Assalamua’laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi kerana ALLAH,
Tengah buat apa tu? Mungkin ada yang blog walking
mencari-cari resepi untuk dimasak malam ni. Atau mungkin ada yang sedang masak
di dapur. Atau sudah bersandar kekeyangan…Apa menu makan malam sahabat-sahabat
hari ini?
Hari ini Yati tidak bercerita tentang kraf, tapi nak cerita
sikit tentang seekor ikan yang comel. Nama dia ikan lampam.
Mesti sahabat-sahabat semua hendak tahu kan, bagaimana pula
ikan comel ni boleh berada dalam dapur kami. Dia seekor je pula tu.
Alkisah, hari tu kami masuk pertandingan memancing, kat
kolam Taman Bandar. Inilah satu-satunya hasil yang boleh dibawa balik.
Ehhh…bukan tak dapat ikan tau, en asben incik imamku dapat menaikkan ikan keli afrika
yang besar, sekilo lebih. Syarat pertandingan, ikan itu perlu dilepaskan
kembali ke dalam kolam (lupa pula mahu ambil gambar ikan tersebut).
Apa hadiahnya? Dukacita dimaklumkan, tiada. Baru kami tahu
rupanya dalam kolam tu ada banyak ikan-ikan besar. Walaupun pertandingan sehingga
ke nombor 80, namun ikan incik imamku tangkap tu tidak termasuk langsung dalam ranking.
Namun sukacita dimaklumkan, sepanjang incik imamku masuk pertandingan
memancing, itulah ikan yang paling besar yang sudi makan umpan dia (kira rekod
tu). Sukacita dimaklumkan juga, pertama kali buat Yati ikut incik imamku
memancing. Seronok ke? Mestilah seronok, sebab Yati dah
laammmmmmmmmmmmmmaaaaaaa sangat tak pergi memancing.
Lagi satu sambil teman incik imamku, Yati buat lah
kerja-kerja kraf. Apabila bosan buat kerja-kerja kraf, Yati bacalah
buku…seronok, seronok, seronok…Macam-macam gelagat orang kita boleh ambil
teladan. Satu yang kami kurang suka melihatnya, sampah dibuang merata-rata.
Kami memang dah bawa plastik sampah dari rumah siap-siap. Mampu tolong kutip di
kawasan sekitar kami je la. Hmmm…..
Eh…jauhnya melalut ikan lampam tu niat di hati nak masak
gulai, tapi apabila tau ikan tu banyak tulang…kensel tidak jadi la. Dah la comel, sekor je pulak
tu, satu hal pulak nanti nak melayan tulang-temulang tu. Akhirnya….tarraaaaaa…..ikan
lampam di goreng garing-garing, senang nak makan, tulang dia boleh telan
sekali…hehehe.
Ikan lampamnya yang atas sekali tu (yang dibulatkan).
Disebabkan perut kami mempunyai ruang yang luas, maka… (sila isi sendiri tempat
kosong) Hehehe. Lagi dua ekor di bawah tu, ikan mata besar
(ayah Yati panggil ikan uji Rashid :D)Yati masakkan sambal cili kering, untuk
dibuat colek…Yumm…yumm…
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment