Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,
Sayyidul ayyam! Semoga di penghulu segala hari ini, kita lebih bertenaga dalam usaha untuk memperbaiki diri. Hari ini hari wilayah kan? Selamat bercuti buat sahabat-sahabat yang berada di KL, Putrajaya, dan Persekutuan Labuan ^-^ semoga sahabat-sahabat manfaatkan cuti ini dengan sebaik-baiknya. Lebih-lebih lagi di penghulu segala hari.
Buat adik comel, sila jangan bermalas-malasan. Jangan lupa kek sebiji buat menyambut kepulangan kakandamu yang tersayang malam ini (in shaa Allah)...Hahaha.
Baiklah, buat tatapan sahabat-sahabat; ini ialah eksperimen kami yang tidak belum berjaya. Awalnya kami mahu memberikan hadiah kecil ini buat emak yang kurang sihat, (tolong doakan supaya emak kami cepat sembuh) sekurang-kurangnya mampu membuahkan senyuman di wajah emak, itu sudah memadai.
Ini adalah fasa bereksperimen. Bila berjaya menghasilkan satu bunga...wahhh..bukan main seronok lagi. Namun apabila selesai mencantum...akhirnya kami buntu, terus kemerosotan ilham untuk menjadikannya flower ball. Hahaha.
Inilah hasil kebuntuannya...setelah disambung, ada lagi empat unit yang tidak tahu mana hendak diletakkan Y^^
Walau bagaimanapun, kami telah mengenalpasti di mana silapnya. In shaa Allah kami akan bereksperimen lagi. Mudah-mudahan niat baik ini di permudahkan oleh ALLAH. Amin.
In shaa Allah, apabila berjaya kelak, kami akan letakkan hasilnya di sini...Nantikan ye.. ^-^
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment