugur.
Lalu untuk tahun ini, Yati memang merancang untuk meraikannya dengan sesuatu yang bermakna.
Kejutan tika detik hari lahir ialah, sebuah beg kitar semula dari seluar jeans (Recycle jeans bag). Dan puisi buat Incik imamku. Ianya mencipta keharuan.
Yati ambil cuti, dan pergi membeli daging salai di MABIQ. Khas buat Incik imamku. Mula-mula sedih sebab MABIQ tutup, mungkin disebabkan hari tu 27 Rejab (Israk Mikraj). Selalu ia tutup hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Tetapi dengan nekad, Yati masuk juga dan terus mencari pejabat. Alhamdulillah di situ ada seorang staf. Yati bertanya, bolehkah mahu membeli daging salai walaupun kafenya tutup. Alhamdulillah, jawapannya positif. Seronok sangat. Bersemangat untuk memasak.
Opss...lupa pula, ini LINKNYA kalau kawan-kawan mahu tahu lebih lanjut tentang MABIQ. Masakan di kafenya memang terbaik. Kami ada perancangan mahu pergi lagi makan tengah hari di sana. In shaa Allah. Kawan-kawan juga boleh menyumbang/ menderma kepada mereka (konsep memberi yang pernah Yati kongsikan DI SINI)
Yati masak gulai daging salai. Kawankan dengan tumis kacang buncis + kacang peas. Airnya pula jus oren . Dengan hiasan yang mewah, dah rasa macam makan di hotel pula. Maaflah tiada gambar untuk dikongsikan. Dah teruja lihat makanan, lupa langsung nak snap sekeping dua.
Tiada kek untuk Incik imamku. Awalnya sepakat untuk menempah kek. Namun disebabkan Incik imamku kerja sehingga pagi Sabtu. Maka perancangan diubah. Yati buatkan kek lapis Sarawak. Sekali harung untuk Incik imamku dan emak mentua. Pertama kali mencuba. Sangat berpuas hati walaupun lapisannya belum begitu sempurna.
Resepinya Yati ambil dari My Resepi. Yati copy n paste je la ye ^-^
Kek Lapis Evergreen (kukus)
satu lg resepi kek sedap versi dayang yg amat sesuai utk hr perayaan. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha!
Created on : 07-12-2008
Bahan-bahan ( loyang berukuran 7 inch )
- 10 biji telur ayam gred A (asingkan putih dan kuningnya)
- 16oz/500g mentega (dibahagi dua)
- 1 gelas gula kastor (ini sukatan dyg, dh kurangkan 1/2 gelas dp resepi asalnya krn xnk manis tp kalau add 1/2 gelas pun kira ok gak)
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 peket kecil horlicks
- 2 senduk nasi biskut marie kisar(diayak)
- 1/2-1 botol kecil pandan paste koepoe-koepoe (kalau xde, guna pandan emulco cap Nona sbyk 3 sudu besar)
- 1½ gelas tepung gandum
Cara-cara
- Lapisan Hijau : Kuning telur dipukul sampai kembang. Di dlm mangkuk berasingan 1/2 gelas gula kastor dan 8oz/250g mentega dipukul sampai putih dan barulah disatukan dgn kuning telur td. Kacau rata2. Kemudian masukkan horlicks, tepung roti marie dan pandan paste dan kacau sampai sebati.
- Lapisan Putih : Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lg. Di dlm mangkuk berasingan, pukul mentega selebihnya dgn susu manis sampai putih dan barulah disatukan dgn putih telur. Putar dgn kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata2.
- Kukus lapisan hijau terlebih dahulu (kira2 3 senduk nasi) dan apabila masak(lbh kurang 10 min), tuangkan adunan/lapisan putih (3 senduk nasi) di atasnya. Buatlah berlapis-lapis sehingga habis. Pastikan loyang ditutup kemas dgn kertas foil ketika mengukus.
Nanti Yati kongsikan pengalaman ketika membuat kek ini, in shaa Allah ^-^
Itu sahajalah cerita kali ini. In shaa Allah lain kali Yati kongsikan pula cerita yang lain. Buat yang menyambut Hari Lahir di dalam Bulan Jun ni "Selamat Hari Lahir" kami ucapkan.
Semoga sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburi. Manfaatkan setiap kebaikan yang ada ^-^
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment