Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,
Kami harap tidak lah terlalu lewat bagi kami untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua muslim ^-^ Pssttt...apa azam sahabat-sahabat sekalian untuk tahun 1434H ini? Doa kami semoga sahabat-sahabat semua dipermudahkan segala urusan bagi mencapai segala yang sahabat-sahabat azamkan. Kami mendoakan kebaikan buat sahabat-sahabat semua. Amin
Lama juga kami tidak mencatat apa-apa di sini. Maaf dari pihak kami bagi sahabat-sahabat yang menunggu cerita dari kami. Sedang kami membelek-belek gambar-gamabar dalam folder kraf, kami terkejut dan beristighfar. Betapa kami terlupa untuk mengeluarkan cerita tentang kraf yang ini.
Kraf ini kami hasilkan untuk Ulangtahun Persahabatan Y2TINA yang ke-18 yang diraikan pada 2 Mac 2013 (tetapi hadiahnya diberi lewat sekitar bulan September yang lalu. Hehehe). Alkisahnya, kami memilih lilin sebagai hadiah utama untuk setiap kali Ulangtahun Persahabatan ini. Terkesan daripada perbandingan mercun dan lilin. Kami memilih lilin, walau cahayanya tidak secantik mercun, tetapi sinarnya bertahan lama. Begitu juga dengan persahabatan kami. Alahmdulillah telah 18 tahun kami berkongsi ketawa dan duka. Melalui setiap fasa-fasa kehidpan bersama-sama. Doakan semoga persahabatan kami hingga ke syurga. Amin.
Untuk tahun ini kami memilih untuk menghasilkan sendiri hadiahnya, menggunakan teknik origami 3D. Awalnya kami hasilkan ini;
Memastikan warna tema ada di situ; HIJAU. Sebenarnya kraf ini ialah kraf pasu bunga. Bagi kawan-kawan yang mahu mencubanya, bolehlah merujuk DI SINI. Kami mengubahnya menjadi pemegang lilin ^-^
Sekali lagi, kami menggunakan lebihan kertas kraf bunga telur. Kemudian kami bermain dengan warna bagi menghaslkan corak melingkar. Yang terakhir kami gam lilin kecil dan ladybird merah yang comel.
Kemudian, apabila kami tambahkan lagi sepasang kraf ini.
Bukan tanpa pengertian ye...Ada maksud di sebalik bilangan pemegang lilin ini. Warna dan hiasannya juga mempunyai maksud yang tersendiri. Tetapi tidak perlulah kami olahkannya satu per satu di sini. Panjang sangat nanti. Hehehe.
Berkenan dengan corak yang ini? Sahabat-sahabat boleh mencubanya. Kami merujuk VIDEO INI bagi menghasilkannya. Seperti biasa, dengan sedikit penambahan dan permainan warna ^-^
Sahabat-sahabat boleh juga menempahnya dengan kami. Jangan malu-malu untuk menghubungi kami ^-^ Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, pasu ini awalnya berlubang di bawahnya. Maka ianya tidak sesuai untuk diletakkan barang-barang seperti kerongsang, kunci dll. Namun kami telah mendapat ilham, bagaimana mahu mengatasi masalah tersebut, supaya ianya menjadi pasu yang pelbagai guna ^-^ alhamdulillah.
Baiklah sahabat-sahabat, sampai di sini dulu cerita kami. in shaa Allah kita jumpa lagi di cerita yang lain. Pesanan kami buat sahabat-sahabat. Hargai kawan-kawan kita, jangan lukakan hatinya. Dalam persahabatan ada pasang surutnya, tetapi jagalah ukwah. Dunia hari ini, berhubung dengan yang jauh sebenarnya bukanlah satu isu. Sahabat-sahabat kami di sini, kami amat berterimakasih dengan sokongan kalian selama ini ^-^
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment