Powered by Blogger.
RSS

Si Merah Jambu buat Seorang Ibu ^-^

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami rindui keranaNYA,

Alhamdulillah percubaan kali kedua (setelah mengenal pasti kesilapan) berjaya. Tetapi sebelum kami menulis tentang kejayaan ini, kami terlebih dahulu mahu meminta jasa baik sahabat-sahabat semua untuk mendoakan kesembuhan emak kami.

Emak masuk wad hari Selasa lepas (5 Februari) sehingga hari ini, telah dua kali menjalani pembedahan kecil untuk membuang luka di kaki. Kami diberitahu emak menghidap Diabetic Foot Ulcer. In shaa Allah esok pagi kami akan bertolak dari Kuantan ke KL untuk membantu adik dan ayah menguruskan emak. Setiap kali kami menelefon ayah, hati kami hancur. Terasa pedih mendengar penderitaan emak :'( Hati tidak sabar mahu pulang, hati jua telah rindu pada emak yang sihat. Rindu untuk borak-borak dengan emak seperti biasa, dan kami sangat-sangat rindu untuk menikmati masakan air tangan emak.

Kami dahulukan dengan doa, semoga ALLAH balas kebaikan sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan kesembuhan emak kami. JZKK.

Inilah dia rupa hadiah yang ingin telah kami berikan kepada emak



Kami letakkan di atas katil semasa emak ke klinik untuk mencuci luka (sebelum ditahan di wad). Niatnya mahu membuat kejutan kepada emak. Kami memilih padanan warna merah dan merah jambu kerana ianya adalah warna kegemaran emak.

Permulaan; sementara menunggu suami ambil di pejabat 


Terus melipat kertas sementara matahari belum jatuh di ufuknya


Sambung memprosesnya di rumah


Alhamdulillah, berjaya dihasilkan dengan baik. Istimewa untuk emak kami.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hadiah untuk mak versi tak menjadi :(

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Sayyidul ayyam! Semoga di penghulu segala hari ini, kita lebih bertenaga dalam usaha untuk memperbaiki diri. Hari ini hari wilayah kan? Selamat bercuti buat sahabat-sahabat yang berada di KL, Putrajaya, dan Persekutuan Labuan ^-^ semoga sahabat-sahabat manfaatkan cuti ini dengan sebaik-baiknya. Lebih-lebih lagi di penghulu segala hari.

Buat adik comel, sila jangan bermalas-malasan. Jangan lupa kek sebiji buat menyambut kepulangan kakandamu yang tersayang malam ini (in shaa Allah)...Hahaha.

Baiklah, buat tatapan sahabat-sahabat; ini ialah eksperimen kami yang tidak belum berjaya. Awalnya kami mahu memberikan hadiah kecil ini buat emak yang kurang sihat, (tolong doakan supaya emak kami cepat sembuh) sekurang-kurangnya mampu membuahkan senyuman di wajah emak, itu sudah memadai. 







Ini adalah fasa bereksperimen. Bila berjaya menghasilkan satu bunga...wahhh..bukan main seronok lagi. Namun apabila selesai mencantum...akhirnya kami buntu, terus kemerosotan ilham untuk menjadikannya flower ball. Hahaha. 



Inilah hasil kebuntuannya...setelah disambung, ada lagi empat unit yang tidak tahu mana hendak diletakkan Y^^

Walau bagaimanapun, kami telah mengenalpasti di mana silapnya. In shaa Allah kami akan bereksperimen lagi. Mudah-mudahan niat baik ini di permudahkan oleh ALLAH. Amin.

In shaa Allah, apabila berjaya kelak, kami akan letakkan hasilnya di sini...Nantikan ye.. ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tutorial: Beg daripada Plastik Pembungkus Makanan/ Minuman (Bahagian 3)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Buat sahabat-sahabat yang kami rindui keranaNya,

Alhamdulillah...segala puji hanya baginya. Setelah sekian lama kami biarkan laman ini sepi tanpa apa-apa cerita, hari ini Allah berikan kesempatan buat kami untuk menulis dan berkongsi ilmu. Alhamdulillah ^-^

Rasanya masih belum terlambat bagi kami untuk sama-sama menyatakan cinta kepada Rasulullah s.a.w. Masih berada dalam bulan kelahiran baginda yang tersayang. Semoga dengan cinta ini, mendorong kita untuk mencontohi Rasulullah s.a.w dalam segala aspek kehidupan, in shaa Allah. 

Seperti yang tertera di atas, hari ini kita akan sambung tutorial kita. Sebelum mula menulis, sebenarnya agak sukar buat kami untuk menyambung tutorial ini lantaran kami bukanlah pakar dalam fotografi dan penghasilan video. Awalnya kami mahu meletakkan sahaja video tutorial. Namun percubaan menghasilkan sebuah video, bukanlah sesuatu yang mudah bagi kami yang tiada ilmu dan pengalaman ini.

Kami berharap sahabat-sahabat yang mengikuti tutorial ini mampu memahami tutorial kali ini. Dan, kami bermohon maaf atas kelemahan kami dalam berkongsi ilmu ini. 

Baiklah, mari kita mulakan tutorial kita ^-^ Kali ini kami akan kongsikan bagaimana mahu mencantumkan unit-unit plastik, dan setelah mencapai saiz beg yang dikehendaki, bagaimana pula mahu mencantumkan ianya menjadi satu gelung.









Mengikut apa yang kami belajar, untuk meghasilkan sebuah beg, ianya memerlukan 60 unit-unit lipatan plastik bagi satu gelung. Dan, memerlukan 6 gelung. Maaf, kami tidak boleh lagi menganggarkan besar mana beg tersebut, kerana kami pun masih dalam usaha menghasilkan beg ini. Hehehe Y^^ . Ini mungkin tutorial kami yang terakhir untuk beg ini. Bukan bermakna sudah habis langkah-langkahnya. 

Selepas berjaya menghasilkan 6 gelung, kita perlu menjahitnya pula menggunakan tali tangsi. Oleh kerana kami hanyalah amatur dalam bab ini, maka kami fikir lebih baik sekiranya kami letakkan sahaja link ini. kami mendapati video ini lebih mudah diikuti berbanding video-video yang lain. 

Tambahan pula, kami sedang mengumpulkan lagi plastik. Kalau hendak tunggu tutorial daripada kami, entah sampai bila sahabat-sahabat perlu menanti dan menanti lagi.

Untuk variasi beg, pemegang beg, kita boleh gantikan dengan rantai plastik yang lain untuk dijahitkan bersama. Dan selain menggunakan butang katup, kita juga boleh menggunakan zip. 

Selamat mencuba buat kami (hehehe) dan buat sahabat-sahabat. In shaa Allah bila dah siap, kami akan tepekkan hasilnya di blog ini ^-^ Sahabat-sahabat pun boleh juga tepekkan hasil kerja tangan sahabat-sahabat, mesti lagi kreatif daripada kami.

Buat sahabat-sahabat yang masih ada persoalan, boleh tinggalkan di ruang komen, in shaa Allah kami akan balas berdasarkan pengalaman dan ilmu yang kami ada.

Sampai sini dulu, in shaa Allah kita akan berjumpa lagi di ruang ini.

~cinta~ukhwah~hadiah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ada Yang Bertanya: Warna Pudar

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Sebelum kami terus menjawab tentang kualiti produk kami, amnya. Dan origami khususnya. Pihak Leyanita Craft Studio terlebih dahulu memohon maaf kerana lambat berkongsi tentang info ini kepada sahabat-sahabat. 

Terlebih dahulu, ingin kami maklumkan di sini bahawa, kami tidak mengunakan kertas origami. Kami menggunakan kertas A4 sahaja. Standard untuk mencetak. (emm...dalam Bahasa Inggeris A4 printing paper). kami memotong sendiri kertas mengikut saiz yang sesuai sebelum dilipat menjadi satu model origami. Ini kerana kertas origami agak sukar didapati di pasaran, dan harganya agak mahal. Sekiranya kami menggunakan kertas origami, kami tidak mampu untuk menawarkan harga yang berpatutan buat sahabat-sahabat semua.

Masalah yang dihadapi oleh kertas ini ialah warnanya akan pudar andai terbiar lama di udara atau terkena pancaran matahari (emm...lama juga untuk kertas menjadi pudar, tidaklah sebulan dua warnanya akan pudar). Kami akui akan perkara ini, kerana terdapat beberapa stok kertas di dalam simpanan kami terpaksa kami buang (masuk ke dalam tong kitar semula) dan ada yang kami ubahsuai kegunaannya (jadi pad memo, jadi alas apabila mahu siang ikan bilis ^-^) setelah dikeluarkan daripada plastik.

Oleh itu, kami cadangkan supaya model diletakkan ditempat yang jarang terkena pancaran matahari bagi mengekalkan warnanya. Model origami boleh juga dimasukkan ke dalam kotak plastik lutsinar bagi tujuan ini. 

Baiklah sahabat-sahabat semua...semoga maklumat ini dapat memberi manfaat buat semua ^-^ 

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tutorial: Beg daripada Plastik Pembungkus Makanan/ Minuman (Bahagian 2)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Selamat Tahun Baru! Kami ucapkan buat sahabat-sahabat kami di sini. Terasa betapa pantas masa berlalu. Rata-rata di ruang maya menceritakan kisah tutup buku lama dan buka buku baru. Tidak ketinggalan senarai azam yang mahu dilakukan sepanjang tahun 2013 ini. Pihak Leyanita Craft Studio berharap agar segala impian sahabat-sahabat yang baik, akan tertunai.

Sebelum kita sambung sesi tutorial, kami pohon maaf terlebih dahulu kerana agak lambat meletakkan sambungan entri terdahulu.

Baiklah, tanpa melegahkan masa, jom, kita mulakan tutorial melipat plastik.

1. Mula-mula, lipatkan plastik, kemudian buka semula lipatan.

2. Garisan lipatan ini digunakan sebagai rujukan garisan tengah.




3 & 4. Lipatkan plastik ke arah garisan tengah yang dihasilkan tadi. Lakukan di kedua-dua bahagian.

5. Beginilah rupanya setelah dilipat di kedua-dua bahagian.






6. Kemudian, lipatkan lagi plastik (mengikut garisan tengah)

7. Beginilah hasilnya apabila dilipat.



8. Kemudian, lipatkan plastik menjadi separuh saiznya. Kemudian, buka semula lipatan.

9. Garisan lipatan ini digunakan sebagai rujukan garisan tengah.

10 & 11. Lipatkan plastik ke arah garisan tengah yang dihasilkan tadi. Lakukan di kedua-dua bahagian.

12. Plastik akan menjadi bentuk seperti ini.




13. Akhir sekali, lipatkan lagi plastik (mengikut garisan tengah)

14. Beginilah hasil akhirnya.  





Kami ingin kongsikan pengalaman kami ketika proses melipat ini dijalankan:

1. Ketebalan dan material plastik mempengaruhi proses melipat. Plastik yang tebal (contoh: plastik isian semula pelembut fabrik) tidak sesuai untuk projek ini, kerana sukar untuk dilipat dan dicantum. Plastik yang terlalu nipis pula, memberikan struktur yang tidak kukuh.

2. Jangan lipat plastik dan simpan unit-unit ini. Ini kerana lipatan akan mudah terbuka. Cadangan kami, lipat dan kemudian terus cantumkan unit-unit tersebut.

Buat sahabat-sahabat yang sedang mencuba, kami cadangkan untuk melakukan tutorial bahagian 1. Setelah banyak plastik yang terkumpul, bolehlah meneruskan dengan tutorial bahagian 2. Tutorial 3 akan menyusul kemudian, in shaa Allah...semoga ALLAH beri keizinan buat kami untuk berkongsi ilmu ini.

Selamat mencuba! ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS