Powered by Blogger.
RSS

Mesej Kemanusiaan: Mesej Merpati Putih

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Sedar tidak sedar, kita sudah hampir tiba ke penghujung bulan Muharam. Rasanya baru sahaja menulis cerita tahun baru. Cepatnya masa berlalu. 

Bagaimana dengan sahabat-sahabat kami hari ini? Sihat? Semoga beroleh kesihatan yang baik. Amin.

Kami telah lama mahu menulis entri ini, maaf andai ada antara sahabat-sahabat menganggap isu ini sudah basi. Bak kata omputih orang Inggeris "Better late than never".

Awal tahun baru, kita sekali kali didendangkan dengan berita kekejaman Zionis terhadap Palestin. Pihak Leyanita Craft Studio juga terkesan dengan berita ini. Dan isu ini dengan cepat mendapat reaksi dunia. Betapa kita masih mempunyai sensitiviti kemanusiaan walaupun berlainan warna kulit, dan agama.

Kami dari jauh mendoakan saudara-saudara kami di sana. Air mata terus mengalir, lagu jihad terus berdendang. Kami terkesan melihat gambar anak-anak yang kuat semangat jihad untukNya. (Semoga zuriat kami memiliki semangat jihad sepertimu wahai anak-anak Palestin). 

Doa kami, kami lebarkan untuk semua saudara-saudara kami yang melalui detik yang tidak indah ini. Semoga keamanan kelak milik kalian, kelak kalian kecapi kemenangan. 




Semoga kita semua konsisten dalam usaha menyelamatkan sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita di sana. Usaha kita mungkin kecil dan ada yang menganggap tidak memberi kesan terhadap kuasa besar itu. Namun, yakinlah yang haq akan menang dan yang batil akan kalah.

Hujung minggu lepas kami berkesempatan berjalan-jalan di IIUM Kuantan Open Day (IKOD). Kami kagum dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh adik-adik yang berusaha mengembalikan tahap kesedaran terhadap isu sejagat ini. Tahniah dan terima kasih juga buat adik yang menyampaikan info-info yang berguna. Ada ilmu baru yang kami belajar. Kami masih simpan risalah-risalah yang diberikan, in shaa Allah nanti kami akan kongsikan di blog ini. 


Kami sampaikan mesej merpati putih buat semua. Mesej keamanan. Ianya hak semua.

p/s: Bagi sahabat-sahabat yang ingin mencuba origami ini, boleh lihat VIDEO INI.


~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment