Powered by Blogger.
RSS

Tiga Red Angry Bird Buat Tiga Orang Cahayamata

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Ketika Aidiladha yang lepas, pihak kami tidak sempat mengucapkan Selamat Hari Raya Buat sahabat-sahabat kami di ruang ini. Sebenarnya banyak cerita yang ingin kami kongsikan. Namun banyak benda yang menjadi kekangan buat kami untuk sentiasa menampilkan cerita-cerita buat sahabat-sahabat. 

Terlebih dahulu, maafkan pihak kami kerana situasi ini mungkin berlarutan sehingga beberapa bulan sehingga pihak kami mula stabil. InsyaAllah dalam kekangan, kami masih cuba menyajikan cerita-cerita tentang kraf buat sahabat-sahabat. 

Cerita kali ini ialah tentang Red Angry Bird. Kali ini pihak kami hadiahkan buat anak-anak kecil kami. Sepasang untuk anak buah kami (Amni dan Thaqif). Dan yang lagi satu untuk anak sedara kami (Qaseh). 

Terpaksa buat sepasang untuk anak buah kami kerana dua beradik ini semua benda nak sama. Kalau kami beri barang yang tidak sama, sama ada abang atau adik, akan mempersoalkan. Jadi, langkah selamat, kami buatkan sepasang. Harapan kami, dua beradik ini suka dengan hadiah kecil ini. (Tidak tahu apa reaksi mereka kerana hadiah diberikan ketika kami tiada di rumah Ayah. Ayah yang berikan hadiah ini kepada cucu-cucunya)

Buat Qaseh juga, kami hasilkan model yang sama. Ini kerana untuk menghabiskan stok kertas dan model yang senang untuk dihasilkan, sebelum semua alatan-alatan kraf (kertas, gam, dll) dimasukkan ke dalam kotak (bagi urusan pindah rumah). Awalnya kami mahu berikan hadiah-hadiah ini ketika Aidiladha yang lalu, namun tertinggal di rumah Atuk Ajis. Lupa mahu bawa pulang ke kampung. InsyaAllah kami akan beri ketika menghadiri majlis perkahwinan sepupu kami di Ipoh.

Mari kita lihat tiga Red Angry Bird ini. 

Buat anak-anak yang tersayang



Doa ayah ngah dan mak ngah, semoga anak-anak kami ini menjadi anak-anak yang mendirikan solat, anak-anak soleh solehah. Amin. 

Buat sahabat-sahabat yang ingin menempah, boleh rujuk  di sini. Kami masih lagi mengambil tempahan untuk model ini.

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment