Powered by Blogger.
RSS

Tutorial: Flower Basket (3D Origami)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Hari ini sudah masuk 4 Rejab, ada sesiapa yang berpuasa sunat? Alhamdulillah, tahniah kami ucapkan ^-^ Ada sahabat-sahabat kami yang sedang hamil, menjadikan bulan Rejab sebagai set mark untuk berlatih puasa. Tahniah! ^-^ kami doakan semoga latihan ini juga menjadi tarbiyah buat bakal cahayamata. Kami juga doakan semoga Allah mempermudahkan usaha kita untuk beramal dan merebut segala kebaikan di bulan Ramadhan. Amin.

Hari ini kami akan kongsikan tutorial untuk membuat bakul bunga, terlebih dahulu kami mohon maaf, andainya kualiti gambar tidak memuaskan atau cara penyampaian kami sukar untuk difahami. Kami di pihak Leyanita Craft Studio cuba untuk memberikan yang terbaik, semampunya kami.

Baiklah, tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan. Sebelum tu, jangan lupa mulakan dengan kalimat Bismillahirrahmanirrahim.


Masih ingat lagi tak sebelum ni kami kongsikan tentang unit segitiga. Kalau tak ingat, boleh rujuk DI SINI. Mula-mula kita amik dua unit segitiga, dan tindihkan seperti gambar. Gunakan warna yang sama. Di sini kami gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan kawan-kawan. Dan untuk lebih jelas. 


1. Kami memilih warna hitam sebagai dasar bakul. Kawan-kawan boleh guna apa sahaja warna yang disukai. Buatkan pasangan segitiga ini sebanyak 18 unit. Baiklah, dah siap dah 18 unit? Dah... alhamdulillah ^-^ kita teruskan ye.


Kita akan mula mencantumkan setiap pasangan segitiga tadi. Cara mencantumnya seperti yang dalam gambar ye. Apabila kita cantumkan, dia akan jadi satu ring (atau mungkin kita boleh istilahkan gelung dalam bahasa kita). Kalau kita cantum tu, tiba-tiba ia jadi menurun/ menaik seperti di dalam gambar lagi satu, maknanya ada la kita tersilap masukkan pasangan tu. Boleh cabutkan satu pasangan dan cantumkan semula. Jangan stres ye bila tersalah masukkan. Sebab kita tidak menggunakan gam, hanya cantumkan.


2. Beginilah ring yang disebutkan tadi. Gambar kecil tu untuk menjelaskan bagaimana cantuman dibuat. Adakalanya ketika mencantumkan pasangan, ada yang akan terkeluar semula, andai ini berlaku, jangan panik. Ini biasa berlaku bagi kertas yang agak licin permukaannya. Cantumkan perlahan-perlahan, kalau rasa mahu menggunakan gam, silakan. Cuma pastikan kedudukannya betul sebelum meletakkan gam. Kawan-kawan boleh juga mencantumkan 9 unit pasangan dulu. Kemudian buat 9 unit pasangan yang lain secara berasingan. Kemudian, cantumkan ( 9 unit pasangan + 9 unit pasangan). Biasanya kami buat begitu, dan tekankan sedikit bagi ianya kejap dan kukuh.


3. Kemudian, kita tambahkan lagi satu lapisan segitiga di atas ring tadi (mudah kata, kita ada 3 lapisan ring. Fahamkkan?). Maaf, kami terlupa mahu ambil gambar ring yang lengkap ada 3 lapisan. Tetapi kawan-kawan boleh rujuk gambar ni untuk melengkapkan ring tersebut. 


Cara meletakkan unit segitiga bagi membentuk model adalah seperti gambar yang ada tanda right tu. Apabila kita mencantum begitu, barulah terhasil cantuman yang kukuh. Jangan buatkan seperti gambar yang ada tanda pangkah tu. Kalau lakukan cantuman selari begini, ianya lebih cepat terurai, tak kukuh. Fahamkan? Alhamdulillah, boleh kita pergi ke langkah seterusnya? Boleh? Alhamdulillah ^-^ mudahkan sebenarnya.



4. Kemudian, selang dua unit segitiga, kita akan cabut keluar satu unit segitiga. Faham tak? Gambar kecil (yang berlainan warna) untuk menjelaskan lagi. Kawan-kawan boleh rujuk anak panah putih tu. Di situlah setiap unit segitiga dicabut keluar. 


5. Di ruang yang kosong tadi (yang telah dicabut keluar tadi), letakkan unit segitiga yang berlainan warna secara terbalik/ songsang. (Istilahnya dalam english ialah inverted). Kawan-kawan boleh rujuk gambar untuk lihat bagaimana unit segitiga diletakkan secara terbalik. p/s: Mulai langkah ini, kita akan cantumkan secara terbalik bagi setiap unit segitiga.


