Powered by Blogger.
RSS

Kedai Jahit Manik Ditutup Buat Sementara Waktu ^-^

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Hujung minggu lepas kami terisi dengan pelbagai aktiviti. Bagaimana dengan hujung minggu sahabat-sahabat? Pasti cuti hujung minggu dijadikan medan untuk aktiviti peribadi dan beristirehat.

Kedai jahit manik? Pasti ada riak persoalan di wajah sahabat-sahabat. Bila pula pihak Leyanita Craft Studio memiliki kedai jahitan? Soalan lain yang mungkin hadir tika membaca tajuk di atas ^-^

Sebenarnya aktiviti jahit manik adalah aktiviti suka-suka hati kami.  Hehehehe. tidak terlibat secara serius, hanya ambil tempahan jahitan manik yang ringkas dan mudah. Sekadar minat, dan belum lagi terfikir mahu meluaskan jahitan manik ini secara ekslusif. Seperti cerita yang lepas, kami menjahit manik di beg sahabat kami. Dan, kalau sahabat-sahabat masih ingat, kami ada menyebut beberapa beg.

Cerita kali ini adalah kesinambungan dari siri tersebut. Namun kali ini, beg pink merah jambu ini adalah beg yang terakhir kami jahit. Selepas ini, mungkin sahabat-sahabat perlu menunggu untuk melihat kembali aktiviti menjahit manik ini bernafas semula.

Perkakasan dan segala medium jahitan manik ini akan tersimpan kemas di dalam kotak. (Pasti sahabat-sahabat masih ingat tentang cerita gembira kami. Sekarang kami dalam proses mengemas dan packing membungkus).

Lalu, sebab itu kami khabarkan 'kedai' jahit manik ini akan ditutup buat sementara waktu. InsyaAllah aktiviti ini akan kembali kami raikan setelah selesai urusan pindah rumah.

Apa cerita tentang beg pink itu? Oh, hampir terlupa pula kami. Maaf ye sahabat-sahabat. Secara ringkasnya beg merah jambu ini, kami cuma hiaskan dengan manik mutiara dan bunga daripada kain satin. 

Ini adalah beg asal yang diberikan kepada kami. Setelah bunga labuci itu ditanggalkan, rupanya terdapat dua jalur double tape kesan lekatan bunga tersebut. Kami bersihkan perekat dengan berhati-hati kerana jenis fabrik beg ini ialah baldu. 





Kemudian kami mulakan dengan menjahit bunga daripada kain satin. Kain satin ini adalah lebihan ketika saya membaik pulih beg merah sahabat kami satu ketika dulu. 



Kemudian, kami jahitkan pula manik mutiara berwarna merah jambu lembut dan putih (dalam tiga saiz yang berbeza) secara berterabur (rawak).



Akhir sekali, sebelum kami menjahit sentuhan terakhir (bunga merah tadi) ke beg tersebut, alhamdulillah, kami mendapat ilham. Daripada menjahit bunga itu terus ke beg, kami gunakan khidmat kerongsang. Kurang faham...? Mari kita lihat gambar...



Di samping menyerikan lagi bunga tersebut, ianya memberi sifat mudah alih untuk bunga tersebut. Dengan ini, sahabat kami itu boleh mengalihkan bunga tersebut di mana-mana sahaja bahagian beg yang diingini. Malah, sekiranya beg ini tersimpan di dalam almari, tidak digunakan. Bunga itu boleh ditanggalkan dan dihiaskan untuk barang yang lain pula. Seperti hair band, selendang, baju bayi/ kanak-kanak ^-^ dan... (yang lain-lain tu sahabat-sahabat tambah sendiri ye)

Buat Elyaerdiyana, harap puan berpuas hati... hehehehe

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment