Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Buat sahabat-sahabat yang kami rindui keranaNya,
Alhamdulillah...segala puji hanya baginya. Setelah sekian lama kami biarkan laman ini sepi tanpa apa-apa cerita, hari ini Allah berikan kesempatan buat kami untuk menulis dan berkongsi ilmu. Alhamdulillah ^-^
Rasanya masih belum terlambat bagi kami untuk sama-sama menyatakan cinta kepada Rasulullah s.a.w. Masih berada dalam bulan kelahiran baginda yang tersayang. Semoga dengan cinta ini, mendorong kita untuk mencontohi Rasulullah s.a.w dalam segala aspek kehidupan, in shaa Allah.
Seperti yang tertera di atas, hari ini kita akan sambung tutorial kita. Sebelum mula menulis, sebenarnya agak sukar buat kami untuk menyambung tutorial ini lantaran kami bukanlah pakar dalam fotografi dan penghasilan video. Awalnya kami mahu meletakkan sahaja video tutorial. Namun percubaan menghasilkan sebuah video, bukanlah sesuatu yang mudah bagi kami yang tiada ilmu dan pengalaman ini.
Kami berharap sahabat-sahabat yang mengikuti tutorial ini mampu memahami tutorial kali ini. Dan, kami bermohon maaf atas kelemahan kami dalam berkongsi ilmu ini.
Baiklah, mari kita mulakan tutorial kita ^-^ Kali ini kami akan kongsikan bagaimana mahu mencantumkan unit-unit plastik, dan setelah mencapai saiz beg yang dikehendaki, bagaimana pula mahu mencantumkan ianya menjadi satu gelung.
Mengikut apa yang kami belajar, untuk meghasilkan sebuah beg, ianya memerlukan 60 unit-unit lipatan plastik bagi satu gelung. Dan, memerlukan 6 gelung. Maaf, kami tidak boleh lagi menganggarkan besar mana beg tersebut, kerana kami pun masih dalam usaha menghasilkan beg ini. Hehehe Y^^ . Ini mungkin tutorial kami yang terakhir untuk beg ini. Bukan bermakna sudah habis langkah-langkahnya.
Selepas berjaya menghasilkan 6 gelung, kita perlu menjahitnya pula menggunakan tali tangsi. Oleh kerana kami hanyalah amatur dalam bab ini, maka kami fikir lebih baik sekiranya kami letakkan sahaja link ini. kami mendapati video ini lebih mudah diikuti berbanding video-video yang lain.
Tambahan pula, kami sedang mengumpulkan lagi plastik. Kalau hendak tunggu tutorial daripada kami, entah sampai bila sahabat-sahabat perlu menanti dan menanti lagi.
Untuk variasi beg, pemegang beg, kita boleh gantikan dengan rantai plastik yang lain untuk dijahitkan bersama. Dan selain menggunakan butang katup, kita juga boleh menggunakan zip.
Selamat mencuba buat kami (hehehe) dan buat sahabat-sahabat. In shaa Allah bila dah siap, kami akan tepekkan hasilnya di blog ini ^-^ Sahabat-sahabat pun boleh juga tepekkan hasil kerja tangan sahabat-sahabat, mesti lagi kreatif daripada kami.
Buat sahabat-sahabat yang masih ada persoalan, boleh tinggalkan di ruang komen, in shaa Allah kami akan balas berdasarkan pengalaman dan ilmu yang kami ada.
Sampai sini dulu, in shaa Allah kita akan berjumpa lagi di ruang ini.
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment