Powered by Blogger.
RSS

Proses Membaikpulih Beg Cik Yana

Assalamua'laikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat yang saya sayangi keranaNya

Esok saya akan balik ke kampung halaman...chewahhhh (boleh kira kampung ke, sebab rumah saya di KL...hohohoho ^-^V) insyaAllah!

Petang dan malam ini saya akan mengemas barang-barang yang akan dibawa balik. Oleh sebab saya akan memandu sendiri ke KL, seboleh-boleh saya nak ambil kesempatan...penuhkan kereta...hehehe (yela...selalu naik bas, berat nak bawa beg kalau banyak barang)

Perkara pertama terlintas di fikiran ialah tentang model-model dan sampel yang perlu saya bawa pulang (untuk diberikan kepada adik). Kemudian beg merah (kepunyaan sahabat baik saya). Rasanya lama sudah saya bertangguh membawa balik beg tangan merah ni (sebab dah lama tak memandu balik ke KL)






Saya anyamkan reben di pemegang beg tangan (kerana kulit di pemegang itu dah terkopek-kopek)


Kemudian saya tambahkan gelungan reben bagi mencantikkan dia. Saya juga baiki di bahagian atas beg tersebut (sama masalahnya seperti pemegang) saya kikis kulit-kulit yang terkopek, kemudian jahitkan labuci+manik bunga+bunga kain di atas potongan kain merah. Kemudian lekatkan kain merah itu di bahagian atas beg (maaf tiada gambar, ketika gambar ini diambil, saya belum lagi memulakan proses membaikpulih bahagian atas).

Sebenarnya sahabat saya tu hanya meminta saya uruskan pemegang sahaja, tapi saya geram melihat 'kecacatan' dia, lalu saya cuba mencantikkan dia semula (mengikut kemampuan saya) Ini adalah antara sebab lain, mengapa saya tertangguh menyerahkan dia kepada tuannya...hohoho

Buat Cik Yana, insyaAllah esok Cik Yati akan singgah rumahmu dahulu, sebelum meneruskan perjalanan balik ke rumah ayah, hahahaha (ayat tak boleh blah...macam la jauh sangat rumah kau dengan rumah ayah aku)

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment