Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,
Ucapan dan entri ini mungkin telah terlewat, namun kami tetap mahu meletakkannya di sini ^-^
Sebulan yang lepas adalah Hari Lahir adik kami yang ke-16 (kalau ada yang perasan, di tapak kek tertulis "Sweet 16" , yang itulah hadiah untuk adik kami). Menginjak ke usia 16 tahun. Kami berharap yang adik kami akan kekalkan tahap kecomelannya. Hahaha. Dan, terus istiqamah memperbaiki diri menjadi muslimah yang solehah. Doa kami semoga adik comel berjaya dalam setiap bidang yang diceburi, tanpa perlu menjual agama. Amin.
Kami agak lewat meraikan Hari Lahirnya kerana kami tidak berada di rumah Ayah ketika itu. Kami meraikannya ketika balik bercuti Aidiladha yang lepas.
Adik yang teruja dapat makan kek |
Hehehe. Adik comel kami tidak menutup aurat ketika gambar ini diambil. Maka, kami terpaksa mengedit gambar ini supaya auratnya tidak dijaja di blog ini. Dapat melihat keterujaan adik comel kami itu. Satu dia teruja kerana kami balik bawakan kek untuknya (kira seperti sebuah kejutanlah). Dua, dia teruja kerana corak love di kek tersebut. Tiga, dia lebih teruja apabila kami katakan ini ialah kek tiramisu (adik comel kami memang sangat gemar makan kek).
Kek ini sangat sedap walaupun harganya murah. Kami berdoa semoga tidak menempuh kesesakan jalan raya ketika dalam perjalanan balik ke rumah Ayah, supaya sempat membeli kek ini. Kami singgah di kedai kek (di Bandar Tasik Selatan). Bagi kami, satu sebab kedai itu dimiliki dan diusahakan oleh seorang Muslim (untuk memastikan ianya halal). Dua, kerana harganya yang boleh dikatakan murah berbanding kedai kek yang lain. Tiga, kek dia walaupun corak tidak berapa memberangsangkan (mujur ketika beli untuk adik, ada corak yang cantik ni), tapi rasanya mantap! (inilah orang kata don't judge a book by its cover).
Eh, iklan panjang pula. Ini dah kira mempromosikan kedai kek tersebut ni. ^-^ sayang sekali, kami tidak mengingati nama kedai tersebut. Namun, bagi yang biasa area BTS, pasti tahu kedai kek tersebut.
Di atas ialah gambar kek yang boleh disuap masuk ke dalam mulut. Di bawah ini pula ialah kraf origami 3D. Kek juga, tetapi tidak boleh dimasukkan ke dalam mulut Y^^
Inilah hadiah Hari Lahirnya. Tentang hadiah ini dan keterujaan adik apabila melihat hadiah ini telah kami ceritakan di sini.
Sekali lagi pihak Leyanita Craft Studio (angah dan abang Shahhir) mengucapkan Selamat Hari Lahir buat adik cigem yang comel. Semoga sentiasa mendapat hidayah dan taufikNya. Amin. Angah dan abang Shahhir doakan yang terbaik dan we love you!
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment