Powered by Blogger.
RSS

Abe; Cerita yang Menyentuh Segenap Ruang Rasa


Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Tadi, tika sedang berehat dan menjenguk ruang fb, Yati melihat gambar yang di letakkan di profil saudara Ujang. Sebahagian gambar dari komik Abe.

(Maaf, Yati tidak tahu mahu istilahkan komik atau kartun)

Yati sudah tidak ingat tahun bila keluarnya cerita Abe. Namun ianya bagai satu memori yang sangat berharga. Ketika itu masih di alam persekolahan. Mengikuti cerita Abe (tapi Yati tak beli pun majalah Ujang, Yati tumpang baca di kedai. Hehehehe)

Lama Yati cari koleksinya. Akhirnya berpeluang untuk membelinya di gerai MOY ketika PBAKL 2013 hari itu. Teruja dan seronok!

Apabila mula membaca, Yati berada di dalam ruang sendiri. Ada masa kita gelak, melihat gelagat Abe. Ada masa kita sayu dan geram bila ada yang mencerca. Ada masa kita sedih bila Abe kehilangan orang-orang yang dia sayang. 

Gelak sorang-sorang, itu biasa!

Membaca koleksi ini bukan sahaja membawa diri ke zaman silam, tetapi juga lontaran rasa selari dengan ceritanya.

membaca tanpa jemu. Abe, Nenet, Che Din, Sahak...dan lain-lain watak mewarnai cerita ini.

Kehebatan cerita ini, hanya yang merasai akan tahu.

Yati telah habis membacanya. Kisahnya masih memberi kesan di dalam hati. Dan, akan terus ulang membacanya bila tergerak hati, kerana hati perlu sentiasa dibaja dengan nilai-nilai murni.


Antara lain yang dibeli ketika di gerai MOY ialah majalah Ujang. Yang ini Incik imamku yang beli, alasannya, mahu dapatkan paper bag percuma. Itu sahaja. Ianya hanya bacaan santai buat kami.


Ini pula adik yang teruja untuk membuat karikaturnya. Salah satu aktiviti di gerai itu. Tak ingat pula pernah cerita atau belum di ruang ini hari tu. Letak je la ye Y^^

Berbalik kepada cerita Abe tadi, memang legenda. Yati sedang mencari koleksi Bersama Selamanya, Kartini...

Lagi satu majalah yang dah tiada di pasaran, Majalah Lanun. Sesiapa yang ada koleksinya. Yati hanya ada sedikit sahaja. Masih simpan walaupun banyak muka suratnya telah hilang.

~cinta~ukhwah~hadiah~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0606, 0806; Cerita Tentang Hari Lahir

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

0606 yang lepas adalah tarikh lahir Incik imamku, dan 0806 pula adalah tarikh hari lahir emak mentua Yati. 

Apa yang menariknyanya. Ini adalah tahun kedua kami raikan hari lahir Incik imamku. Namun, ianya merupakan pertama kali ianya diraikan dengan penuh kejutan. Yati masih ingat tahun lepas, kami meraikannya ala kadar lantaran ketika itu Yati masih dalam pantang akibat gugur. 

Lalu untuk tahun ini, Yati memang merancang untuk meraikannya dengan sesuatu yang bermakna. 

Kejutan tika detik hari lahir ialah, sebuah beg kitar semula dari seluar jeans (Recycle jeans bag). Dan puisi buat Incik imamku. Ianya mencipta keharuan. 


Yati ambil cuti, dan pergi membeli daging salai di MABIQ. Khas buat Incik imamku. Mula-mula sedih sebab MABIQ tutup, mungkin disebabkan hari tu 27 Rejab (Israk Mikraj). Selalu ia tutup hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Tetapi dengan nekad, Yati masuk juga dan terus mencari pejabat. Alhamdulillah di situ ada seorang staf. Yati bertanya, bolehkah mahu membeli daging salai walaupun kafenya tutup. Alhamdulillah, jawapannya positif. Seronok sangat. Bersemangat untuk memasak.

Opss...lupa pula, ini LINKNYA kalau kawan-kawan mahu tahu lebih lanjut tentang MABIQ. Masakan di kafenya memang terbaik. Kami ada perancangan mahu pergi lagi makan tengah hari di sana. In shaa Allah. Kawan-kawan juga boleh menyumbang/ menderma kepada mereka (konsep memberi yang pernah Yati kongsikan DI SINI)

Yati masak gulai daging salai. Kawankan dengan tumis kacang buncis + kacang peas. Airnya pula jus oren . Dengan hiasan yang mewah, dah rasa macam makan di hotel pula. Maaflah tiada gambar untuk dikongsikan. Dah teruja lihat makanan, lupa langsung nak snap sekeping dua.

Tiada kek untuk Incik imamku. Awalnya sepakat untuk menempah kek. Namun disebabkan Incik imamku kerja sehingga pagi Sabtu. Maka perancangan diubah. Yati buatkan kek lapis Sarawak. Sekali harung untuk Incik imamku dan emak mentua. Pertama kali mencuba. Sangat berpuas hati walaupun lapisannya belum begitu sempurna.




Resepinya Yati ambil dari My Resepi. Yati copy n paste je la ye ^-^

Kek Lapis Evergreen (kukus)

Img1305a
satu lg resepi kek sedap versi dayang yg amat sesuai utk hr perayaan. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha!

Created on : 07-12-2008



Bahan-bahan ( loyang berukuran 7 inch )

  • 10 biji telur ayam gred A (asingkan putih dan kuningnya)
  • 16oz/500g mentega (dibahagi dua)
  • 1 gelas gula kastor (ini sukatan dyg, dh kurangkan 1/2 gelas dp resepi asalnya krn xnk manis tp kalau add 1/2 gelas pun kira ok gak)
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 peket kecil horlicks
  • 2 senduk nasi biskut marie kisar(diayak)
  • 1/2-1 botol kecil pandan paste koepoe-koepoe (kalau xde, guna pandan emulco cap Nona sbyk 3 sudu besar)
  • 1½ gelas tepung gandum

Cara-cara

  1. Lapisan Hijau : Kuning telur dipukul sampai kembang. Di dlm mangkuk berasingan 1/2 gelas gula kastor dan 8oz/250g mentega dipukul sampai putih dan barulah disatukan dgn kuning telur td. Kacau rata2. Kemudian masukkan horlicks, tepung roti marie dan pandan paste dan kacau sampai sebati.
  2. Lapisan Putih : Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lg. Di dlm mangkuk berasingan, pukul mentega selebihnya dgn susu manis sampai putih dan barulah disatukan dgn putih telur. Putar dgn kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata2.
  3. Kukus lapisan hijau terlebih dahulu (kira2 3 senduk nasi) dan apabila masak(lbh kurang 10 min), tuangkan adunan/lapisan putih (3 senduk nasi) di atasnya. Buatlah berlapis-lapis sehingga habis. Pastikan loyang ditutup kemas dgn kertas foil ketika mengukus.

Nanti Yati kongsikan pengalaman ketika membuat kek ini, in shaa Allah ^-^

Itu sahajalah cerita kali ini. In shaa Allah lain kali Yati kongsikan pula cerita yang lain. Buat yang menyambut Hari Lahir di dalam Bulan Jun ni "Selamat Hari Lahir" kami ucapkan.

Semoga sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburi. Manfaatkan setiap kebaikan yang ada ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berkongsi Sebuah Cerita Duka

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami sayangi keranaNya,

Kalau pagi tadi Yati bercerita tentang perkongsian ilmu yang menarik, dengan perasaan yang seronok. Untuk edisi petang ini pula, Yati ingin bercerita kisah sedih.

Sebelum tu, dah solat Asar ke belum. Dah...alhamdulillah...tahniah! Belum...cepat-cepat, jangan lengah-lengahkan.

Teringat nak ceritakan kisah ini dalam minit-minit terakhir meninggalkan pejabat (sebab nak balik rumah dah...hehehehe).

Al kisahnya, kawan-kawan ingat tak Yati ada bercerita tentang pokok-pokok yang kami tanam. Kisahnya DI SINI. Ketika itu kami sangat bersemangat melihat pokok-pokok yang dulunya seperti hidup segan mati tak mahu, kembali hijau membugar di ruang laman.

Inilah gambar terbaru pokok kunyit kami.


Bezanya kali ini si penyerang meninggalkan saki baki. Ia hanya menggigit batang daun kunyit tersebut. Agaknya mahu asah gigi dia. Ala-ala macam gula-gula getah la dia buat. Daun hanya tercarik sedikit.

Pokok stevia juga mengalami nasib yang sama. Pokok stevia, lagi sedih keadaannya.


Ketika kami sangat-sangat berharap pokok ini terus kuat berdiri. Ia telah diserang dengan penuh kejam (wahhhh ayat...serius, kami sangat sedih)

Yang stevia, memang langsung tiada saki-baki.

Mondus operandinya, masih di waktu malam. 

Kes dikesan oleh Incik imamku yang baru balik kerja pagi Sabtu lepas. Punyalah kecewa muka Incik imamku apabila dia melihat pokok kesayangannya itu telah berubah rupa. Sudahlah penat baru balik kerja.

Yati kali terakhir lihat pokok-pokok semua sebelum maghrib. Masa tu nak kunci pintu gate. Ketika itu belum berlaku onar lagi di laman.

Sekarang, harapan kami ialah, janganlah ia serang pokok cili kami yang sedang mekar itu.

p/s: Agakan kami dari cara ia menyerang daun kunyit itu, ia adalah seekor tikus. Ada kemungkinan tak?

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ilmu baru hari ini ^-^

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Pagi tadi, berkesempatan lagi mendengar slot Motivasi Pagi di radio ikim.fm. Alhamdulillah, kali ini Yati sudah tahu siapakah nama Ustaz itu. Namanya Ustaz Khairul Zaman. 

Tadi, untuk pertama kali baru Yati tahu apa itu jariah. Selalu kita dengar kan sedekah jariah. Sebelum-sebelum ini, Yati fikirkan jariah itu adalah kebaikan. Rupanya jariah itu ertinya mengalir. Alhamdulillah, tiadalah selamanya membawa ilmu yang tidak betul. 

Kemudian, sebelum ni Yati tertanya juga apa maksud salafus solihin. Yati tidak tahu makna salafus. Pernah nampak perkataan ini dalam satu ruangan di dalam Majalah Solusi terbitan Telaga Biru. Alhamdulillah, hari ini Yati sudah tahu maknanya ^-^ salafus solihin bermakna cerita-cerita orang-orang solih.

Mode: Sangat seronok!

Di ambil dari Google Search Engine
Tentang sedekah jariah, Ustaz berkongsi cerita tentang seorang tua yang memberikan seketul bata untuk dibuat masjid. Kerana keikhlasannya itu, namanya tersenarai sebagai pemilik sebuah istana di dalam syurga. Kemudian ada pembesar yang sanggup membeli berapa sahaja harga bata tersebut. Namun orang tua itu berkata "Kalau kamu hendak membeli istanaku di syurga. Seisi langit dan bumi belum tentu dapat membayarnya". Pembesar tu tahulah bahawa rakyatnya itu mempunyai ilmu.

Lebih kurang begitu ceritanya (dalam versi Yati sendiri, mengikut pemahaman Yati).

Di ambil dari Google Search Engine


Jadi kawan-kawan, jangan jadikan kekurangan harta sebagai alasan untuk tidak memberi. Kalau tidak mampu beri banyak, berilah sedikit. Yang penting hati kena ikhlas. Selagi ada yang menggunakannya, selagi itu pahala sentiasa ada untuk kita, in shaa Allah. Inilah yang dikatakan sedekah yang mengalir ^-^

Di ambil dari Google Search Engine
Nak menghampiri Ramadhan kita boleh mulakan amalan bersedekah. Jadikan ia sebagai titik tolak untuk terus konsisten dalam memberi. In shaa Allah.

p/s: Jangan lupa, senyum pun sedekah tau. Senang je kan nak bersedekah ni, tak susah pun ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berprasangka Baik

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Sudah sarapan? Alhamdulillah, syukur dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan. Tidak kiralah apa jua yang kita suapkan ke dalam mulut, pastikanlah yang ianya baik dan halal. Lantaran itulah yang akan menjadi darah daging kita.

Pagi ini Yati ingin kongsikan sedikit ilmu yang dikutip dari slot "Motivasi Pagi" di ikim.fm (sekitar jam 7.30 pagi). Maaf, Yati tidak terlepas untuk mendengar siapakah ustaz yang menyampaikan ilmu tersebut, namun isi-isinya, in shaa Allah ada yang dapat Yati hadam dan Yati mahu tuliskan ia sebelum terlupa.

Semoga perkongsian ini membuka mata hati kita untuk sentiasa memiliki jiwa yang luhur, tanpa ada iri hati, dendam dan benci.

Topik pagi ini amat berkesan di hati Yati lantaran perjalanan hidup memandu kita untuk lebih menghargai apa yang kita ada, matang dalam menilai sesuatu, dan sentiasa mahu jadi yang lebih baik di sisiNya. Doa Yati, semoga ujian dari Allah itu tidak menjauhkan kita dariNya, sebaliknya, makin mendekatkan kita kepada yang Maha Pencipta. Dan nilai tambahnya, menaikkan jati diri sebagai hambaNya.

Ustaz berpesan supaya jangan berprasangaka buruk baik kepada Allah atau kepada makhlukNya. Namun, ustaz juga berpesan supaya kita memiliki sifat berhati-hati.

Contohnya, apabila kita sedang berjalan, kita tahu yang lorong itu tidak selamat untuk dilalui. Janganlah pula kita dengan sengaja melalui lorong itu dengan mengambil prinsip berparangka baik ini.

Fahamkan, contohnya mudah untuk kita fahami.

Ustaz juga ada memberi contoh yang melibatkan pergaulan kita sehari-hari. Contoh yang diberi, seandainya sudah ada yang memberitahu yang kawan yang sorang ni apabila pinjam duit, susah mahu bayar balik. Jadi, kita berilah pinjam sedikit sahaja. Kalau dia tidak pulangkan, sedekahkan sahaja. Kalau dia pulangkan, syukur alhamdulillah.

Diambil dari profil FB ikim.fm
Kemudian, ustaz tambahkan juga supaya kita kenangkan kebaikan orang, dan koreksi kelemahan kita sendiri. Ayat yang biasa kita dengar, "kalau kita tunding satu jari ke orang lain, empat jari menunding ke arah kita" Inilah yang ustaz kongsikan tadi.

Maaflah, Yati mungkin tidak dapat kongsikan secara lengkap tentang isi-isinya tadi (maklumlah, mendengar ketika memandu untuk ke tempat kerja). 

Dari sisi pengalaman Yati sendiri, Yati mula belajar sikap ini secara serius apabila Yati mengalami keguguran (lebih kurang setahun yang lalu) Pada ketika itu, Yati merasakn sangat pedih, lantaran itu adalah kandungan yang pertama. Soalan "kenapa" penuh di dalam kepala. Hati tambah pedih apabila melihat muka-muka wajah kesayangan yang hampa, ibarat harapan yang berkecai. Itu yang Yati pernah rasa.

Air mata, tidak perlu kira berapa banyak yang keluar!

Namun bersyukur kerana pada ketika itu, Allah tidak membiarkan Yati terus-terusan berada dalam situasi yang begitu. Suami yang selalu menasihati tentang kasih sayangNya. Dan, Yati dikelilingi oleh benda-benda yang meniupkan semangat untuk menyeka air mata dan redha.

Yati berjumpa dengan cikgu suami. Dia banyak ajarkan Yati tentang sifat redha. Pesannya kepada kami.

1. Berprasangka baik kepada Allah.
2. Minta semua hanya pada Allah (meskipun benda itu nampak kecil dan remeh).
3. Letakkan tawakal hanya pada Allah.
4. Setiap yang berlaku adalah atas kehendak Allah, atas izin Allah.
5. Takut hanya kepada Allah. Sesama makhlukNya kita hormat, tak perlu takut.


Lima nasihat ini, bila kita baca, nampak biasa. Tiada apa-apa yang menarik. Namun, keikhlasan cikgu menasihati kami, memberi kesan di hati.

Sejak dari hari itu, secara perlahan-lahan Yati manfaatkan nasihat-nasihat ini. Bila rasa jatuh, bila inginkan sesuatu, bila rasa resah gelisah, bila segala anasir-anasir tak sepatutnya hadir untuk mencemarkan putih sekeping hati. Ketika itulah nasihat-nasihat ini sangat berguna.

Alhamdulillah, apabila kita susah atau kita senang, kita akan redha. Kita tahu segala apa yang berlaku adalah dengan kehendakNya, dan segala yang berlaku bukanlah sia-sia. Allah uji sesuai dengan kemampuan kita.

Yati ada membaca kisah seorang wanita yang sudah empat kali mengalami keguguran, dan masih tidak putus asa untuk berusaha. Yati juga ada membaca cekalnya seorang wanita berusaha untuk mendapatkan cahayamata setelah bertahun lama. Allah...sabar dan tabahnya mereka!

Yati jua mahu kongsikan ayat ini sebelum Yati berundur diri. Maaf Yati tidak ingat di mana Yati dapatkan ayat-ayat indah ini. 

"Andai kau tidak mempunyai ilmu dan hanya memiliki prasangka, berprasangka baiklah terhadap Tuhanmu"


p/s: Yati minta maaf andai tidak dapat menampilkan nama ustaz, (begitu juga dengan ayat di atas) walhal kita sepatutnya tahu nama guru kita. In shaa Allah nanti akan dikemaskinikan. Saya budak sedang belajar.

p/s: Tolong doakan kami agar dapat memiliki zuriat yang baik.

p/s: Jom kita solat sunat Dhuha, masih ada masa lagi ni ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS