Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,
Selamat Tahun Baru! Kami ucapkan buat sahabat-sahabat kami di sini. Terasa betapa pantas masa berlalu. Rata-rata di ruang maya menceritakan kisah tutup buku lama dan buka buku baru. Tidak ketinggalan senarai azam yang mahu dilakukan sepanjang tahun 2013 ini. Pihak Leyanita Craft Studio berharap agar segala impian sahabat-sahabat yang baik, akan tertunai.
Sebelum kita sambung sesi tutorial, kami pohon maaf terlebih dahulu kerana agak lambat meletakkan sambungan entri terdahulu.
Baiklah, tanpa melegahkan masa, jom, kita mulakan tutorial melipat plastik.
1. Mula-mula, lipatkan plastik, kemudian buka semula lipatan.
2. Garisan lipatan ini digunakan sebagai rujukan garisan tengah.
3 & 4. Lipatkan plastik ke arah garisan tengah yang dihasilkan tadi. Lakukan di kedua-dua bahagian.
5. Beginilah rupanya setelah dilipat di kedua-dua bahagian.
6. Kemudian, lipatkan lagi plastik (mengikut garisan tengah)
7. Beginilah hasilnya apabila dilipat.
8. Kemudian, lipatkan plastik menjadi separuh saiznya. Kemudian, buka semula lipatan.
9. Garisan lipatan ini digunakan sebagai rujukan garisan tengah.
10 & 11. Lipatkan plastik ke arah garisan tengah yang dihasilkan tadi. Lakukan di kedua-dua bahagian.
12. Plastik akan menjadi bentuk seperti ini.
13. Akhir sekali, lipatkan lagi plastik (mengikut garisan tengah)
14. Beginilah hasil akhirnya.
Kami ingin kongsikan pengalaman kami ketika proses melipat ini dijalankan:
1. Ketebalan dan material plastik mempengaruhi proses melipat. Plastik yang tebal (contoh: plastik isian semula pelembut fabrik) tidak sesuai untuk projek ini, kerana sukar untuk dilipat dan dicantum. Plastik yang terlalu nipis pula, memberikan struktur yang tidak kukuh.
2. Jangan lipat plastik dan simpan unit-unit ini. Ini kerana lipatan akan mudah terbuka. Cadangan kami, lipat dan kemudian terus cantumkan unit-unit tersebut.
Buat sahabat-sahabat yang sedang mencuba, kami cadangkan untuk melakukan tutorial bahagian 1. Setelah banyak plastik yang terkumpul, bolehlah meneruskan dengan tutorial bahagian 2. Tutorial 3 akan menyusul kemudian, in shaa Allah...semoga ALLAH beri keizinan buat kami untuk berkongsi ilmu ini.
Selamat mencuba! ^-^
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment