Powered by Blogger.
RSS

Kisah Bunga Telur

Assalamua'laikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat yang saya sayangi keranaNya

Ingat tak semalam saya ada bercerita tentang bunga telur yang saya buat tetapi tak kesampaian menggunakannya...bukan jodoh dia dengan saya...hehehe...ketika ayah berkata mahu tukar plan, saya telah menyiapkan hampir 600 kuntum bunga!

Masa tu kecewa juga, sebab saya sangat bersemangat untuk memberikan sentuhan peribadi ke atas cenderamata yang nak diberikan kepada tetamu yang memeriahkan majlis perkahwinan saya. Namun bila ada yang sudi menerimanya, saya tersenyum semula. Mudah-mudahan majlis kawan saya tu dilimpahi berkahNya.






Inilah kuntum-kuntum bunga yang telah saya susun dalam kotak (ada 3 kotak semuanya) sebelum saya teruskan dengan proses menhiasnya menjadi sekuntum bunga telur. Saya memang meminati origami sejak kecil lagi. Tergerak hati untuk menjimatkan kos majlis, saya fikir mahu buat sendiri je bunga telur. Dan saya rasa unik, sebab, belum lagi orang bagi bunga origami...betulkan? ^-^


Ini pula adalah bunga telur yang dah siap dihias (hanya bunga warna hijau sahaja sempat saya siapkan). Ramai yang puji bunga origami ni. Bunga ni menjadi kenangan buat saya ^-^ melihat gambar-gambar dia, membuatkan saya terkenang saat ketika sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinan.

Perkara yang paling mengembirakan ialah apabila saya dapat kongsikan rasa gembira bersama sahabat baik saya. Di majlisnya nanti, bunga origami ini akan diberikan kepada setiap tetamu, insyaAllah.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment