Powered by Blogger.
RSS

Model-model Sedang Beraksi ;)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat yang saya sayangi keranaNya

Hari ini selepas kerja, saya akan pulang ke rumah ayah, insyaAllah. Pagi tadi sudah siap-siap masukkan barang-barang dalam kereta. Semangat! 

Pagi tadi, ketika berkemas-kemas, saya sempat mengambil foto model-model saya sedang beraksi 






comelkan model-model saya tu... ^-^ hehehehe...insyaAllah saya akan serahkan model-model ini kat adik untuk ditunjukkan kepada kawan-kawannya. 

InsyaAllah ini adalah tempahan saya yang pertama. Saya mengambil kesempatan Hari Guru dan Hari Ibu yang bakal disambut pada bulan Mei nanti. Sebagai permulaan, saya ambil tempahan daripada kawan-kawan adik (mujur adik setuju untuk join venture dengan kakaknya ni.... Adik cigem, terima kasih banyak-banyak!

Alhamdulillah, saya mendapat kebenaran daripada tuan punya reka bentuk origami 3D ni (saya belajar melalui youtube). saya akan letakkan hak ciptanya di kotak pembalut nanti, insyaAllah. Ada juga reka bentuk yang saya ubah supaya origami itu nampak lebih comel. 


Dan satu lagi 'benda' yang saya mintak tolong adik ambilkan tempahan ialah anyaman reben yang berbentuk hati (love). Ini adalah sampel yang kedua saya hasilkan. Sampel pertama telah 'dicuri' oleh suami...hehehehe...

Mudah-mudahan usaha ini membuahkan hasil, amin.

~cinta~ukhwah~hadiah~

p/s: Siapa boleh teka, apakah nama model-model saya tu :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment