Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami cintai keranaNya,
Akhirnya lengkap nukilan cerita tentang hadiah untuk anak-anak kami. Ada yang bertanya, tentang maksud pemberian kecil kami ini. Jawapannya ringkas...ibu-ibu mereka yang minta. Hahaha.
Jadi, kami hadiahkan setakat yang kami mampu. Melihat kepada stok unit-unit segitiga yang telah dilipat, dan tahap untuk membuatnya. Ini kerana, hadiah-hadiah ini kami sedaya upaya siapkan sebelum urusan pindah rumah. Iklan sekejap, alhamdulillah, kami telah pindah di rumah sewa yang baru. Namun masih belum selesai mengemas barang-barang.
Tentang soalan di atas (kami sengaja tulis warnanya dalam Bahasa Inggeris)... Tentu belum lagi kan. Dalam senarai watak-watak dalam Angry Bird, belum wujud lagi burung yang berwarna merah jambu. Secara ekslusif, sahabat-sahabat boleh saksikannya di blog ini. Hehe.
Cerita di sebalik hadiah ini ialah; awalnya kami melihat stok kertas yang ada. Ternyata warna hijau mendominasi. Lalu, kami mencari model-model origami 3D yang menggunakan warna tersebut. Hasilnya, kami cuba membuat model mushroom dalam permainan Mario. Namun...
Kami merasakan yang model ini tidak berapa comel untuk dijadikan hadiah. Kami cuba mengubah struktur dengan menambah dan membuang beberapa unit. Namun masih gagal untuk melakukannya. Sehinggalah kami letak tanda koma di situ. InsyaAllah lain masa, kami akan bereksperimen dengan model ini.
Masa semakin singkat, hadiah perlu disiapkan...akhirnya kami mengambil keputusan untuk menghasilkan model yang sama; Angry Bird. Namun, ada satu masalah, stok kertas warna merah telah habis! Natijahnya...maka wujudlah Angry Bird yang berwarna ini...
Sekali pandang, cantik juga burung marah warna merah jambu ini...Dua kali pandang...emm...cantik, cantik cantik... Hehehe ni dah jadi angkat bakul dah ni.
Yang ini untuk siapa? Ini untuk Athirah...anak dara kami yang seorang tu. Harap nanti dia suka la dengan hadiah ini.
p/s: Ayah ngah cakap, mushroom tu katik. Kalau bagi kat Kak Long, nanti Kak Long ingat mak ngah perli pula...hahaha. Kecik macam tuannya, jadi, ini sahajalah yang mak ngah dapat usahakan
p/s: Takut ada orang lain pula yang nak hadiah ini...Orang yang gila dengan warna pink... ^-^ siapalah dia ye...
~cinta~ukhwah~hadiah
0 comments:
Post a Comment