 6. Kami menggunakan warna merah jambu. Letakkan unit segitiga merah jambu di setiap ruang kosong tadi. Kemudian di setiap bahagian yang berwarna merah jambu, hasilkan cantuman yang berbentuk diamond. Di mana turutan cantumannya ialah 1 - 2 - 1. Untuk lebih jelas, kawan-kawan boleh rujuk gambar kecil yang berlainan warna tu. 


Inilah hasilnya apabila dah siap cantum bentuk diamond untuk setiap unit segitiga warna merah jambu. Baiklah jangan keliru apabila melihat gambar. Sambil kita mencantumkan unit-unit segitiga, sambil itu, kita akan kuncupkan ring supaya ianya menegak ke atas. Tidaklah ianya hanya membulat macam piring. Kita akan kuncupkan ia mengikut arah seperti di dalam gambar. Maksudnya, bahagian warna merah jambu yang terbalik tadi, duduknya di luar, dan bahagian yang normal di dalam. Fahamkan?


7.  Kemudian, pilih satu bahagian merah jambu, hasilkan cantuman yang berbentuk piramid. Kawan-kawan boleh rujuk gambar untuk lebih jelas. Gunakan warna dasar, warna merah ini hanya untuk menjelaskan bagaimana mahu menghasilkan bentuk piramid. 


Hanya tiga kawasan merah jambu yang akan dilitupi piramid penuh apabila kita selesai membuat piramid. Ini kerana kita akan mendominasi sudut kiri dan kanan, lalu, yang lagi tiga akan tidak cukup bilangannya andai kita mahu buat piramid penuh. Kalau kita lakukan juga akan berlaku pertindihan segitiga, nanti akan lebih mengelirukan.



Baiklah, kami istilahkan ini sebagai kawasan merah jambu yang kosong (kosong kerana tiada piramid di atasnya).



 8. Sempurnakan warna merah jambu yang kosong dengan membuat piramid kecil (yang berlainan warna). Kawan-kawan boleh rujuk gambar untuk lebih jelas. 


Alhamdulillah, siaplah bakul bunga kita, kuncup-kuncupkan ia bagi mendapatkan hasil yang lebih menarik, jangan takut untuk tekan-tekankan sedikit. In shaa Allah, ianya tidak mudah tercabut.

Baiklah mari kita lihat bagaimana mahu membuat pemegangnya pula. Untuk hasilkan pemegang, ia, sebenarnya bebas. Kawan-kawan boleh bereksperimen dengan warna. Cuma satu, ianya perlulah mempunyai 25 unit segitiga, dalam satu barisan.



1. Cantumkan unit segitiga seperti di dalam gambar. Turutannya 1- 2 - 1 - 2 - 1 - 2 ....sehingga selesai 25 unit.


Inilah hasilnya. Untuk tutorial ini, kami gunakan turutan H - P - P - P - H - P - P - H - H - P - H - H - P - H - H - P - H- H - P - P - H - P - P - P - H  (H = hitam, P = putih) Cukupkan 25? Kawan-kawan boleh gunakan apa sahaja turutan, tidak perlu terlalu skema dengan turutan kami ni. Hehehe. 

2. Mampatkan dan padatkan pemegang ini, kalau boleh biat betul-betul mampat untuk hasil yang baik.



3. Kemudian, kita bengkokkan ia. Maka jadilah seperti ini. 

Baiklah sekarang kita sudah ada bakul, dan pemegangnya. Bagaimana pula hendak mencantumkan kedua-dua item ini? Jom, kita lihat gambar berikutnya.



Mula-mula, cuba kawan-kawan periksa pemegang, ada berapa ruang. Ada empatkan, betulkan? Kawan-kawan boleh pilih mana-mana sudut bakul. Maksud kami sudut 'bawah piramid' jangan pula pilih sudut 'puncak piramid' lain pula nanti rupanya. Hehehehe. 

1. Cantumkan seperti di dalam gambar.


Hasilnya seperti ini (lihat bulatan) nampak kemaskan. Terpulang kepada kawan-kawan sama ada mahu menggunkan gam atau tidak. Kami lebih selesa tidak menggunakan gam. Namun, andai untuk jualan, kami akan meletakkan gam untuk lebih kukuh dan tidak tercabut-cabut.


2. Untuk cantuman pemegang di bahagian yang bertentangam. Cantuman perlu dilakukan seperti di dalam gambar. Ini kerana hujung pemegang adalah bentuk runcing, tidak mempunyai 4 ruang seperti yang sebelumnya. 



Maka terhasillah bakul bunga. Alhamdulillah ^-^ Tahap kebengkokkan pemegang bolehlah disuaikan dengan luas diameter bakul. 

Alhamdulillah, dengan izinNya, kami dapat berkongsi tutorial ini. 

Kawan-kawan boleh tinggalkan soalan di ruang komen, atau menghubungi kami andai ada bahagian yang sukar difahami. In shaa Allah kami akan balas semampu kami. 

Kawan-kawan juga boleh merujuk VIDEO INI. Video ini rasanya telah dikemaskini oleh tuannya. Sebelum ini, videonya lebih ringkas, tiada perincian sangat. Mungkin ada yang lebih faham apabila melihat video ini.

Sahabat-sahabat bolehlah cuba menghasilkan bakul bunga yang cantik ini. Boleh dijadikan hiasan di dalam rumah/ pejabat. Boleh juga dihadiahkan ^-^ 

Semoga memberi manfaat!

p/s: Boleh juga menempahnya dari kami Y^^

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DIY Thread Ball Lamp

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

In shaa Allah kita menghampiri 1 Rejab. Apa tandanya? Tidak lama lagi, kita akan bertemu dengan Ramadhan. Kami sentiasa berdoa semoga Allah izinkan kami bertemu dengan Ramadhan. Bulan yang dipenuhi kebaikan. Jom, kita mula latihkan diri, buat persiapan untuk menghadapai Ramadhan ^-^

Rasanya lama kami tidak berkongsi cerita tentang kraf. Betulkan? Buat sahabat-sahabat yang ternanti-nanti tutorial untuk membuat bakul bunga 3D tu, kami mohon maaf sangat-sangat. Akan diusahakan secepat mungkin, in shaa Allah. Kami tahu kelemahan kami, kami tidak arif dalam membuat tutorial. Kami akan usahakan yang terbaik, agar ilmu yang hendak diberi, sampai kepada kawan-kawan, in shaa Allah. Harap bersabar ye.

Kali ini, kami kongsikan tentang projek kami ketika cuti Hari Hol Pahang. Dengan penuh semangat, kami memulakan projek DIY ini tanpa menyedari, ada satu lagi bahan yang tertinggal


Belon tu beli di kedai runcit, harganya 20 sen. Gam PVA tu memang sesuai untuk kraf, dan tidak toksik. Beli di Parkson Megamall, harganya RM 4.90 (ke RM 4.50 camtulah). Tali tu, tali yang orang selalu guna untuk ikat bungkusan pos. Beli di Mydin, harganya seringgit lebih kalau tidak silap (lupa dah). Gayung atau bekas untuk gaulkan gam dengan tali. 

Jadi, apa yang tertinggal? Haaa...tertinggal minyak masak/ vaselin/ marjerin. Apa je asalkan permukaan belon tu licin. Senang nanti nak letupkan. Tidaklah ia melekat di tali nanti.


Lagi satu kesilapan kami >>> Tidak alas surat khabar, tengok tu gam menceceh-ceceh kat lantai, mujurlah gam PVA ni jenis senang tanggal, lap dengan kain basah je. Cantikkan tengok belon tu dah dililitkan. Tapi Incik imamku (yang tukang lilit tali tu) tidak begitu puas hati kerana katanya tidak sekata. Kalau tanya Yati, itukan seni, tidak perlu untuk skema sangat ^-^

Mula-mula kami biarkan hasil kraf ni terikat di ampaian (malas dah nak alih-alihkan). Alkisah Incik imamku agak kurang sabar untuk lihat gam itu kering. Makanya, beliau telah memindahkan dari ampaian (yang redup berangin itu) ke bahagian tepi rumah (yang diterjah terik mentari). 

Nak tau apa yang terjadi selepas itu. Haaa... jangan tidak percaya...


Apa sudah jadi? Rangka lampu yang diharapkan sudah bertukar rupa. Pecah perut kami gelak bila melihat hasilnya. Dah macam rupa limau bali dah. Hahahaha. 

Moral of the story:

  1. Jangan lupa sapukan lapisan minyak pada belon dahulu sebelum melilitkan tali.
  2. Alas dengan surat khabar ketika proses melilit dilakukan
  3. Jangan jemur bawah matahari, belon akan cepat kecut. Rangka lilitan yang belum betul-betul kering akan ikut mengecut kerana gam yang kuat (jua akibat tidak menyapu lapisan minyak).

In shaa Allah nanti kami akan cuba lagi. Nanti kalau sudah berjaya buat bolehlah kami kongsikan lagi pengalaman kami. Doakan kami berjaya buat seperti ini 

Photo taken from Google

Cantikkan...mudah-mudahan ALLAH izinkan kami untuk membuatnya. Kawan-kawan, apa lagi, jom cuba buat dekorasi rumah. Tak susah mana pun, dan kosnya pun murah. Yang mahal cuma sifat rajin je ^-^ Seronok pun seronok, main gam, main lilit-lilit. Tak percaya, cubalah!

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Trip ke Lumut - Gendang-Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya,

Alhamdulillah, dengan izinNya, kami dapat menyambung cerita tentang trip ke lumut. Sebelum ini kami kongsikan tentang penginapan. Hari ini kami kongsikan tentang makan-makan pula (tengok tajuk entri pun tau dah kan) ^-^

Ketika trip ini, kami dengan jayanya telah menternak lemak. Hohoho. Bab makan bukanlah satu masalah, kerana kami telah biasa dengan kawasan sekitarnya. Yang jadi masalah, menu makan. Kononnya mahu makan makanan tempatan. Jadi, restoran makanan segera awal-awal lagi masuk dalam senarai recycle bin. Hehehe.

Baiklah, biar kami cerita begini, mungkin lebih praktikal.

SARAPAN

Hari pertama: 
Makan cekodok made by Tuk Ajis. Hehehe. Belum lagi bertolak ke Lumut tika ni. 

Hari kedua: 
Kami bersarapan di Manjung. Sarapan pagi ni, ikut mana dan, (setelah pusing-pusing dua buah kedai yang kami biasa pergi, dua-dua tutup). Disebabkan itu, kami hanya order roti canai dan roti telur. menu utama kedai tersebut ialah sarapan ala Pantai Timur. Disebabkan tinggal di Kuantan buat kami biasa dengan menu-menu tersebut, jadi tak berapa pandanglah. Hendak order nasi lemak, lauknya tinggal ayam goreng sahaja. Tu yang akhirnya mana yang ada sahajalah. 

Sementara tunggu roti sampai, saya sempat pergi ke gerai sebelah, kononnya hendak beli kuih-muih. Tetapi telah terjerat beli nasi lemak kerana bau nasinya yang sangat-sangat umpphhh! Yang jaga kedai tu seorang adik perempuan (anak dara lagi). Baguskan, usaha mencari rezeki dengan cara yang halal. (review nasi lemaknya sila ke bawah, minum petang hari kedua)

Hari ketiga:

Hari terakhir cuti-cuti. Sarapan pagi, kami pergi makan roti canai di Kampung Sitiawan. Makan pagi bersama sahabat baik Incik imamku. Seperti biasa, kena cari tempat duduk. Kedainya menjadi tumpuan orang. Roti canainya lembut, tapi kuah karinya belum memenuhi selera kami. Hehehehe. Kalau ada kuah dal pun sedap juga, harus diutarakan pada tuan punya kedai ni. 

Kedainya terletak di kuala sungai. Menarik tau. Bot lalu-lalang. Dan satu benda yang menarik lagi ialah, kami selalu je geram tengok hasil laut/ sungai yang dijual di depan kedai makan ni. Segar-bugar! Kalau sewa homestay...harus kami beli lauk di sini. Ketam dia masih bernafas, nak tau sekilo berapa? RM22 sahaja! dan pak cik yang jual tu kira pun lebih kurang je. Murah, sangat murah! Sudahlah jualannya semuanya segar-segar. Sangat geram, kerana tidak dapat membeli. Hehehehe.



Ini gambar Incik imamku bersama kawan baik sahabatnya, berlatar belakang sungai dan sipi kedai makan.

MAKAN TENGAH HARI

Hari pertama:

Kami tiba di Lumut sekitar jam 2.30 petang. Agak lewat untuk makan tengah hari. Kami makan di Food Court Terminal Bas Lumut. Makan nasi campur, kerana agak lewat, lauk-pauknya sudah tak berapa memberangsangkan. Food Court Medan Selera ni antara yang terdekat dengan jeti Pangkor, sebelah je dengan parking kereta bagi yang nak pergi ke Pulau Pangkor. Harganya boleh termasuk dalam kategori murah. Lauk-pauknya masih juga dalam kategori boleh diterima tekak. Ada beberapa jenis yang sangat sedap, dan ada yang bolehlah...tapi sepanjang yang kami pernah makan, belum lagi ketemu lauk-pauknya yang kurang sedap atau tidak sedap. Ini selera kamilah, selera kawan-kawan tak tahu pula kan.

Hari kedua:

Setelah berjalan-jalan di Aeon (siap boleh belikan hadiah untuk new coming baby kawan baik kami. Hahaha, macamlah di Kuantan tiada megamall), kami singgah makan di Restoran Walid dan Ummi



Incik imamku yang ajak ke sini. Katanya selesa dan harga makanannya tidaklah mahal mana. Affordable. Ini adalah pertama kali Yati menjejakkan kaki ke sini. Lokasinya, dekat dengan Pasaraya Rapid (dulu dikenali dengan Pasaraya Ceria), Manjung.

Mula-mula tertarik dengan layanan seorang pakcik. Rupanya dialah tuan punya kedai, dan biasa disapa 'walid' oleh pengunjung. Sangat ramah melayani para pengunjungnya, dengan bahasa yang sopan dan tersusun. Kemudian tertarik dengan dekorasi kedai. 



Maaflah, gambar agak gelap, lantaran pengcahayaan dari sudut makan kami agak romantik. Lauknya tersusun rapi di sudut tepi kedai. Aneka jenis lauk, kebanyakkannya ialah masakan kampung. Dan ulam-ulam yang pelbagai. Yati sangat teruja melihat ulam-ulamannya dan variasi sambal cicah. Slurpppp!

Apa lagi yang menarik? ^-^ pinggan yang digunakan ada kelas tau, baik pinggan nasi, mahupun mangkuk sambal cicah. Tak percaya? Pergilah jenguk-jenguk di sana.

Lagi satu yang kami perasan, ramai yang beli bubur di kedai ini. Tidak tahu pula rasanya bagaimana, kami tidak beli pun kerana perut sudah penuh, takut membazir je nanti. Baik bubur cha-cha, bubur kacang hijau dan bubur pulut hitam. Bersilih ganti orang membelinya. Rumusan kami, sedaplah tu. Kawan-kawan mungkin boleh cuba.

Hari Ketiga:

Awalnya kami bercadanag mahu makan Rojak Manjung. Incik imamku kata sedap, tapi rojak kat Taman Gelora lagi sedap katanya. Tapi oleh sebab kami bergerak awal dari Lumut. Kami hanya berhenti makan tengah hari di Slim River selepas solat zuhur di masjid yang berdekatan.

MINUM PETANG

Hari pertama:

Selepas check in, kami rehat sekejap. Selepas solat asar, kami keluar minum petang. Incik imamku bawa ke kedai Roti Canai Ganja. Hehehe. Nama sebenar tidak diketahui. Lokasinya, belah kanan kalau kita hendak ke navy base. Sambil tunggu roti sampai, kami makan nasi lemak. Biasa je nasi lemaknya, letak sambal ikan. Roti dia memang sedap. Apa yang menarik, kedai ni, ada deretan sachet beberapa jenis minuman yang kebanyakannya produk Yusmira. 

Siapa yang duduk berdekatan, boleh cuba satu per satu. Hehehe. Tak pun, seperti yang dilakukan oleh Incik imamku bersama kawan-kawannya dulu. Masing-masing order air yang berlainan, kemudian tukar-tukar rasa. Hohoho.

Hari kedua:

Incik imamku dating dengan sahabatnya. Diaorang makan ABC dengan pisang goreng dekat dengan Marina. Pastu ronda-ronda (macam YB tengok kawasan) Yati duduk di hotel makan nasi lemak yang dibeli pagi tadi. Masih elok, dan baunya, walla! masih sangat menarik. Mmmmmmm...nasinya memang sangat sedap, tak rugi beli. Sedang elok nasi habis, Incik imamku pun balik, hehehe. Langkah kirilah namanya tu.

Hari ketiga:

Tiada, kami dalam perjalanan balik ke Kuantan ^-^ dalam kereta makan Twisties. Entah kenapa Yati kepingin sangat nak makan. Beli masa singgah makan tengah hari di Slim River.

MAKAN MALAM

Hari pertama:

Kami memang dah target nak makan char kue teow, dah kemaruk sangat dah. FYI, kami masih belum jumpa char kue teow yang best di Kuantan. 

Incik imamku bawa makan kat kedai fav, sebelah Hospital Manjung. Kalau tak silap, Incik imamku cakap, dulu dekat dengan stadium ada satu gerai jual char kue teow sedap. Sekarang ni dah tak berapa. Malam tu kami bukan berdua, ditemani oleh pengantin baru. Alhamdulillah, dapat juga jumpa mereka, lantaran kami tidak berkesempatan mahu meraikan majlis mereka. 

Tetapi, malam itu char kue teow itu macam ada yang kurang. Kami order char kue teow special, tapi udangnya hanya 3 ekor, huhuhu. Rasanya pun tak macam selalu. 

Hari kedua:

Penutup untuk hari kedua pula, kami makan di Eima Cafe. Kami dengan tawakal 'ala Allah masuk ke kedai ini. Lokasinya di Manjung juga, deretan kedai baru dekat dengan Kampung DSK. Disebabkan tidak tahu mahu makan apa, adik di situ telah cadangkan Yati makan nasi goreng ladna. Ok, menarik juga untuk dicuba. Nak tau bagaimana rupanya? Taraaaa...

Nasi Goreng Ladna + Nasi Goreng Daging Lada Hitam + Telur Dadar + Air Barli Suam




Incik imamku order nasi goreng daging lada hitam. Alkisahnya, kami ingatkan nasi goreng biasa dengan lauk daging lada hitam. Sekali bila sampai di meja. Alamak! dan macam nasi orang berpantang. Disebabkan Incik imamku tidak biasa makan lada hitam. Tak sampai separuh dia makan, kami pun bertukar pinggan. Kesian pula tengok Incik imamku asyik tertoleh-toleh dekat nasi goreng ladna yang sangat sedap (Serius, sangat sedap, sehinggakan Yati mahu mencari resepinya. Hehehe). Dan kesian tengok Incik imamku perlahan je sudukan nasi tu. 

Kedai ni pun selesa, atas meja diletakkan pelapik mengkuang. Dekorasi dalamannya juga hebat (Rezeki kami kali ini, kebanyakkanya sangat mementingkan dekorasi dalaman). Kalau ada yang berkesempatan ke sini, boleh lah singgah makan malam di sini, dan jangan tak cuba nasi goreng ladna. 

Tapi air barlinya menggunakan kordial, dan agak manis.

Hari ketiga:

Kami hanya beli makanan di Pasar Malam Cenderawasih ^-^ alhamdulillah, telah selamat sampai di Kuantan.

Begitulah ekspedisi makan-makan kami. Kami tidak memilih fast food, sea food. Kalau ada yang mahu mencuba. Boleh cuba di D'Muara, kami lihat banya review tentang kedai tersebut. 

~cinta~ukhwah~hadiah~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Trip ke Lumut - Penginapan di Hotel Bujet

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, selesai sudah PRU13. Suka sangat, sebab dah rasa terlalu semak dengan perang bendera, kempen sana-sini (yang tak berapa nak sihat). Itu belum lagi ditambahkan dengan keyboard warrior, istilah baru era ini. Baiklah tidak mahu memanjangkan cerita tentang PRU ni. Titik.

Ini adalah kali pertama kami bercerita tentang jalan-jalan. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, kami dapat jalan-jalan di Lumut. Sebenarnya, kami perlu ke Lumut kerana tanggungjawab mengundi. Tapi kiranya sambil menyelam minum airlah ni. Mengundi dan honeymoon lagi ^-^

Perjalanan kami bermula dari KL melalui MRR 2, Kepong-Sungai Buloh-masuk tol Lata-keluar di kawasan Kuala Selangor-Tanjung Karang-Sungai Besar-Teluk Intan-Lekir-Lumut.

Seperti selalu, kami hanya menginap di hotel bujet. Sebelum hendak ke sana, kami sudah survey beberapa hotel bujet. Alhamdulillah, dengan izin Allah, penginapan kali ini sangat memuaskan hati.

Kami menginap di GM Holiday Hotel. Sebelum sampai ke pekan Lumut, kita akan dapat melihat stesen minyak Shell di sebelah kanan. Simpang ke hotel ini di sebelah kiri, dia di atas bukit.



Di kawasan itu terdapat beberapa lagi deretan hotel bujet. Mujur kami telah menempah awal (dengan bantuan kawan baik Incik Imamku), kerana tidak lama lepas kami check in, telah tertampal di pintu hotel 'Full house'. Inilah pandangan luar hotel.


Kadar semalam bagi bilik yang kami ambil (untuk 2 orang) RM60. Kami di sini selama dua malam. Deposit RM 50 bagi yang menempah awal. Ketika kami mahu check out, barulah kami tahu, rupanya ada bilik yg lebih murah untuk 2 orang iaitu RM 50. Seperti hotel-hotel bujet yang lain,  check in pukul 2.00 petang dan check out sebelum pukul 12.00 tengah hari.


Gambar ini ketika kami mahu check out. Saja mahu letak kerana meja penyambut tetamu tu mewah dengan dekorasi. Pekerja-pekerja di sini sangat bagus. Customer service mereka sangat tip top. Ketika kami mahu check in, ada seorang pengunjung yang tidak menempah awal, tetapi mahu demand bilik. Kesian juga kami melihat pekerjanya yang masih senyum dan sabar melayan kerenah pengunjung yang kurang adab itu.

Pekerja tersebut meminta maaf kepada kami yang di belakang, dan meminta kami tunggu sebentar di lobi menunggu. Wah, menarik, hotel bujet ni ada ruang yang menarik seperti ini. 


Gambar itu adalah deco yang terdapat di lobi menunggu. Pertama kali kami menginap di hotel bujet yang menitik beratkan hiasan dalaman.

Selesai urusan dengan pengunjung yang kurang adab itu, pekerja tersebut datang kepada kami, berkali-kali meminta maaf dan terus membuat urusan check in.

Selepas membayar penuh, pekerja tersebut akan memberikan kad kunci, alat kawalan jauh televisyen dan penghawa dingin. Menarikkan? Dan tiga benda ini juga perlu diserahkan kembali ketika mahu check out.


Ketika menunggu, kami sempat meneroka di ruang ini. Sekali lagi, hotel ini sangat menarik. Walaupun tidak menyediakan kafe atau restoran. Tetapi mereka menyediakan ruang untuk bersantai, dengan membawa tema bar cafe. Sekali lagi, hiasan dalaman hotel ini memukau pandangan kami.

Baiklah, untuk pengetahuan, hotel ini tidak menyediakan lif. Andai dapat bilik di tingkat atas. Perlulah naik tangga. 


Jangan risau, kawasan tangga yang lapang, selesa untuk urusan turun-naik. Chewahhh...tu nombor bilik kami, cantikkan 222.

Dan...apabila melangkah kaki masuk ke bilik, wahhhhh....cantiknya!


Dekorasi bilik sangat tip top. Boleh pilih pengcahayaan romantik atau terang. Biliknya tiada almari, tapi disediakan hanger dan tempat mengantung pakaian. Sudah siap ditandakan arah kiblat. Ruang untuk solat berjemaah agak sempit sedikit (kalau solat seorang demi seorang, sangat ngam la). Kami perlu menyusun kedudukan dengan sangat tepat. Hehehehe. 


Haaa...tanda adalah benda yang penting jugakan. Nampak tak bekas kecil dekat dengan shower tu? Itu ialah bekas sabun dan syampu. Kelassss kan! Di dalam tandas telah tersedia tisu, tuala mandi (untuk dua orang), tuala buat alas kaki, dengan tuala muka. Kelasss kan! Inilah hotel bujet pertama yang kami pernah inap menyediakan kelengkapan yang cukup. 


Lagi satu kemudahan yang disediakan di sini ialah water dispenser ni. Sila abaikan tuala yang ada di atasnya. Gambar ini diambil ketika kami nak check out. Tuala itu diletakkan sekejap oleh adik yang membersihkan bilik di sebelahnya. Water dispenser ni terletak di koridor bertentangan dengan bilik kami.

Dan akhir sekali. Ni kami letakkan senarai barang-barang yang ada dalam bilik (untuk panduan dan rujukan kawan-kawan)



Opsss...lupa pulak, jangan tak percaya, selipar jepun juga disediakan. Hebatkan! 

Kalau ada sesiapa yang mahu berjimat-cermat ketika cuti-cuti Malaysia, kami amat syorkan hotel ini. Dekorasinya hebat, bersih, dan pekerjanya sangat murah dengan senyuman. Malah tidak dikenakan caj tambahan jika meminta seterika. Pekerjanya melayan pengunjung dengan baik sangat. Kami pernah menginap di satu hotel bujet yang caj setiap yang kami minta dari service desk, minta seterika kena caj, minta sejadah, kena caj. Huhuhu. 

Di samping menyediakan bilik kelamin, ada juga bilik untuk keluarga. Boleh lihat DI SINI untuk rujukan lebih lanjut. 

p/s: Sebelum pergi sana, kami tak tahu pun laman web dia, hanya mengenali melalui blogwalking. Huhu. Kesian! Tu yang siap suruh kawan baik Incik Imamku pergi survey dan book

Baiklah, untuk edisi yang ini kami ceritakan tentang penginapan kami. Episod lain, kami akan paparkan pula kedai makan yang best buat panduan kawan-kawan, in shaa Allah ^-^

~cinta~ukhwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Vanilla Cream Cheese Cake dari Syafa Cupcakes

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA.

Pejam celik, pejam celik, hari ini sudah Jumaat yang pertama dalam bulan Mei 2013. Bahang mengundi makin terasa. Perang bendera di sana sini. Sehingga adakala merimaskan pandangan. Rasa macam pencemaran penglihatan pula. 

Kita disajikan dengan pelbagai maklumat, dan kita sendiri perlu menilainya dengan ilmu, bukan dengan nafsu. Kadang-kadang sedih melihat sesama hamba Allah mencari sisi buruk kemudian menyebarkannya, adakah ini satu-satunya cara untuk menang? Kami tidak suka kempen cara begini. Kami lebih suka konsep win-win. Tidak perlu menjatuhkan atau menghentam. Satu sahaja, terangkan apa yang anda perjuangkan untuk agama, bangsa dan negara, dan apa yang anda lakukan untuk mencapainya. Titik. 

Kadang-kadang kami senyum sendiri, dalam hati terdetik ungakapan ini, "kan best kalau pilihanraya ni dibuat 3 bulan sekali ke, setahun 2 kali ke" sebab apa? sebab kami melihat hanya tika kempen ini, apa yg diadukan cepat diambil tindakan. Hanya tika ini, kita dapat melihat ramainya ahli-ahli top management masuk kampung, melawat orang tua uzur atau mereka yang daif. Hanya tika ini, kita dapat melihat betapa banyaknya sumbangan-sumbangan dikeluarkan untuk kebajikan rakyat. Betulkan? Kalau setuju, sila senyum bersama kami ^-^

Baiklah, saja mahu menambah bahang pilihanraya. Jom cerita tentang makan-makan pula. Dah masuk waktu tengah hari ini, perut pun dah mula menyanyikan lagu merdunya. Kali ini bukan nak kongsi resepi, kami nak kongsikan cerita tentang kek yang diidam oleh ahli keluarga dan kawan-kawan hanya dengan sekeping gambar.


Haa...ada sesiapa tak yang terliut melihat gambar di atas. Ada? Wahhh...rupanya aura kek ini sangat mengujakan. Awalnya gambar ini kami letakkan di fb, hanya untuk memberi respon dengan promosi kek ini. Tetapi lain pula yang jadinya apabila, dua orang ibu mengandung tiba-tiba mengidamkan kek ini. Samalah dengan seorang kawan baik saya ni >> Mar.

Dipendekkan cerita, dalam pada harapan untuk bawa balik kek ini sangat tipis...Tiba-tiba...jeng...jeng...jeng...Takdir Allah, kami diizinkan untuk membawa balik sebiji kek ini untuk disantap oleh orang-orang yang tersayang. Tempah sebiji terus, makan ramai-ramai, seronok ^-^



Opss...lupa pula, nama kek ini Vanilla Cream Cheese Cake. Di bawah, kami kongsikan testimoni:

>> Ayah & emak: Selalunya ayah dengan emak akan kongsi sepotong kek. Tapi kali ini, ayah habiskan sepotong kek, dan emak pun sama. Satu fenomena. Ayah puji, kek ni sedap, kena dengan selera ayah. Emak menambah, ayah memang suka 'kek Melayu'. Dan benda yang paling fenomena apabila emak menghabiskan sepotong kek, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Kesimpulannya, kek ini menepati selera ayah yang sukakan 'kek Melayu' dan emak yang sukakan kek yang tidak terlalu manis.

>> Ibu mengandung 1 a.k.a my buddy: Ibu mengandung ni memang dari dulu pun hantu kek. Dia makan kek ni berulang. Dah habis sepotong, dia tunggu kejap, tunggu 'perut turun' katanya. Kemudian, ambil lagi sepotong. Siap tapau tau. 

>> Mar a.k.a my buddy: Mar ni dari JB, takdir Allah tika dia pun turut sama mengidam kek ini, memang dia dalam perancangan untuk datang ke rumah ayah. Dengan izinnya, Mar juga dapat menikmati kek ini, siap ulang makan untuk sarapan keesokan harinya. Tak dapat nak tapau, sebab kek dah habis. Hehehehe

>> Adik comel: Adik suka cream cheese sahaja. Keknya dia cakap, macam mak buat. Hahahaha... Biasa je katanya...Haaa...tengok tu, sebab tu kek ni ayah suka sangat-sangat. 

>> Ibu mengandung 2 a.k.a Along: Hmmm...yang ni tak tahu apa testimoninya. Sebabnya, Along tak makan kat rumah ayah, dia tapau...Tapi, jangan tak tau, banyak juga dia tapau.

>> Kami: Yati memang die hard fan kek vanilla Kak Syafa ni. Tak letak krim pun yati suka, kalau letak apatah lagi. Kek dia lembut, wangi, sedap sangat. Incik imamku pun sama, dia kurang sikit kek coklat, dapat kek vanilla ni, memanglah fav dia. Bayangkan jelah kalau kek yang gambar atas sekali tu sekali hadap je.

>> Arif: Adik lelaki seorang ini, jilat jari dari jauh. Hehehehe. 

Haa...ada yang teringin untuk menempah? Boleh la klik di senarai blog di tepi tu.



Dan boleh juga klik DI SINI untuk ke page fb. Kalau sebiji tu harganya RM 50, tapi kami tidak pasti pula berapa kg dan diameter keknya. Kalau nak tahu boleh hubungi tuan punya kedai ^-^  

Benda yang paling menggembirakan, apabila Allah izinkan kami untuk tunaikan keinginan mereka. Seterusnya, berkongsi bahagia kerana dengan izin Allah, sebiji kek membuatkan rumah ayah disinari senyuman dan wajah gembira mereka yang menikmati kesedapan sepotong, dua potong, tiga potong... vanilla cream cheese cake. ~ukhwah fillah~

Terima kasih buat Kak Syafa yang sudi melayan permintaan kami walaupun tempahan sudah penuh. Terharu sangat-sangat! Semoga Allah permudahkan semua urusan, dan perluaskan pintu rezeki ^-^ amin.

~cinta~ukwah~hadiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS