Powered by Blogger.
RSS

Permainan Slinky Yang Berwarna-warni

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Coretan kami pada petang ini ringkas sahaja. Kami hanya mahu berkongsi gambar permainan slinky yang kami ceritakan semalam. Bezanya semalam kami letakkan versi percubaan. Kali ini versi yang berwarna-warni. 



Cantikkan...maaf saya tidak tahu apa terjemahan permainan ini dalam Bahasa Melayu.



Bersedia untuk diserahkan kepada tuannya. Diharap tuannya suka. Buat sahabat-sahabat cubalah melipat permainan ini. Pandangan peribadi, melipat permainan slinky ini lebih mudah dari membuat bunga api Y^^

~cinta~ukhwah~hadiah~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa Pula Hasil Eksperimen Kali Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,


Apakah ini? Bagi yang biasa dengan origami, ia bukanlah sesuatu yang baru (kerana banyak video di Youtube tentang model ini). 

Pada yang baru melihat mungkin akan menyatakan ianya bunga... (hampir sangat dah tu). Yang masih mahu mencuba nasib, mungkin ada yang meneka gelang tangan (emm...boleh jadi...) atau mungkin kerongsang, atau mungkin getah ikat rambut ^-^ Melihat kepada gambar yang bersifat begini, macam-macam andaian yang boleh sahabat-sahabat berikan (nah,kita memang memiliki minda yang kreatif!).

Dah, apa dia benda ni... hehehe... Kalau diikutkan istilah dalam kraf origami, ini adalah bunga api (diterjemahkan daripada perkataan firework). Pasti ada sahabat-sahabat di sana buat muka keliru... tak nampak macam bunga api pun. Mungkin ayat ini terlintas dari sanubari sahabat-sahabat. 

Baiklah, mari kami kongsikan gambar di bawah. Maaflah, kerana ini salah satu kraf origami yang menggunakan aplikasi kinetik, sebaik medium ialah andai kami tempelkan videonya. Namun, hanya gambar yang mampu kami kongsikan di sini. 



Ini adalah percubaan kami yang keempat! Fuhhh...ternyata kami tidak begitu mahir melipat origami ini. Setelah beberapa kali mencuba, baru kami dapat rentaknya, bagaimana mahu melipat agar lingkarannya tidak terbuka ketika sedang menggerakkan model. Masalah yang kami alami ialah dari sudut mencantum unit terakhir (menjadikan dia gegelang) dan kekemasan. 

Buat masa terdekat ini, kami tidak mahu lagi membuat model ini...hehehe... Tetapi, buat sahabat-sahabat yang mahu mencuba, boleh klik di sini. Ianya berbaloi untuk dicuba, kerana hasilnya menawan hati ^-^

Untuk siri eksperimen yang awal, kami hanya melakukan menggunakan kertas terpakai. Apabila sudah mahir sedikit, kami mula menggunakan kertas memo yang berwarna-warni (kes malas nak potong kertas A4 jadi kertas segi empat sama...hehehe).

Yang ini pun sudah ada tuannya ^-^ istimewa buat seorang anak.

~cinta~ukhwah~hadiah~ 





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Eksperimen Berjaya!

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Baru-baru ini pihak Leyanita Craft Studio bereksperimen dengan salah satu jenis origami. Origami yang mengaplikasikan tenaga kinetik.

Awalnya eksperimen ini bertujuan untuk menghadiahkan sesuatu buat anak sedara kami (sebenarnya kami berjanji mahu memberikan ketika Raya Aidilfitri, namun terpaksa dilanjutkan ke Raya Korban). Sengaja pihak kami mahu mempelbagaikan hadiah untuk mereka.

Untuk anak dara, kami hadiahkan origami 3D, dan untuk orang bujang kami hadiahkan permainan. Semuanya hasil dari kraf origami.

Kali ini kami kongsikan kisah eksperimen yang pertama. Kami merujuk kepada video ini. (Buat sahabat-sahabat yang ingin mencuba boleh klik pada pautan tersebut).

Menggunakan kertas terpakai, kami mula melipat kertas. Dan, hasilnya sangat mengujakan kami.



Mungkin ada sahabat-sahabat yang masih ingat akan permainan ini... Jaringan gegelung plastik yang berwarna pelangi (kami masih mengingati satu masa dahulu, permainan ini begitu popular di kalangan kanak-kanak)


Kerana sedang mengemas rumah, banyak barang sudah dimasukkan ke dalam kotak, maka kami hanya menggunakan beberapa jenis bekas makanan untuk dijadikan tangga :D

Teruja melihat gambar di atas tak? Teruja kan... begitulah pihak kami. Melihat ianya boleh dimainkan,sama seperti yang pernah kami lakukan dulu, membuatkan kami senyum sampai ke telinga. Alhamdulillah.



Sudah dimasukkan ke dalam kotak... Bukan... yang ini bukan untuk anak sedara kami. Untuk dia telah kami buatkan yang lain. Hasil pertama ini kami mahu hadiahkan kepada seorang anak. Siapa? Tunggulah kalau makciknya ada meninggalkan komen nanti :D

~cinta~ukhwah~hadiah~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jumpa Ini Ketika Mengemas

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Malam tadi selepas solat isyak, saya megisi masa dengan mengemas buku. Saya mengasingkan jenis-jenis buku, mengikut jenis pembacaan dan kesesuaian mengikut umur. 

Masalah bagi saya (seorang yang suka membaca) apabila mengemas buku; tempoh mengemas menjadi lebih panjang. Kenapa? Saya mudah ralit dengan bahan bacaan. Membuka kembali koleksi peribadi, saya jadi... maaf, saya tidak dapat mengambarkan dengan kata-kata. Buku-buku itu mengambarkan seluruh rasa cinta saya dalam pembacaan dan penulisan.

Setiap buku ada kenangannya...seperti gambar. Dengan hanya melihat muka depan dan tajuk buku, perasaan rindu saya membuak-buak. Leka, kembali pada ruang yang amat saya minati. Ditemani suami, saya banyak tenggelam dalam kenangan dan gelak ketawa. Saya boleh peluk buku yang saya rindu. Saya boleh cerita bagaimana saya memiliki buku tersebut. Ah, terlalu banyak cerita kalau saya mahu kongsikan di sini.

Melihat buku-buku ini, ada segaris lucu di hati. Ayah adalah orang yang selalu bising dengan buku-buku yang saya beli. Namun, saya tetap terus membeli kerana kecintaan yang satu ini.

Terlalu banyak perkara yang membuatkan saya teruja ketika mengemas buku. Salah satunya ialah ini




Inilah buku origami saya yang pertama. Sahabat-sahabat masih ingat tentang cerita sejarah origami, ada saya ceritakan tentang sejarah origami bagi diri saya. Inilah buku yang saya katakan itu. Dan, jenama marjerin yang saya terlupa itu ialah Mothers Choice. Hehehe.

Bukunya nipis dan mudah untuk difahami. Ini antara buku yang masih saya simpan sejak zaman kanak-kanak. 

Membelek buku origami ini, saya masih teringat tentang dua model yang saya rajin buat. Satu ialah ini


Suka melipat model ini kerana sangat terpengaruh dengan cerita klasik Jepun. Dan di bawah ini adalah lagi satu model yang saya suka buat.


Saya suka melipat katak...kerana, katak itu akan melompat apabila ditekan sedikit di belakangnya (dahulu saya panggil ekor, walaupun tahu, katak tiada ekor)

Buku ini membuatkan saya hanyut dalam kenangan silam ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kedai Jahit Manik Ditutup Buat Sementara Waktu ^-^

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Hujung minggu lepas kami terisi dengan pelbagai aktiviti. Bagaimana dengan hujung minggu sahabat-sahabat? Pasti cuti hujung minggu dijadikan medan untuk aktiviti peribadi dan beristirehat.

Kedai jahit manik? Pasti ada riak persoalan di wajah sahabat-sahabat. Bila pula pihak Leyanita Craft Studio memiliki kedai jahitan? Soalan lain yang mungkin hadir tika membaca tajuk di atas ^-^

Sebenarnya aktiviti jahit manik adalah aktiviti suka-suka hati kami.  Hehehehe. tidak terlibat secara serius, hanya ambil tempahan jahitan manik yang ringkas dan mudah. Sekadar minat, dan belum lagi terfikir mahu meluaskan jahitan manik ini secara ekslusif. Seperti cerita yang lepas, kami menjahit manik di beg sahabat kami. Dan, kalau sahabat-sahabat masih ingat, kami ada menyebut beberapa beg.

Cerita kali ini adalah kesinambungan dari siri tersebut. Namun kali ini, beg pink merah jambu ini adalah beg yang terakhir kami jahit. Selepas ini, mungkin sahabat-sahabat perlu menunggu untuk melihat kembali aktiviti menjahit manik ini bernafas semula.

Perkakasan dan segala medium jahitan manik ini akan tersimpan kemas di dalam kotak. (Pasti sahabat-sahabat masih ingat tentang cerita gembira kami. Sekarang kami dalam proses mengemas dan packing membungkus).

Lalu, sebab itu kami khabarkan 'kedai' jahit manik ini akan ditutup buat sementara waktu. InsyaAllah aktiviti ini akan kembali kami raikan setelah selesai urusan pindah rumah.

Apa cerita tentang beg pink itu? Oh, hampir terlupa pula kami. Maaf ye sahabat-sahabat. Secara ringkasnya beg merah jambu ini, kami cuma hiaskan dengan manik mutiara dan bunga daripada kain satin. 

Ini adalah beg asal yang diberikan kepada kami. Setelah bunga labuci itu ditanggalkan, rupanya terdapat dua jalur double tape kesan lekatan bunga tersebut. Kami bersihkan perekat dengan berhati-hati kerana jenis fabrik beg ini ialah baldu. 





Kemudian kami mulakan dengan menjahit bunga daripada kain satin. Kain satin ini adalah lebihan ketika saya membaik pulih beg merah sahabat kami satu ketika dulu. 



Kemudian, kami jahitkan pula manik mutiara berwarna merah jambu lembut dan putih (dalam tiga saiz yang berbeza) secara berterabur (rawak).



Akhir sekali, sebelum kami menjahit sentuhan terakhir (bunga merah tadi) ke beg tersebut, alhamdulillah, kami mendapat ilham. Daripada menjahit bunga itu terus ke beg, kami gunakan khidmat kerongsang. Kurang faham...? Mari kita lihat gambar...



Di samping menyerikan lagi bunga tersebut, ianya memberi sifat mudah alih untuk bunga tersebut. Dengan ini, sahabat kami itu boleh mengalihkan bunga tersebut di mana-mana sahaja bahagian beg yang diingini. Malah, sekiranya beg ini tersimpan di dalam almari, tidak digunakan. Bunga itu boleh ditanggalkan dan dihiaskan untuk barang yang lain pula. Seperti hair band, selendang, baju bayi/ kanak-kanak ^-^ dan... (yang lain-lain tu sahabat-sahabat tambah sendiri ye)

Buat Elyaerdiyana, harap puan berpuas hati... hehehehe

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Taraaaa...Rupa Baru Beg Coklatmu Puan Yana

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya,

Untuk cerita kali ini, kami kreditkan kepada sahabat baik kami ~Elyaerdiyana~ (Beb, rasa seronok pulak memanggil kau puan...hahahahaha)

Seperti yang sahabat-sahabat maklum sebelum ini, aktiviti terbaru kami di Leyanita Craft Studio adalah menjahit manik di beg comel sahabat kami ini. Tetapi itu tak bermakna kami telah melupakan kraf origami. Tempahan origami masih dibuka. Bagi sesiapa yang mahu menempah, pihak kami sangat mengalu-alukan. (Pssss....model baru kraf origami akan muncul, nantikan ye kedatangannya!)

Iklan sekejap, kami sedang dalam proses untuk pindah rumah. Alhamdulillah...kami ingin kongsikan berita gembira ini bersama sahabat-sahabat semua. Kami akan tinggal bersama (setelah hampir setahun PJJ, bak kata orang sekarang, perkahwinan jarak jauh) Maka, kerja-kerja kraf terpaksa diperlahankan rentaknya. Ada beberapa perkara tentang rumah perlu kami uruskan.  Disamping urusan rutin seharian.

Baiklah sambung semula. Kami harap sahabat kami suka dan puas hati dengan hasilnya. Tema untuk beg coklat ini ialah simple and sweet. Tema ini kami yang pilih sendiri mengikut kesesuaian jenis fabrik beg tersebut. Masih mengikut kehendak pelanggan tetapi diubahsuai sedikit bagi menampakkan aura manis di situ. 

Panjang pula celoteh kami ye...baiklah...biar gambar pula yang berbicara ^-^

Kosong...kosong...oooo...oooo...

Baru siap barisan yang pertama

Barisan yang kedua masih dalam proses

Siap suda!



~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS