Assalamua'laikum dan salam sejahtera
Sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya
Hari ini, insyaAllah, kita akan berkongsi cerita tentang apa itu origami Walaupun menurut sejarah origami bermula di China, namun ianya sangat popular di Jepun, sehinggakan perkataan "origami" adalah gabungan perkataan dari Bahasa Jepun. Di mana "Ori" bermaksud lipatan dan "Kami" bermaksud kertas. Apabila digabungkan ianya menjadi lipatan kertas
Ya! Origami ialah satu seni lipatan kertas.
Origami juga mempunyai satu syarat yang ketat. di mana mediumnya hanya kertas. Tiada gunting, tiada gam. Diulangi hanya kertas.
Namun begitu, dalam origami moden, ada beberapa rekaan yang tidak mengikut syarat ini.
Tetapi bagi pereka origami yang betul-betul mengiktiraf seni origami. Isu sebegini sangat sensitif bagi mereka. Sekiranya ada rekaan yang menggunakan gam/ gunting dan rekaan itu dipanggil origami, mereka akan merasakan seolah-olah pereka ini memperlekeh seni origami.
Saya pula lebih sederhana. Saya memilih untuk mengiktiraf setiap rekaan yang telah mereka usahakan. Bagi saya seni lipatan kertas ini sangat unik, kreatif, dan mengujakan. Bagi sahabat-sahabat yang ingin mencuba, sekarang terdapat banyak sumber ilmu. Di pasaran ada dijual buku-buku origami. Adakalanya mengikut tahap kompleksnya, adakalanya mengikut karakter rekaan. Di internet, kita boleh tengok melalui video atau nota secara diagram.
Sampai di sini dulu, insyaAllah esok, kita akan kongsikan tentang beberapa jenis rekaan origami. Semoga berjumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment