Powered by Blogger.
RSS

Pengumuman: Cenderahati Sempena Ramdahan

Assalamua'laikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya

Sedar tak sedar sudah seminggu kita berada dalam bulan Ramadhan. Seronokkan, dapat sahur bersama keluarga, sahabat handai. Seronok juga lihat gelagat anak-anak kecil tika mahu bangun sahur, dan di kala mahu berbuka.

Oh, saya bukan mahu ceritakan tentang Ramadhan, maaflah terlebih-lebih pula intronya, sebab seronok sangat berada dalam bulan Ramadhan ni. Sahabat-sahabat semua bagaimana? Tentu sama-sama berkongsi perasaan seperti saya.

Sempena kedatangan Ramadhan ini, pihak Leyanita Craft Studio dengan rendah hati ingin berkongsi sedikit kegembiraan dengan sahabat-sahabat yang menempah hasil kraf dengan kami. Setiap unit tempahan akan disertakan dengan cenderahati yang comel ini.


Penanda buku origami berbentuk hati

Hadiah comel untuk yang istimewa

Comelkan penanda buku ni...cantik sangat bila diselitkan di celah helaian mukasurat. Ianya salah satu hasil origami (buat sendiri tau). Sahabat-sahabat nak tak penanda buku ni? Nak kan...kalau nak cepat-cepatlah membuat tempahan, hanya 25 tempahan yang pertama sahaja akan dapat memiliki penanda buku ini. 

Buat sahabat-sahabat yang dah menempah, terima kasih banyak-banyak. Dan salah satu penanda buku ini milik kalian ^-^ (jangan risau ye...akan diberikan sekali ketika proses penghantaran)

Jom kita kira berapa lagi yang tinggal: 13 17 20 22 24 25

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment