Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,
Terlebih dahulu pihak kami mahu meminta maaf di atas kelewatan kami untuk mengemaskini cerita-cerita di ruang ini...Maafkan kami...maafkan kami...maafkan kami! (sambil nyanyi lagu Allahyarham P. Ramlee...). Hehehehe.
Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa blog ini agak sunyi sepi sejak dua menjak ini.Buat pengetahuan sahabat-sahabat semua, buat masa ini kami tidak menerima sebarang tempahan untuk kraf origami. Namun itu tidak bermakna, kami terus melupakan untuk bermain dengan kraf. Kami masih menghasilkan kraf dan terus bereksperimen dengan beberapa hasil kraf; untuk jualan jua untuk peribadi.
Kami sekarang sedang bereksperimen untuk menghasilkan beg menggunakan plastik pembungkus makanan/ minuman (kami lebih suka menggunakan istilah 'pembungkus' daripada 'pembalut'). Ilham ini terhasil apabila timbul soalan ini di benak kami, tiadakah kraf yang boleh mengolah semula plastik-plastik ini? Ini kerana, kami agak sayang mahu terus mencampakkan beberapa plastik pembungkus ke dalam tong sampah lantaran coraknya yang cantik dan berwarna-warni. Betulkan...?siapa pernah ada perasaan begini...sila angkat tangan.
Kebanyakan plastik pembungkus makanan/ minuman (lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak) mempunyai variasi corak yang terang dan berwarna-warni untuk menarik perhatian. Begitu juga untuk stok makanan/ minuman dewasa, banyak corak yang elegan. Dan siapa yang mahu mempertikaikan kualiti plastik pembungkus makanan...kami mendapati plastik-plastik ini kualitinya baik.
Ah, rupanya ada kraf seperti yang kami angan-angankan. Kraf ini telah lama bertapak di Mexico, malah menjadi satu sektor perniagaan. Tidak percaya? Cuba sahabat-sahabat cari di mana-mana enjin carian. dan hasilnya sangat mengujakan!
Kami di awalnya mahu mengasingkan beberapa corak plastik yang sama, agar mampu mengahasilkan beg yang mempunyai corak yang unik. Namun disebabkan kami bukanlah pengguna tegar makanan/ minuman ringan atau 3 dalam 1 (3 in 1) maka, usaha untuk mengasingkan mengikut corak tidak berjaya.
Kami tidak sabar mahu bereksperimen, dan akhirnya memilih untuk membuat corak cacamarba. Mana-mana sahaja plastik yang kami ada, akan kami ambil, gunting, lipat dan cantum. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat...variasi plastik yang kami gunakan terdiri daripada plastik pembungkus roti, plastik pembungkus rempah kari, plastik label botol air, plastik pembungkus susu tepung, plastik minuman yogurt...dan banyak lagi.
Ianya memerlukan plastik yang agak banyak untuk menghasilkan sebuah beg, menyebabkan kami hampir berputus asa, dan mahu menukarkan plastik kepada kertas (cuma kalau kertas, kerjanya bertambah sedikit, kerana perlu membalutnya dahulu dengan pita selofan). Buat masa ini kami baru berjaya menghasilkan satu gelung plastik. untuk membuat sebuah beg, sekurang-kurangkan ada 6 gelung (ini tidak termasuk dengan tangkai beg)
Memang menguji kesabaran dan keterujaan dalam eksperimen kali ini. Perkara ini baru bagi pihak kami. Mungkin di pihak sahabat-sahabat ada yang mengetahui tentang kraf ini, malah pernah mencuba. Mungkin sahabat-sahabat boleh berkongsi di sini ^-^
Jom ke Bahagian 2. 2, kami akan kongsikan eksperimen kami. in shaa Allah.
~cinta~ukhwah~hadiah~
0 comments:
Post a Comment