Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami rindui keranaNYA,
Alhamdulillah percubaan kali kedua (setelah mengenal pasti kesilapan) berjaya. Tetapi sebelum kami menulis tentang kejayaan ini, kami terlebih dahulu mahu meminta jasa baik sahabat-sahabat semua untuk mendoakan kesembuhan emak kami.
Emak masuk wad hari Selasa lepas (5 Februari) sehingga hari ini, telah dua kali menjalani pembedahan kecil untuk membuang luka di kaki. Kami diberitahu emak menghidap Diabetic Foot Ulcer. In shaa Allah esok pagi kami akan bertolak dari Kuantan ke KL untuk membantu adik dan ayah menguruskan emak. Setiap kali kami menelefon ayah, hati kami hancur. Terasa pedih mendengar penderitaan emak :'( Hati tidak sabar mahu pulang, hati jua telah rindu pada emak yang sihat. Rindu untuk borak-borak dengan emak seperti biasa, dan kami sangat-sangat rindu untuk menikmati masakan air tangan emak.
Kami dahulukan dengan doa, semoga ALLAH balas kebaikan sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan kesembuhan emak kami. JZKK.
Inilah dia rupa hadiah yang ingin telah kami berikan kepada emak
Kami letakkan di atas katil semasa emak ke klinik untuk mencuci luka (sebelum ditahan di wad). Niatnya mahu membuat kejutan kepada emak. Kami memilih padanan warna merah dan merah jambu kerana ianya adalah warna kegemaran emak.
Permulaan; sementara menunggu suami ambil di pejabat |
Terus melipat kertas sementara matahari belum jatuh di ufuknya |
Sambung memprosesnya di rumah |
Alhamdulillah, berjaya dihasilkan dengan baik. Istimewa untuk emak kami.
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment