Powered by Blogger.
RSS

Tip-tip Untuk Melipat Unit Segitiga Origami 3D

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Terlebih dahulu pihak kami pohon maaf, agak lewat untuk berkongsi tip-tip. Ada tak sahabat-sahabat yang telah mencuba melipat unit segitiga? Ada? Alhamdulillah...terima kasih pada yang mencuba ^-^ 

Tip-tip yang akan kami kongsikan ni adalah melalui pengalaman kami sepanjang berkecimpung dalam bidang origami 3D ni. In shaa Allah, kami kongsikan sedikit ilmu, mudah-mudahan memberi manfaat buat sahabat-sahabat kami di sini khususnya dan buat sahabat yang bertanya, khasnya ^-^

Baiklah, tip yang pertama: Pemilihan Kertas
Untuk kertas biasanya kami menggunakan kertas berwarna A4 80gsm. Ini kerana kertas yang nipis akan mengurangkan kekukuhan struktur origami. Lagi satu kertas yang nipis menyukarkan ketika kita mahu membina tapak asas origami 3D. Kertas yang terlalu tebal, seperti kertas kad manila, two sheet card, hard cover paper jarang kami gunakan kerana apabila kita melipat dalam kuantiti yang banyak, jari kita akan sakit kerana perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menekan.

Tip Kedua: Memotong Kertas



Untuk memotong kertas menjadi saiz 1/32 kertas A4, kami lebih gemar menggunakan pisau di awalnya. Ianya lebih cepat dan tepat berbanding menggunakan gunting. Kalau kawan-kawan mempunyai rotary cutter atau , itu adalah yang sangat baik kerana ia boleh memotong lebih dari 10 helai kertas sekali potong. 

Untuk masa yang efisien, kita boleh mengambil 2-5 keping kertas sekali potong. Tetapi, ini bergantung juga pada kecekapan kawan-kawan menggunakan pisau. Mengikut pengalaman kami, 3 helai kertas tu just nice sedang elok. kalau 5-6 helai, dia akan mula lari sedikit daripada garisan, tetapi masih boleh diterima. 

Kami tidak menggunakan pembaris untuk melukis 32 kotak. Lecehkan. Kami lipat dua kertas, potong. Lipat dua lagi dan potong. Sehinggalah yang lipatan yang terakhir, barulah kami menggunakan gunting. Melalui pengalaman kami, menggunakan gunting lebih kemas berbanding pisau ketika potongan yang terakhir (mungkin kerana saiznya sudah terlalu kecil dan kertas menjadi semakin tebal). Oh ya, lupa pula. Andai kawan-kawan memotong 3-5 helai kertas sekaligus, jangan pula ditindihkan kertas yang dilipat dua itu. Nanti setiap kali potong, ketebalan akan bertambah. Jadi, potong satu-satu ye (lihat gambar). 

Tip Ketiga: Mengumpul Kertas-kertas yang Telah Dipotong



Jangan sepah-sepahkan kertas yang telah dipotong. Untuk kekemasan, kawan-kawan boleh ikat menggunakan getah atau kertas terpakai (macam dalam gambar). Satu ikatan tu, selalunya 5 helai kertas. Boleh potong banyak-banyak terus. Kemudian simpan. Apabila nak gunakan, ambil dan lipat. Senangkan. Kami simpan dalam bekas ais krim je. Jimat dan mesra alam. Hehehe Y^^

Tip Keempat: Mengumpul Segitiga-segitiga yang Telah Dilipat



Apabila kita dah lipat segitiga dalam kuantiti yang banyak, takkan kita nak sepah-sepahkan pula, ye tak? Jadi, kami suka susunkan dia menjadi satu barisan. Hehehe. 



Macam ni...barulah kemas. Sebenarnya apabila kita buat begini ia bukan sahaja kemas. tetapi juga ianya memudahkan kita apabila mahu membina origami 3D. Lebih-lebih lagi ketika membuat tapak asas yang selalunya mengandungi 2-3 lapisan. Lagi satu ianya juga memudahkan untuk mencantumkan unit-unit kerana bukaannya dah luas sikit.

Tip Kelima: Keselamatan

Pastikan kawan-kawan sentiasa berhati-hati apabila menggunakan gunting dan pisau. Bukan itu sahaja yang tajam. Kertas juga sebenarnya tajam. Sesiapa yang biasa bermain dengan kertas, tau akan perkara ini. Kalau tangan kita terlayang di tepi kertas, boleh meninggalkan calar/ hirisan. Pedih juga tau meski tak berdarah. Dan lagi, bucu segitiga juga agak tajam (bergantung kepada ketepatan lipatan), hati-hati semasa memegang atau membina struktur origami 3D.

Tip Keenam: Melipat Segitiga

Sebenarnya tidap perlu sebuah meja atau lantai untuk melipat segitiga. Kita boleh melipatnya secara bebas lantaran saiznya yang kecil. Kawan-kawan boleh melipat ketika dalam tren, ketika menunggu waktu giliran, ketika menunggu lampu isyarat (ini yang selalu kami lakukan. hehehe), ketika menonton televisyen, ketika melepak di taman dll. Asalkan ada masa senggang. Kerana apabila kawan-kawan telah mahir melipat, tidak perlu lagi terlalu fokus melihat garis lipatan. 

Dan ini juga boleh dikira sebagai promosi, kerana apabila orang bertanya, "buat apa tu?" kawan-kawan bolehlah jawab, "tengah lipat kertas, nak buat origami" kalau bawa contoh origami 3D yang telah dibuat lagi bagus. Tidak perlu susah-susah nak terangkan panjang lebar. Mana tahu, ada yang berkenan dan buat tempahan ^-^

Bagaimana kawan-kawan, rasa mudahkan mahu melipat segitiga. Yang penting tekun dan rajin. In shaa Allah di lain masa, kami akan kongsikan pula bagaimana mahu membina bakul bunga yang cantik tu ^-^ Bakul tu memerlukan tiga warna. Anggarannya 93 unit segitiga untuk warna A, 50 unit segitiga untuk warna B, dan 41 unit segitiga untuk warna C (warna-warna mengikut selera sendiri). Ini anggaran kami sahaja, kawan-kawan boleh sediakan dalam jumlah yang lebih. Kawan-kawan bolehlah melipat dahulu segitiga-segitiganya sementara menunggu kami bersiaran lagi ^-^ in shaa Allah.

~cinta~ukhwah~hadiah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tutorial: Unit-unit Modular (Ibarat Salam Perkenalan dari Origami 3D)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Sayyidul ayyam! Alhamdulillah, masih bernafas dan menikmati segala keindahan di hari Jumaat ini. Sahabat sekalian tahu tak banyak amalan sunnah yang boleh kita lakukan hari ini. Meh, kami nak kongsikan di sini. 


  1. Banyakkan berselawat ke atas baginda Rasulullah saw
  2. Banyakkan berdoa 
  3. Mandi sunat 
  4. Baca Surah al-Kahfi
  5. Potong Kuku
  6. Pakai wangi-wangian
  7. Datang awal ke masjid
  8. Banyakkan bersedekah dan amalan-amalan yang baik.

Baiklah, mari kami huraikan sedikit (sekadar yang berada dalam pengetahuan kami).

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda:

"Pada hari Jumaat ada satu ketika yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang solat, di mana apabila dia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan" 


Maka sahabat sekalian, marilah kita memperbanyakkan doa pada hari ini. 

Hari ini kita mandi, membersihkan diri; potong kuku, mencukur bulu ari-ari dan bulu ketiak, memakai pakaian yang bersih, dan memakai wangi-wangian, kita boleh niatkan mengikut sunnahnya.

Ramai yang terkeliru, mengatakan hanya lelaki yang mahu pergi solat Jumaat sahaja yang boleh berniatkan mandi sunat hari Jumaat. Hakikatnya semua pun boleh lakukan amalan sunnah ini dan waktunya tidak hanya terhad di kala mahu pergi solat Jumaat, sepanjang hari Jumaat, kita mandi, niatkanlah untuk mandi sunat hari Jumaat. 

Untuk wanita pula, memakai wangi-wangian bukanlah sunnah, cukuplah untuk menghindarkan bau badan sahaja. Buat wanita, jangan berlebih-lebih bertabaruj pula ya ^-^

Baiklah sahabat-sahabat sekalian, ini sahajalah yang kami mampu huraikan, bagi menghadamkan lagi tentang amalan sunnah. Sahabat-sahabat yang tahu lebih dari kami, boleh kongsikan di ruang komen. Semoga ilmu yang bermanfaat yang dikongsikan menjadi pahala yang berterusan buat kita. Amin.

Sekarang, tiba masanya untuk berkongsi ilmu kraf pula ^-^

Di dalam cerita "Hobi: Larut dalam Sebuah Kegilaan" ada seorang sahabat minta ditunjukkan cara-cara membuat kraf. Cuma kami tak pasti kraf yang mana yang sahabat kita tu maksudkan. Takpelah, kami putuskan untuk mulakan dengan kraf bakul bunga dahulu. 

Bakul bunga tu termasuk dalam kategori Origami Modular (atau Origami 3D). jadi, mula-mula sekali, kami kongsikan bagaimana mahu melipat unit-unit kecilnya dahulu. 




Untuk hasilkan satu unit segitiga, kita memerlukan sekeping kertas kecil berbentuk segiempat sama. Selalunya satu kertas A4 boleh menghasilkan 32 keping kertas kecil tersebut. Sebenarnya tak kisah pun nak gunakan kertas saiz apa. Asalkan bila dipotong-potong ianya menjadi segiempat sama, dan senang untuk melipat bucunya. 





  1. Ambil sehelai kertas yang telah dipotong tadi, lipatkan dua seperti di dalam gambar.
  2. Kemudian lipatkan di bahagian tengah-tengah, buka semula lipatan tersebut (ini hanya untuk menandakan garis tengah).
  3. Kemudian, terbalikkan kertas (supaya garis tulang ke depan).
  4. Kemudian, lipatkan mengikut garisan (sehingga menjadi seperti lipatan kapal, hehehe...).
  5. Kemudian, terbalikkan kertas (kali ni garis tulang ke belakang), lipatkan bucu (rujuk pada garisan).
  6. Kemudian, lipat baki kertas (rujuk garisan) sehingga menjadi segitiga sama kaki.
  7. Akhir sekali, lipatkan mengikut garis tengah, maka jadilah segitiga yang kecil.


Bagi yang sukar memahami gambar dan penerangan, kami mohon maaf, kerana kami masih belum mahir dalam menyampaikan tutorial secara bertulis. 

Sahabat sekalian boleh rujuk video ini bagi memudahkan pemahaman sahabat-sahabat, in shaa Allah ^-^

Ini dahululah, setakat hari ini, in shaa Allah, nanti kami kongsikan tip-tip untuk menggunting dan melipat kertas.

Sahabat yang kami kasihi, semoga ini memberikan manfaat, kami akan kongsikan tip-tipnya  dalam masa yang terdekat, in shaa Allah. 

Dan sahabat-sahabat yang lain, jom, sama-sama hasilkan kraf! ^-^ (dan jangan lupa Sayyidul ayyam hari ini)

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mode: Tak Sabar Nak Balik Kampung

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Perancangan hujung minggu kali ini ialah balik kampung ^-^ in shaa Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Malam nanti pula ialah sesi mengemas baju-baju yang telah bersiap sedia umtuk disumbatkan ke dalam beg. In shaa Allah.

Anak perantauan beginilah, tempat kaki berpijak adalah tempat mencari rezeki. Kampung pula adalah tempat yang sentiasa membuahkan rindu di hati. Dan wajah-wajah mak ayah pula sentiasa mengamit hati untuk segera pulang. Bagi yang masih memiliki emak dan ayah, ternyata kalian sangat beruntung kerana hidup dalam lingkungan doa-doa mereka. Pasti ramai yang pernah mendengar ungkapan ini:

"Dan apabila mata ibumu sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah, iaitu doa seorang ibu"

Oleh itu kawan-kawan yang kami sayangi sekalian, sentiasalah doakan kebajikan, kebahagiaan dan kesihatan emak dan ayah kita ^-^

Lagi...sentiasa tutup aurat, biarlah membawa peribadi dan akhlak yang mulia. Pernah dengarkan ayah dan suami akan diseret jua ke neraka kerana anak-anak dan isterinya melanggar perintah Allah. Nah, kalau sayangkan emak dan ayah kita, sentiasalah perbaiki diri. Bukankah anak yang soleh solehah itu merupakan saham akhirat bagi emak dan ayah. Jom, jadi anak yang soleh solehah!

Wahhh...tambah bersemangat pula kami nak balik kampung bila bercerita tentang emak dan ayah ni. Teringatkan kampung, tentu jua teringatkan air tangan emakkan.....(kalau ayahnya pandai masak, tentu rindu juga dengan masakan ayah). Meh la, kami kongsikan resepi masakan kampung (yang telah dikomersialkan).

Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin (versi apa yang ada di dapur...hehehe)



Bahan-bahannya:

7-15 biji                cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1 buku                  kunyit (dalam 1 inci setengah)
1/2 ekor               ikan patin (potong dan bersihkan)
3 tangkai              daun kesum 
1 peket                 serbuk santan (dapat yang fresh lagi best)
2 sudu besar       tempoyak 
                             Garam
                             Air 

Cara-caranya:

  1. Tumbuk cili api + kunyit + garam
  2. Masukkan rencah yang ditumbuk tadi ke dalam periuk, dan tenggekkan periuk di atas api.
  3. Masukkan sedikit air (ikut sukatan di peket santan)
  4. Masukkan santan serbuk. Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan tempoyak. Kacau sehingga santan masak.
  6. Kemudian, masukkan ikan patin bersama-sama dengan daun kesum
  7. Rasakan masinnya, sedang-sedang je, barulah sedap. Dah, siap!


Tip-tip:

  1. Lumurkan ikan patin dengan air asam limau/ asam jawa bagi mengurangkan rasa hanyir.
  2. Jangan tumiskan rencah, kerana ikan patin jenis yang berlemak.
  3. Kalau nak rasa masam-masam sikit, tambahkan asam keping.
  4. Kalau ada bunga kantan, lagi sedap!
  5. Jangan masak ikan patin lama-lama sangat, sebab isi dia lembut je, takut hancur pula nanti.

Senangkan buatnya, bukannya susah pun...bak kata ayah Yati, campak-campak je. Haaa...jangan tak tau ayah Yati pandai masak tau. Ah, tak sabar nak balik kampung. Mula-mula balik kampung (Kampung Gapis). Rindu kat mak dengan ayah. Kemudian trip balik bandar pula (Sungai Besi) in shaa Allah ^-^ Adik cigem...mesti kau rindu kat angah kan...kan...kan...

~cinta~ukhwah~hadiah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hobi: Larut dalam Sebuah Kegilaan

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Rasanya ramai antara kita sudah biasa mendengar ini >>> Kejar 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Betulkan... Hadith ini telah biasa kita dengar. Haaa...kalau dah biasa dengar, nak test uji sikit. Senaraikan 5 perkara yang Rasulullah saw pesankan kepada kita berdasarkan hadith tersebut. Baiklah, dah senaraikan dah? Jom kongsi di sini:

1. Muda sebelum tua
2. Sihat sebelum sakit
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati

Bagus! Tahniah! 

Hujung minggu ini, apa aktiviti sahabat-sahabat? Masa yang lapang ini isikan dengan perkara yang seronok, tapi yang bermanfaat dan tak melanggar syariatNYA tau... 

Sekarang ni Yati sedang berada dalam fasa; semua benda nak buat. Hehehe ^-^ Nak buat kraf, nak masak yang ekstravaganza (hahahaha), nak kutip biji saga lagi, nak pergi jalan-jalan kat pasar tani, nak window shopping (ini satu terapi buat wanita), nak menjahit, nak tengok wayang cerita G. I Joe (pergi dengan mahram tau)...emmmm...lagi, apa ye? Nak buat persiapan nak balik kampung (mode: tak sabar nak balik kampung), nak baca buku, nak kemas rumah. Banyaklah...itulah yang cakap tadi, semua benda nak buat Y^^ Suka, suka, suka...

Kawan-kawan suka buat apa cuti-cuti ni? Ada yang suka cuci kereta, singgah kedai buku, pergi makan yang sedap-sedap. Betulkan? Dalam hidup ni banyak perkara yang menyeronokkan untuk dilakukan, Walaupun ianya satu aktiviti yang mudah dan ringkas, Manfaatkan masa yang ada bukan sahaja untuk material, tetapi juga sosial. Buat aktiviti bersama orang yang ada di sekeliling kita; kawan-kawan serumah, mak, ayah, suami, isteri, anak-anak, sepupu, jiran...

Di bawah ni benda yang sedang menjadi kegilaan Yati. Entah kenapa kemaruk sangat buat benda ni. Macam budak-budak pun ada rasanya. Main potong-potong kertas, gulung-gulung, lipat-lipat, gam-gam. Hehehe. 



Gambar di bawah ini pula, hasil daripada kegilaan di atas.



Yang bulat-bulat dengan segitiga tu nak buat apa? Haaa....jangan tak tau, Yati dah dapat ilham dah nak buat apa. Jenggg...jenggg...jenggg...nantikan kemunculannya nanti, in shaa Allah. 

Baiklah kawan-kawan, apa sahaja yang di buat, jangan lupa niatkan kerana ALLAH, mudah-mudahan yang kita lakukan tu tak sia-sia ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi: Curried Seafood Fried Rice wif Pineapple & Sotong Goreng Tepung


Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, dah masuk waktu tengah hari. Sedang masak apa ye isteri-isteri di rumah? Pasti seronok, menyediakan juadah untuk suami dan anak-anak yang tersayang. Nanti dah kenyang, jangan malas pula nak pergi Solat Jumaat ye. Hehehehe.

Tengah hari ni kami di Leyanita Craft Studio ni nak kongsikan satu resepi.  Kalau rasa sempat lagi nak cuba, sudi-sudilah mencubanya. Yang dah cuci tangan di dapur...takpe...takpe...in shaa Allah boleh cuba untuk makan malam nanti ^-^

Resepi ni Yati cuba setelah sekian lama tak makan nenas (sedang dalam usaha mendapatkan zuriat, doakan kami ye ^-^) Tapi, akhirnya bolos jua setelah bertahun tak makan. Hehehehe. Resepi ni Yati ambil dari web My Resepi. Bila dah tulis blog ni barulah perasan, ianya bukanlah Nasi Goreng Nenas, sebaliknya Nasi Goreng Seafood Berkari + Nenas. Hahahahaha. Patutlah resepinya agak lain dari yang Yati pernah cuba. Tapi, ok je...dapat juga mencuba resepi baru...kannnn... ^-^

Jom, tengok resepinya...Boleh juga klik SINI untuk melihat resepi asal di My Resepi.

Curried Seafood Fried Rice wif Pineapple
oleh: Liana_pq

Bahan-bahan:

3 mangkuk                Nasi (lagi sedap kalau nasi sejuk semalam)
3 sudu besar             Nenas (di dadu, Yati guna yang dalam tin je)
2 biji                           Telur
Segenggam              Mix Vege (Yati suka banyak sayur, kalau tak suka, boleh kurangkan)
2 sudu besar            Serbuk Kari 
3 ulas                         Bawang Putih (diketuk)
1/2 biji                      Bawang Besar (didadu)
1/2 biji                      Capsicum 
7-10 biji                    Cili api (kalau suka pedas, boleh tambah lagi, ni Yati tumbuk kasar-kasar je)
                                    Seafood (suka hati nak guna apa, Yati guna udang kertas je)
                                    Garam dan serbuk lada hitam

Cara-caranya:
1. Gorengkan udang (atau apa-apa seafood yang digunakan) terlebih dahulu. kemudian, ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumiskan bawang putih, dan masukkan telur. Kacau.
3. Masukkan nasi, nenas, mix vege, bawang besar, capsicum. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan udang tadi dengan garam dan serbuk lada hitam.
5. Akhir sekali, masukkan serbuk kari dengan cili api. Kacau hingga sebati

Ok, dah siap!





Nampak tak tanda best tu...memang sedap! Kalau incik imamku suka, kira berjayalah. Resepi ni menepati selera Incik imamku. Masa masak tu, semerbak harum dapur, bau macam Nasi Beriyani...Tak percaya...cubalah sendiri!

Aksesorinya tu Sotong Goreng Tepung. Dapat resepi dari My Resepi juga. Nak lihat yang asal boleh klik SINI. Yati derhaka sikit kat resepinya. Hehehehe.

Meh, tengok resepinya

Sotong Goreng Tepung
oleh:che'iza

Bahan-bahan:

2 ekor                       Sotong (saiz besar sikit tu, potong bulat-bulat)
1/2 cawan               Tepung Adabi
1/2 cawan               Tepung Gandum
1 cawan                   Tepung beras
1 biji                          Telur
1 sudu kecil             Baking Powder
                                   Garam dengan lada sulah

Cara-caranya:
1. Mula-mula sotong tu bersihkan, tos sampai kering dulu.
2. Kemudian, satukan sotong dengan garam dan lada sulah.
3. Pukul telur (dalam bekas lain)
4. Satukan segala mak nenek tepung tu dengan baking powder.
5. Celupkan sotong dalam telur dulu, kemudian, golek-golekkan dalam adunan tepung.
6. Goreng (deep fry ye) dalam 10 minit camtu (dalam resepi tulis 4-5 minit, tapi Yati tambahkan masa sebab Yati gunakan api yang sederhana bagi mengelakkan dia meletup-letup)

Dah siap! memang juicy sotongnya. Bak kata tuan punya resepi, "Rangup di luar lembut di dalam".

Haaa...yang dah terliur tu...boleh la pergi beli bahan-bahannya...worth try bagi yang suka rasa kari-kari sikit... ^-^ Sedap dimakan panas-panas.

~cinta~ukhwah~hadiah~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia Negeri Pahang

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Apa khabar hari ini? Semoga diberikan kesihatan yang baik, baik dari segi fizikal, mental dan spiritual. Amin. Buat sahabat-sahabat yang sedang berpuasa sunat. Syabas kami ucapkan. Semoga berkeupayaan untuk melaksanakan ibadah puasa yang sempurna. Amin.

Hari ini kami nak bercerita tentang program yang kami pergi pada hujung minggu lepas. Namanya Program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia Negeri Pahang. Awal pagi dimulakan dengan senaman aerobik. 

Selepas sarapan, kami melawati setiap ruang pameran. Dimulai dengan AADK, Pusat Kitar Semula, Bomba, Polis, Adabi, Lembaga Air, LPPKN, dan Pusat Kraf. Di sini kami singgah agak lama. Kenapa? Sebab kami berpeluang mewarnakan batik di sini ^-^ alhamdulillah...pengalaman pertama. Dan kami berpuasa hati dengan hasilnya (biasalah percubaan pertama). Kami panjatkan syukur, kerana kami adalah orang yang terakhir, sebab untuk pagi itu hanya 8 keping sahaja yang dibuka. Walaupun yang terakhir untuk pagi itu, kami masih ada pilihan, samada mahu corak bunga atau rama-rama. Kerana melihat corak bunganya biasa sahaja (biasa buat mata kami yang tidak pandai seni batik...hehehehe), kami pilih corak rama-rama.



Inilah dia kakak yang mencanting batik ^-^


Kami yang teruja. Hehehe. Kami duduk atas rumput sebab tikar yang disediakan dah penuh. Walau duduk atas rumput, tetap seronok. Nampak tak yang berbaju biru (yang sipi tu, bukan yang sedang mewarna tu :p ) Abang itu sangat tekun dan berseni ketika mewarnakan corak bunganya. Memang dalam banyak-banyak hasil dialah yang paling cantik. Anak kecilnya turut sama menolong ^-^


Inilah beberapa hasil yang sempat kami rakamkan. Hasil dari abang tersebut tidak kelihatan dalam gambar kerana ketika kami dah siap, dia masih tekun mewarna. Sangat teliti. Setelah siap, perlu dijemur dahulu. 

Gambar kanak-kanak itu pula adalah untuk sesi tengah hari. Kalau pagi tadi hanya gologan dewasa, untuk tengah hari, kanak-kanak pula yang memeriahkan ruang itu.

Sementara menunggu, kami teruskan sessi lawatan ke gerai2 pameran yang lain. Hehehehe. tersangkut pula tadi. Opsss...lupa pulak, kat gerai kraf ini juga kami dapat melihat mutiara asli. Meh nak share kongsi gambar dia.


Ini juga pertama kali kami melihat mutiara dalam bentuk begini.

Tidak banyak gerai pameran yang tinggal. Kami singgah di gerai Jabatan Penerangan, TLDM, Persatuan Pengguna. Emmm...apa lagi ye...Haaa...UMP, pastu gerai jual kek.

Sementara menunggu perasmian oleh YAB MB Pahang, kami Yati berpeluang naik kapal TLDM. Alhamdulillah pengalaman pertama juga.


Ketar lutut bila naik-turun tangga di dalam kapal untuk ke ruang atas. tempat pengemudian kapal. Serius, saya gayat! Hahahahaha... Yati jarang gayat bila berada di tempat tinggi, malah berada di tepi dek jua bukan masalah. Tetapi ketika menuruni tangga tersebut, ketar lutut, dan meleleh sedikit air mata perempuanku ini. Huh! Incik imamku cakap, "Abang berlari tau naik turun tangga" Hmmm... Tapi ok je, bak kata incik imamku "Ini pengalaman namanya, nanti kalau orang tanya pernah tak naik kapal, bolehlah cakap pernah" Iya betul, alhamdulillah...ALLAH berikan peluang ini.

Seronok ketika berada di sini, kami mendapat banyak info yang berguna. Malah kami ada mengumpul beberapa pamplet. Yati mahu letakkan di ruang 'Safety Corner' pamplet-pamplet yang berkaitan dengan keselamatan. In shaa Allah. Dan, banyak juga cenderahati-cenderahati yang kami terima, seperti paper bag, pen, memo pad, sticker, bookmark, dan  air mineral. Hehehehe.




Kemudian kami pergi semula ke gerai kraf tersebut untuk mengambil lukisan batik kami tadi. Alhamdulillah...seronok sangat-sangat! Ketika inilah baru kami tahu apa fungsinya air yang diberikan ketika mewarna tadi. Ingatkan air itu untuk basuh berus. Hahahaha...rupanya air digunakan untuk memberi ton warna dia atas kain. Ilmu baru ni.

Itu, bingkai jam dinding. Jamnya dah rosak, incik imamku dah suruh buang dah. Tapi, yati yang masih simpan lagi, sebab rasa bingkai dia boleh buat banyak craft art. Berguna juga bingkai ini. Incik imamku yang meguruskan bingkai dan jarum jam, Yati pula tukang susunkan kain ke dalam bingkai. Di atas itulah hasilnya ^-^

Inilah cerita kami sepermegian kami di sana. Chewahhh... Sekian dulu ceritanya, in shaa Allah lain kali kita jumpa lagi untuk cerita yang lain.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tip Menjalani Aktiviti Ketika Cuaca Panas

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Bagaimana cuti hujung minggu kawan-kawan semua. Minggu gaji, jalan raya pusat membeli-belah akan dipenuhi dengan orang ramai yang membeli barang-barang keperluan. Namun, di Kuantan (yang sedang mengalami cuaca panas terik) melawati pusat membeli-belah yang berhawa dingin merupakan satu aktiviti bagi menyejukkan badan. Tak percaya? Kalau tidak percaya, silalah tanya kawan-kawan yang duduk di Kuantan. 

Di mana lagi mahu menyejukkan badan, mahu pergi air terjun, hanya ada di Panching. Solusinya, bawa keluarga berjalan-jalan di pusat membeli-belah.

Hujung minggu kami terisi dengan beberapa aktiviti. Awalnya dimulai dengan menyertai karnival (ah, lupa pula namanya) di adakan di TLDM Pangkalan Tanjung Gelang. Banyak cerita menarik kami lalui. In shaa Allah ada kesempatan kami ceritakan di sini.

Dan semalam, kami akhiri dengan membeli barang-barang dapur yang semakin susut, dan memasuki beberapa kedai perabot (ini ikut incik imamku...).

Aktiviti hujung minggu kami dipenuhi dengan aktiviti luar, walaupun panas membakar kulit. Oh, lupa pula, setelah sekian lama, akhirnya kereta Myvi kami bertinted sudah ^-^ (ditinted pada hari Sabtu yang lepas) suka sangat-sangat, terima kasih kepada incik imamku . Ternyata, ianya mengurangkan sedikit kepanasan di dalam kereta. 

Berikut merupakan tip-tip yang kami ambil dari beberapa sumber di internet untuk menghadapi cuaca panas:

1. Banyakkan minum air kosong/ air masak: Kami pasti akan membawa bekal air (1.8L) setiap kali keluar rumah, dan sejak musim panas ini, air itu akan habis setiap kali kami berangkat pulang. Walaupun musim panas, janganlah amalkan meminum air berais untuk menghilangkan haus dan menyegarkan badan. Amalan ini tidak begitu bagus.

2. Elakkan pendedahan kepada matahari terlalu lama: Senang cerita, duduk sahaja di dalam rumah, (hehehe) kalau mahu keluar juga, pastikan pergi ke tempat-tempat yang berbumbung atau memakai alat-alat perlindungan (Lihat no. 3).

3. Pakai Payung/ Topi/ Sunglasses/ Sunblock/ Krim penghalang UV: Ini adalah alat perlindungan bagi yang terdedah kepada pancaran matahari ketika melakukan aktiviti sehari-hari. Sebenarnya di sini terpancar hikmah menutup aurat dengan sempurna ^-^ Jadi, kawan-kawan yang muslim, marilah kita berpakaian menutup aurat dengan sempurna. Banyakkkkkkkk hikmahNYA. Kami tidak gemar memakai krim ketika cuaca panas kerana tidak selesa ketika berpeluh. Cukup dengan memakai bedak yang mempunyai pelindung UV.

4. Kipas/ Pendingin Udara/ Mandi: Ini pula yang boleh dilakukan bagi mengurang panas badan. Serius, di rumah, kami memasang kipas meja dan kipas syiling (serentak!), namun masih berpeluh. Begitulah tahap kepanasan di sini. (Di FB juga rata-rata membicarakan isu ini). Ketika beginilah, keinginan untuk memliki pendingin udara meluap-luap. Hehehehe.

Kami beranggapan melalui pengalaman ini (dengan cuaca yang 'tidak biasa' ini) menjadikan seseorang itu lebih kreatif untuk mengatasi keadaan 'tidak biasa' ^-^ meski ketidakselesaan itu wujud, kita masih mampu menjalani aktiviti sehari-hari. Alhamdulillah

Itu sahajalah perkongsian kami kali ini. Buat sahabat-sahabat di sini, semoga bersabar hadapi cuaca 'tidak biasa' ini. Yang tidak sihat akibat cuaca 'tidak biasa' ini, semoga dikurniakan ketabahan dam kesabaran. Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa-dosa kecil, in shaa Allah.

~cinta~ukhwah~hadiah~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS