Powered by Blogger.
RSS

Apa Pula Hasil Eksperimen Kali Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,


Apakah ini? Bagi yang biasa dengan origami, ia bukanlah sesuatu yang baru (kerana banyak video di Youtube tentang model ini). 

Pada yang baru melihat mungkin akan menyatakan ianya bunga... (hampir sangat dah tu). Yang masih mahu mencuba nasib, mungkin ada yang meneka gelang tangan (emm...boleh jadi...) atau mungkin kerongsang, atau mungkin getah ikat rambut ^-^ Melihat kepada gambar yang bersifat begini, macam-macam andaian yang boleh sahabat-sahabat berikan (nah,kita memang memiliki minda yang kreatif!).

Dah, apa dia benda ni... hehehe... Kalau diikutkan istilah dalam kraf origami, ini adalah bunga api (diterjemahkan daripada perkataan firework). Pasti ada sahabat-sahabat di sana buat muka keliru... tak nampak macam bunga api pun. Mungkin ayat ini terlintas dari sanubari sahabat-sahabat. 

Baiklah, mari kami kongsikan gambar di bawah. Maaflah, kerana ini salah satu kraf origami yang menggunakan aplikasi kinetik, sebaik medium ialah andai kami tempelkan videonya. Namun, hanya gambar yang mampu kami kongsikan di sini. 



Ini adalah percubaan kami yang keempat! Fuhhh...ternyata kami tidak begitu mahir melipat origami ini. Setelah beberapa kali mencuba, baru kami dapat rentaknya, bagaimana mahu melipat agar lingkarannya tidak terbuka ketika sedang menggerakkan model. Masalah yang kami alami ialah dari sudut mencantum unit terakhir (menjadikan dia gegelang) dan kekemasan. 

Buat masa terdekat ini, kami tidak mahu lagi membuat model ini...hehehe... Tetapi, buat sahabat-sahabat yang mahu mencuba, boleh klik di sini. Ianya berbaloi untuk dicuba, kerana hasilnya menawan hati ^-^

Untuk siri eksperimen yang awal, kami hanya melakukan menggunakan kertas terpakai. Apabila sudah mahir sedikit, kami mula menggunakan kertas memo yang berwarna-warni (kes malas nak potong kertas A4 jadi kertas segi empat sama...hehehe).

Yang ini pun sudah ada tuannya ^-^ istimewa buat seorang anak.

~cinta~ukhwah~hadiah~ 





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment