Assalamua'laikum dan salam sejahtera
Sahabat-sahabat yang saya cintai keranaNya
Sebagai pembuka kata untuk blog ini, saya memilih untuk memulakannya dengan rasa cinta. Kenapa? sebab saya rasa cinta itu unik. Tercipta ukhwah juga dari rasa cinta. Bahagia jua lahir dari rasa cinta...kita menyayangi emak dan ayah, mengasihi suami/ isteri, menyayangi permata hati, menyayangi saudara, mengasihi setiap makhluk yang Allah cipta (haiwan dan tumbuhan).
Sepasang angsa ini adalah percubaan pertama saya dalam menghasilkan Origami 3D. Pada awalnya saya hanya membuat seekor angsa (yang di sebelah kiri). Teruja dengan hasilnya, saya tunjukkan pada suami. Suami berkata, mana pula pasangannya? hehehehe... suami berkata, dia nampak elegan sekiranya mempunyai pasangan. Lalu atas permintaan suami, saya buat pula lagi seekor (yang di sebelah kanan)
Mengapa hijau? Mana ada angsa warna hijau... ^-^ seperti yang dinyatakan di atas, awalnya saya hanya ingin mencuba, lalu, saya hanya menggunakan kertas terpakai, lebihan kertas (yang saya masih belum buang) daripada aktiviti membuat bunga telur untuk majlis perkahwinan saya (tapi akhirnya tidak digunakan, kerana mak dan ayah mahu beri bahulu bakar kepada tetamu. Mak cakap, leceh nak rebus telur banyak-banyak...hohoho) Ke mana bunga-bunga yang telah siap tu? Saya berikan kepada seorang sahabat yang akan bernikah oktober ini, insyaAllah. Semoga urusan mereka dipermudahkanNya. Amin.
Eh, panjang pula iklan bunga telur tu...hohoho ^-^
Dan disebabkan saya dan suami meminati warna hijau. Suami meminta saya agar pasangannya juga berwarna hijau (walaupun ada pilihan warna kuning, jingga dan merah jambu). Inilah hasilnya.
Pasangan angsa hijau ini saya hadiahkan kepada suami. Melihat senyumannya, saya bahagia ^-^
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment