Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya,
Di penghulu hari ini, pihak Leyanita Craft Studio mendambakan segala kesejahteraan dan kebaikan buat sahabat-sahabat semua; buat kita semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan, esok lebih baik dari hari ini.
Cerita kali ini, berkisarkan tentang hadiah Hari Lahir. Ini adalah model pertama yang kami cuba hasilkan berpandukan video ini dan beberapa gambar yang dilihat di web-web enjin carian. Ternyata, ianya berbaloi. Kami sangat berpuas hati dapat menghasilkan hadiah yang comel ini buat seorang adik dan seorang sahabat.
Seperti cerita-cerita sebelum ini. Kami agak kalut menyiapkan semua hadiah sebelum urusan pindah rumah (termasuklah hadiah yang ini). Awalnya stok kertas berwarna biru kami mahu cuba bereksperimen membuat model Doraemon (seperti yang diminta oleh Kak Nol). Namun, disebabkan belum lagi berjaya dengan eksperimen tersebut, maka kami ambil unit-unit segitiganya untuk menghasilkan model ini.
Panjang pula pendahuluannya ye...mana gambarnya... Sabar...sabar... Baiklah, mari kita lihat hasilnya dahulu. Nanti kami akan cerita lagi tentang kek ini.
Emmm...cantik tak? Cantik kan... Warna biru dipilih kerana kedua-dua pemilik hadiah ini memang gemarkan warna biru. Kalau boleh semua benda nak warna biru.
TakdirNya, saya mempunyai beberapa stok barangan terpakai yang berwarna biru. Cerita seterusnya berdasarkan tajuk entri ini ^-^
Bunga reben yang berwarna biru untuk kek yang pertama, kami ambil dari beg organza (selalu yang kita dapat apabila pergi ke majlis perkahwinan). Kami agak rajin juga mengumpul beg-beg cenderahati untuk tetamu itu. (Hehehe).
Kemudian, kertas biru berkilau (yang dilekatkan di tapak kek), kami ambil dari tapak kotak mug. Mug baru beli, dalam kotak dia ada kertas biru ini. Kami ambil dan simpan, rupanya berguna juga ia ^-^
Dan, untuk dekorasi kek yang kedua, kami mnggunakan Golden Love. Yang ini kami ambil dari bunga telur. Kalau tidak silap kami, majlis perkahwinan jiran kami, tahun 2008. Masa itu tengah megah dengan bunga telur reka bentuk buah, love dll. (bukan bunga...ingat lagi tak corak bunga telur yang begitu). Kami simpan sebab dia cantik. Hehehe. Dan, sama seperti kertas biru, akhirnya berguna juga ia ^-^
Untuk bunga reben merah pula. Awalnya bunga reben itu mahu di jahitkan di beg sahabat kami (siapa lagi kalau bukan Puan Yana). Tetapi, kami tidak jadi mahu meletakkan di beg tersebut memandangkan ianya tidak kelihatan elegan. Ternyata, bunga reben merah sangat elegan diletakkan di tepi model kek ini ^-^
Hmmm...apa lagi yang kami kitar semula? Jom, lihat gambar seterusnya!
Hehehe. Kami menggunakan kotak ini untuk meletakkan hadiah tersebut. Sengaja mahu mencipta kejutan buat penerimanya. Kami alaskan di bawahnya dengan carikan kertas (kertas guntingan, lebihan tika membuat bunga telur dahulu). Dan hiaskan kotak dengan reben biru (maaf tidak kelihatan di dalam gambar).
Dan, ternyata kejutan ini berjaya. Kami berikan kotak ini kepada adik comel kami. Awalnya dia seperti... Erkkk...hadiah Birthday pantyliner je ke.... tetapi apabila kami mengarahkan jangan dipusing-pusingkan kotaknya, akhirnya adik kami dapat meneka; ianya bukan pantyliner. Dan dia sangat teruja melihat model kek ini. Kegembiraan dan keterujaan dia menyenangkan hati kami.
Ternyata usaha kami berbaloi ^-^ alhamdulillah.
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment