Powered by Blogger.
RSS

Teruja Mengutip Biji Saga

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Ada sesiapa pernah kutip biji saga? Pernah? Jikalau pernah, zikirlah "alhamdulillah" syukur kerana tidak semua orang diberikan pengalaman yang sedemikian.

Jangan tidak percaya, dalam usia yang nak masuk 3 series hujung tahun ni, saya baru pertama kali mengutip biji saga (Itu pun mujur suami yang kenal pokok saga...kalau tanyakan saya, haih...) Dan keterujaan saya itu melebihi seorang kanak-kanak! Hahaha...

Pertama kali tengok pokok saga (eh silap, banyak kali, cuma tidak tau itu pokok saga), pertama kali terkedek-kedek macam itik mengutip biji saga ^-^

Baiklah tak nak cakap banyak, jom tengok biji saga yang saya kutip hujung minggu yang lalu. Tempatnya? tak mahu beritahu, sebab saya tamak...huhuhu...hari tu sebab terlewat perasan pokok saga tu, disebabkan ada urusan lain, ini sahajalah yang sempat dikutip



Ini sebelum dibersihkan, melekat lagi tanah-tanah. Yang dah bersih...tarrrraaaaa.....



Cantikkan...tapi sikit je dapat (sedih) tidak sampai segenggam rasanya. Mudah-mudahan ada lagi rezeki untuk kutip biji saga ni. Harapan saya, kalau dapat sebotol pun jadilah...buat hiasan dan untuk tatapan generasi hari ini. Jangan tipu, saya tau, anak-anak sekarang hanya kenal biji saga melalui perumpamaan "Merah seperti saga" atau mungkin proton saga. Jua dengan melihat gambar.

Saya? Eh...sekurang-kurangnya saya pernah tengok biji saga kepunyaan seorang kawan ketika zaman masih berhingus tau. Alhamdulillah...syukur...syukur...syukur.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment