Powered by Blogger.
RSS

Hamtaro dan Ladybird (tempahan daripada kawan-kawan adik)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat yang saya sayangi keranaNya

Alhamdulillah, saya berjaya menyiapkan tempahan daripada kawan-kawan adik. Saya menghadapi kesulitan untuk mendapatkan stok kotak plastik pvc. Saya telah menempah sejumlah stok kotak plastik pvc, namun, hampa apabila pekedai mengatakan stok belum sampai, sedangkan masa untuk menyerahkan model yang comel ini telah semakin hampir.

Tempahan Hamtaro

Tempahan Ladybird
Lalu alternatif lain yang saya ambil adalah dengan membeli stok kotak plastik untuk majlis perkahwinan. Lawa juga bila ditengok balik...hehehe...

 Saya memberikan promosi potongan harga buat mereka sehingg akhir bulan mei. Dan saya juga berhasrat untuk memberikan saguhati di atas kesudian mereka menempah. Tertanya-tanya apa saguhatinya? ^-^ 


Saya ingin memberikan airkrim yang comel ini kepada mereka. Buat adik-adik yang menempah, terima kasih atas sokongan...Buat adik cigem...terima kasih sebab tolong mempromosikan... >:D<

p/s: Saya meminta adik tangguhkan dulu promosi reben, kerana saya takut tak sempat hendak menyiapkan tempahan...temapahan untuk reben akan dibuka awal mei nanti, insyaAllah

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment