Powered by Blogger.
RSS

Jumpa Ini Ketika Mengemas

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Malam tadi selepas solat isyak, saya megisi masa dengan mengemas buku. Saya mengasingkan jenis-jenis buku, mengikut jenis pembacaan dan kesesuaian mengikut umur. 

Masalah bagi saya (seorang yang suka membaca) apabila mengemas buku; tempoh mengemas menjadi lebih panjang. Kenapa? Saya mudah ralit dengan bahan bacaan. Membuka kembali koleksi peribadi, saya jadi... maaf, saya tidak dapat mengambarkan dengan kata-kata. Buku-buku itu mengambarkan seluruh rasa cinta saya dalam pembacaan dan penulisan.

Setiap buku ada kenangannya...seperti gambar. Dengan hanya melihat muka depan dan tajuk buku, perasaan rindu saya membuak-buak. Leka, kembali pada ruang yang amat saya minati. Ditemani suami, saya banyak tenggelam dalam kenangan dan gelak ketawa. Saya boleh peluk buku yang saya rindu. Saya boleh cerita bagaimana saya memiliki buku tersebut. Ah, terlalu banyak cerita kalau saya mahu kongsikan di sini.

Melihat buku-buku ini, ada segaris lucu di hati. Ayah adalah orang yang selalu bising dengan buku-buku yang saya beli. Namun, saya tetap terus membeli kerana kecintaan yang satu ini.

Terlalu banyak perkara yang membuatkan saya teruja ketika mengemas buku. Salah satunya ialah ini




Inilah buku origami saya yang pertama. Sahabat-sahabat masih ingat tentang cerita sejarah origami, ada saya ceritakan tentang sejarah origami bagi diri saya. Inilah buku yang saya katakan itu. Dan, jenama marjerin yang saya terlupa itu ialah Mothers Choice. Hehehe.

Bukunya nipis dan mudah untuk difahami. Ini antara buku yang masih saya simpan sejak zaman kanak-kanak. 

Membelek buku origami ini, saya masih teringat tentang dua model yang saya rajin buat. Satu ialah ini


Suka melipat model ini kerana sangat terpengaruh dengan cerita klasik Jepun. Dan di bawah ini adalah lagi satu model yang saya suka buat.


Saya suka melipat katak...kerana, katak itu akan melompat apabila ditekan sedikit di belakangnya (dahulu saya panggil ekor, walaupun tahu, katak tiada ekor)

Buku ini membuatkan saya hanyut dalam kenangan silam ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment