Powered by Blogger.
RSS

Pengumuman: Tempahan Kraf

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Buat sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Agak lama kita tidak bersua di ruang ini, berkongsi cerita. Bulan lalu boleh dikatakan hampir setiap minggu kami balik kampung, menemani emak yang kurang sihat. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang mendoakan. 

Sekarang emak sudah keluar wad, dan masih dalam penjagaan kerana luka masih belum sembuh sepenuhnya. Buat sahabat-sahabat yang suka merendamkan kaki di dalam air, mohon berhati-hati, kerana luka di kaki emak kami merebak, bukan disebabkan oleh diabetis, tetapi bakteria yang berada di dalam air. Apabila Doktor telah mengetahui puncanya, rawatan yang diberikan membuatkan luka di kaki emak makin mengering. Doakan supaya emak kami segera sembuh.

Alhamdulillah, hari ini adalah hari jumaat yang kedua bagi bulan ini (Mac). Sempena keberkatan penghulu segala hari ini, kami ingin mengumumkan penghijrahan kami ^-^ 

Mulai hari ini, kami tidak lagi mengambil tempahan kraf yang berbentuk haiwan. Melainkan ianya hendak diberi/ dihadiah kepada kanak-kanak sebagai permainan. Ini kerana kami tidak mahu termasuk dalam golongan 'tangan-tangan pengukir patung'. Kami pohon maaf sebelum ini kami tidak mengambil berat akan isu perhiasan ini. 

Mulai hari ini juga kami ingin menampilkan kraf-kraf bermotifkan flora untuk hiasan, dan jua tidak lupa untuk anak-anak kecil, kraf-kraf yang bersifat pembelajaran dan permainan, in shaa ALLAH. Jua kraf-kraf seperti bakul, bekas menyimpan barang, dan kotak-kotak hiasan, in shaa ALLAH.

Mulai hari ini juga (berapa banyak kali 'mulai hari ini' daaaa Y^^) kami bersedia untuk menerima tempahan mengikut citarasa pelanggan. Maksudnya begini, sahabat-sahabat boleh beri contoh gambar kraf hiasan flora/ permainan/ bekas yang sahabat-sahabat inginkan. Kemudian kami akan cuba hasilkan kraf tersebut (jika ianya di dalam kemampuan kami).

Semoga hijrah ini membawa kebaikan kepada semua. amin.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment