Assalamua'laikum dan salam sejahtera
Sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya
Hari ini saya ingin berkongsi tentang beberapa pertanyaan tentang origami 3D yang sering diutarakan kepada pihak Leyanita Craft Studio. Untuk permulaan ini, biarlah saya ceritakan serba sedikit sejarah origami.
Dengan pengetahuan saya yang sedikit ini, saya harap dapat memberikan sedikit maklumat kepada sahabat-sahabat. Awalnya saya fikirkan origami ini berasal dari negara matahari terbit, Jepun. Namun, hasil pembacan saya, origami berasal dari China. Dimulakan oleh seorang tokoh bernama Ts'ai Lun. (Patutlah kebanyakan seni origami yang asal banyak bermotifkan budaya masyarakat Cina)
Pasti ada yang bertanya, bagaimana pula ianya menjadi terlau popular di Jepun? Ianya terjadi hasil daripada perkembangan ilmu. Teknik membuat kertas telah dibawa ke Jepun oleh seorang tokoh bernama Dokyo.
Di sini barulah kita lihat perkembangan rekaan dalam origami yang banyak berkisarkan budaya Jepun. Contoh yang paling popular ialah 1000 burung jenjang (1000 crane). Di dalam budaya Jepun, sesiapa yang membuat seribu burung jenjang, satu hajatnya akan tertunai.
Dalam origami moden banyak rekaan telah dihasilkan dan ianya meliputi banyak objek, flora dan fauna, serta mewakili beberapa budaya.
Inilah sejarah tentang origami yang saya ketahui, mungkin ada sahabat-sahabat yang mempunya makluma lebih lagi tentang origami, boleh kongsikan di sini.
Sejarah diri saya pula, mula mengenali origami apabila emak membeli marjerin (kalau tak silap, dan saya lupa pula apa jenamanya) dan mendapat buku origami percuma. Di dalamnya terdapat beberapa rekaan origami yang mudah diikuti (tahap kanak-kanak). Bermula dari cuba-cuba, saya mula merasa seronok dengan teknik-teknik lipaan kertas yang berbeza. Buku tersebut masih saya simpan, untuk diwariskan kepada anak-anak pula, insyaAllah ^-^
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment