Powered by Blogger.
RSS

Buah Keranji di Dalam Perahu

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Minta maaf kerana tutorial bunga origami masih belum dapat dipaparkan dan dikongsikan, masih dalam usaha, doakan kami dapat kongsikan ilmu itu secepat yang mungkin, amin.

Semalam dah kongsi resepi. Hari ni nak kongsi bab makan gak.

Hari tu pergi tapau nasi untuk lunch kat kafe (seperti biasa).

Mak cik kafe: Ada buah keranjit dalam bekas putih tu, nak amik la
Saya: Buah apa cik?
Mak Cik kafe: Buah keranjit
Saya: Buah keranjit? Ok, nanti Yati amik
(Lepas bayar, terus pergi kat situ, dan tengok buahnya. Ok, 1st time tengok buah ni)
Saya: Cik, Yati amik ni, terima kasih, assalamua'laikum
Mak cik kafe: Waa'laikumussalam

Ini la rupa buah tersebut
Sepanjang nak ke opis sambil berjalan tu dok memikir, ada ke buah keranjit, ke aku salah dengar, buah keranji pernah la aku dengar. Tu pun pernah dengar sebab ada dalam pantun: 

Sorong papan, tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan saya makan
Suruh mengaji saya tak tau

Tengok secara live, nak masuk umur 31 ni belum pernah lagi Y^^

Sampai opis, bukan makan dulu, google dulu. Ok, betul buah keranji, mana ada buah keranjit, aku yang salah dengar.

Setel satu, yang kedua, camna nak makan dia. Ok, dengan perasaan ingin tahu Yati cuba nak bukak kulitnya.

Ok, kulitnya rapuh, keras (walaupun rupa dia ada macam langsat, tapi kulit dia tak mcam tu) Pastu nampak isi dia macam baldu-baldu gitu.

Ok, jangan gelakkan saya, saya jakun....kot! Terus taip kat search engine, cara makan buah keranji (again, tolong jangan gelak)

Lepas baca kat SINI, baru berani nak meneroka buah keranji tu.

Memang tekstur buahnya macam baldu. Sedap makan sekali harung camtu, rasa masam manis. Rasa macam asam jawa pun ye gak. Boleh kot masukkan dalam masakan (nak cuba la nanti...hehehehe)

Kalau makan main cubit-cubit, lagi terasa kemasamannya.

Cuba makan dengan nasi, sedap gak ni kalau buat sambal colek, hahahahaha.

Keesokannya gi kafe

Saya: Mak cik, terima kasih sebab bagi buah keranji tu. 1st time yati makan dan tau rupa buah tu, banyak ilmu dapat, kalau tak tau dalam pantun melayu je
Mak cik kafe: (Gelak) ada student yang tak tau bila mak cik sebut pantun tu, (Ada la beberapa cerita lain, malas nak taip, tapi pokoknya student tu bagi alasan tak tau sebab dia orang bandar)
Saya: Yati pun orang kl gak cik, tau je pantun tu 

Dalam hati, rasa macam, betul, dalam genre puisi, pantun semakin dilupakan. Sedih...sebab yati paling suka lenggok dan lembut pantun melayu, ada budi bahasanya, ada seninya.

Allahu...saya sangat rindu bidang penulisan yang dah bertahun-tahun ditinggalkan.

Ok, berbalik kepada buah keranji tu, alhamdulillah...Allah berikan ilmu baru. Melalui pembacaan, ianya tidak diusahakan secara kormersial, hanya boleh didapati bila ada penerokaan hutan (ianya sejenis pokok hutan). Kot la ada sape-sape yang berminat nak usahakan secara komersial, boleh dipertimbangkan kot. Sebab melalui pembacaan, buah ni ramai gak yang minat, terutama yang memang dah pernah makan dari kecik.

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi: Ikan Kaci Goreng Beraroma (Resepi Simple2 Je)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Lama dah resepi ni terperap dalam draf.

Alkisah, ni 1st time kot Yati dengar nama ikan kaci. 1st time jugak masak dan makan hasil tangkapan Incik Imamku. Intro Incik Imamku sangat best, "Ikan kaci ni sejenis ikan coral, susah nak dapat kat pasar. Abang pun  tak tau masak apa yang best, sayang try la google"

Ok, fine. Dah la suri hatinya ni pun 1st time tau nama ikan tu. Mula-mula google, saja nak tau ikan tu apa ciri-cirinya.

Ihsan Google

Ok, bila dah baca sikit, nak baca lagi. Lama-lama suri hatinya ni khatam pulak pasal ikan ni, hahahahaha...Lepas tu baru la cari resepinya.

Ok, ikan ni rasa dia lemak-lemak, sedap goreng, sedap masak kari, asam pedas pun sedap. Boleh belaka la orang cakap.

Disebabkan masa yang ciput nak menyediakan juadah hari tu, Yati amik jalan senang >>> goreng pon sodapppp... Y^^

Tapi nak nampakkan macam best, saja la tambahkan beberapa rencah, bagi terangkat sikit makannya.

Ok, jom kita!

.
Bahan-bahannya:

1 ekor ikan kaci (saiz sederhana, siang dan bersihkan)
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
5 biji cili api (suka pedas boleh tambah lagi)
3-5 tangkai daun kari
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menumis


 Cara-caranya:

1. Mula-mula kita garamkan ikan (Erkkk,,,kenapa rasa macam pelik jek ayat ni). Ala, tengok la macam dalam gambar tu.


2. Panaskan minyak, goreng sampai garing.

3. Sementara nak tunggu ikan tu, bolehla hiris-hiris cili api, bawang putih, bawang besar tu Yati potong baji je, tak hiris pun. Kalau nak lagi umphhh...tumbuk dalam lesung batu. Pastu lurutkan daun kari.


4. Bila ikan dah garing, angkat. Gunakan sikit minyak yang buat goreng ikan tadi untuk tumiskan bahan-bahan yang dihiris tadi.

5. Tumiskan sampai bawang layu dan naik bau. Kemudian masukkan ikan tadi.


6. Gaul-gaulkan sampai sebati rencah dan ikan. Kalau takut bawang hangus, masa gaulkan tu, dah boleh slowkan api.

7. Bila dah tengok cantik je dia, tutupkan api.


Tadaaaa...dah siap dah, buh dalam pingan sedia untuk diratah-ratah.

Ok, memang isi ikan ni sedap... tak puas makan kecik sekor ni...hehehehe ^-^

Kalau takde ikan kaci, ikan lain pun boleh...cubalah, resepi bujang ni

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illailliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

p/s: Jangan lupa cuba tau, nanti dah cuba boleh share dengan kitaorang ^-^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thank You! Red Origami Swirl Rose & Blue, Red Dahlia Flower

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Sihat ke semuanya, lama kami menyepi...bukan...bukan merajuk. Tapi banyak perkara yang terjadi lately yang menjadi kekangan buat kami untuk menulis.

Sekarang ni kami gila dok beli kain cotton (secara online) motifnya, sedang gigih untuk cuba menjahit sendiri baju anak, in shaa Allah kalau berkesempatan kami akan share.

Kemudian, sedang galak mencari barang-barang untuk buat kraf. Ok, yang ni pun untuk anak. Kami lebih gemar membuat sendiri permainan untuknya (meski ada kekangan masa di situ, fuhhh...) tapi sedang tanamkan azam untuk cari masa untuk membuatnya. Cuma sekarang lebih kepada yang jahit-jahit, tak boleh lagi buat kraf guna kertas, macam origami tu. Satgi, kejap je dia masukkan dalam mulut. Dok ralit tengok supplier craft macam nk beli fiber, mata gedik-gedik tu. Kalau ada yang membaca di sini, boleh la share link ye, boleh kami jenguk-jenguk ke kedai online kalian <feeling great>

Again, in shaa Allah akan kongsikan jika berjaya buat Y^^

Eh, macam dah lari topik pula.

Ni ha, nak tunjukkan tempahan daripada seorang adik ni, nama Mira. Dia tempah bunga origami untuk diletakkan at display table as deco. Dia dan kawan-kawan buka gerai jualan di universitinya pada 14 November ni. Semoga berjaya ye Mira.




Budak kecik tu sibuk nak tolong emaknya packing ^-^

Alhamdulillah, Mira dah selamat menerima kiriman ini (lama dah pos ni, cuma baru sempat nak share cerita kat sini sebab dok excited sangat pasal 1st give away dulu tu) 

Alhamdulillah, dia juga puas hati dengan bunga-bunga ni.

Ok, sampai sini dulu ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Illalliqa' dan salam sayang.

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

p/s: Sedang dalam proses hasilkan tutorial bunga origami ni. Doakan kami berjaya siapkan ye. Nanti dah siap, kami akan kongsikan di sini, in shaa Allah ^-^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rasa Macam Syok Sendiri T_T

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,


Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,


Leyanita Craft Studio 1st Give Away sudah pun berlalu.


Dan dukacita nak bagitau, takde sorang pun yang join <sigh>


Seriusly rasa macam kami syok sendiri. Kami dah tempah hadiah dan dah list beberapa hand made craft kami untuk dijadikan hadiah (perasan yang ramai akan join)


Serik...ada jugak kot <angkat bahu>


Ni saja nak tunjuk grand prize yang kami tempah khas untuk give away ni. Poster jigsaw puzzle.


Frame dan gantung kat rumah sendiri je la kisahnya...




Hadiah yang lain malas nak tunjuk

Mode: Sedih, malas nak tulis lagi

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1st Give Away: Terasa kehangatannya!

Assalamuailaikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Harinya semakin hampir...semakin hampir...

Doakan agar ianya terlaksana dengan sempurna, amin

Doakan agar kita sama-sama dapat manfaatnya, amin

Doakan agar ukhwah ini sentiasa mekar, amin

Amin Ya Rabb! Limpahi kami dengan kasih sayangMU

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebuah Ujian

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Minta maaf lama kami menyepi, bb kami warded last week

Alhamdulillah, sekarang kesihatan bb semakin baik, tolong doakan kesejahteraan bb kami ye

Alhamdulillah dah keluar wad. 

Terima kasih pada customer yang boleh bertolak ansur dengan kami. Dan sahabat-sahabat di sini yang sentiasa menunggu berita-berita dari kami.

Setiap apa yang kalian 'hadiahkan' buat kami sangat kami hargai.

Seronok berkenalan dengan kawan-kawan semua, meski kita tak kenal paras rupa

Ukwah itu indah

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1st Give Away: Intro Announcement

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

In shaa Allah, dalam seminggu dua ni, kami akan anjurkan 1st Give Away. 

Nantikan kemunculannya nanti ye

Hari ni tak nak cakap banyak-banyak Y^^

Hadiahnya apa? R.A.H.S.I.A 

Berapa? Tengok pada sambutannya, in shaa Allah

Ok dah, jangan tanya lagi

Mode: Tutup Mulut

Ok sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi: Labu Goreng Cili Api (Mencipta Suatu Kelainan Untuk Deria Rasa)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan lagi untuk menulis dan berkongsi ilmu di sini ^-^

Tajuk tak menahan ye....hehehehehe... Sebenarnya pernah terniat di dalam hati untuk kongsikan seminggu satu resepi di sini, namun takut tidak kesampaian target tu, so kami target sekurang-kurangnya satu resepi sebulan. Kenapa pulak kongsi resepi...kata blog kraf...asyik cite benda lain je, mananya cite pasal kraf...

Ok, ok...minta maaf bagi yang menunggu cite-cite tentang kraf. Masih belum berkesempatan mahu menulis tentangnya. In shaa Allah, ada beberapa projek kraf yang akan menghiasi di sini. Doakan kami di beri kesempatan untuk menulis cite tentang kraf.

Hari ni kami nak share resepi labu. Bagi yang nak merasai kelainan memasak labu, dan nak rasa something different, boleh la cuba. Yela...selalunya kita jumpa labu masak lemak... labu tumis air.... Kalau bab resepi ni kami memang agak adventure, cuba itu ini. Kalau sedap, kami buat lagi, kalau tak sedap, tak ulang dah la, hehehehe...

Ok, jom kita!


Bahan-bahan yang kita perlukan; 
1/4 biji labu kuning (kupas, potong dan bersihkan)
2 ulas bawang merah (diracik halus)
3 ulas bawang putih (diracik halus)
5 biji cili api (kalau nak lagi pedas boleh tambah. diracik kasar)
1 helai daun kunyit (diracik sederhana halus, nak halus pun ok)
Sejemput ikan bilis
Sedikit minyak
Sedikit garam


1. Mula-mula kita panaskan sedikit minyak. Kemudian, masukkan ikan bilis.
2. Bila ikan bilis dah garing, masukkan bawang dan cili api yang diracik tadi.
3. Tumis hingga bawang dan cili api garing.


4. Pastu, masukkan labu, gaul-gaul jap. 
5. Masukkan daun kunyit pulak.
6. Masukkan garam sikit (ikut tahap kemasinan masing-masing). Teruskan gaul bagi rata dan sebati.
7. Slowkan api, sebab kita nak bagi labu empuk, tapi taknak rencah tumis dengan daun kunyit hangus.
8. Gaul-gaulkan sehinggalah nampak labu dah empuk.
9. Ok, dah siap, tutup api.


Tarrraaaa...dah boleh hidang dan yummm...yumm...yummm...jom kita makan!

Ok, kawan-kawan boleh cuba. Rasanya tip top. Lagi pedas, lagi berapi telinga ^-^ Banyakkan ikan bilis pun sedap gak (thumbs up)

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Illalliqa' dan salam sayang

p/s: Jangan lupa cuba ye
p/s lagi: Jangan buh air, kalau buh air nanti ikan bilis dan rencah tak krup krap, tak best
p/s lagi, dan lagi; Jangan tanya nilai kalori bagai...i tak tau u...i tau masak n makan jek...

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua: Kuah Tak Melimpah Keluar Bila Mendidih

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Lama kita tak berjumpa kan. Rindu pulak rasa. 

Ok, tajuk panjang sangat. Jangan gelak. Sebenarnya tak tau nak cakap macam mana. Tengok je la gambar. 





Boleh guna petua ni kalau tengah masak bubur nasi ke, masak gulai ke. Tengok tu...takjub tak...takjub tak...buih-buih tu tak melimpah keluar pun dari periuk.

Sebenarnya pernah terbaca kat mana ntah pasal ni, tapi dalam hati macam, iyeeeekeeeeee... (tak caya la tu). Sekali terrrrbuat masa masak nasi anak, haaaa...terus rasa takjub sendiri, tu yang snap snap gambar tu.

Senang je kan, letak je senduk kayu kat mulut periuk tu. In shaa Allah kuah tak tumpah dan mengotorkan dapur. Diulangi senduk kayu tau. Bukan senduk besi ke plastik ke, kalau buat tak jadi jangan marah pulak., ni sekadar perkongsian pengalaman kami.

Ok la hari ni nak share ni je.

Ok sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ilham: Button Craft

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Salam Jumaat ^-^

Hari ni nak share apa yang boleh dibuat dengan butang...i love buttons! love so much! Sape-sape yang ada rasa macam nak buang butang tu, meh sini bagi kat kami...kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan <hug>

Macam-macam benda kraf yang boleh buat dengan butang ni, yang penting >>> kreatif! Jom cuci mata tengok kraf daripada butang. Ni suma amik kat internet je. Kami nak buat, takde stok butang yang mencukupi...sobsss....sobsss...sobsss... nak beli, baru terasa, butang ni mahal rupanya wawawawawawawa...butang bungkus a.k.a mushroom lagi mahal. 














Haaaa...teruja tak tengok... daripada kad, kanvas, aksesori, deko, small flower pot, wrapping,....and the list is go on... and on...and on...

Hmmm...hmmm...hmmmm...gatalnya tangan ni nak klik, klik nak order butang online. Haih...haih...haih...


Ada sape-sape tak nak hadiahkan butang banyak macam ni kat kami >-< 

La ni, kami dok bz buat brooch daripada felt, ribbon and fabric. Asalnya hendak buat untuk diri sendiri je. Tak dan dah nak jahit tudung, so kena la pakai brooch. Tapi sian gak kat bb takut tercalar kena brooch besi. So, kami amik inisiatif untuk buat sendiri brooch kain.

Alkisah...ada yang berkenan, sekarang ni tengah bz mendeko, Memenuhi permintaan sahabat-sahabat sume. Harap bersabar ye bagi yang menempah, agak lambat sikit.

Ok sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Purple Vase in da House!

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Alhamdulillah...akhirnya siap juga pasu origami yang ditempah. Maaf, kami tak kenal siapa yang menempah, tempahan dibuat melalui sahabat kami. Buat yang menempah, jazakallahu khairan kathira kerana sudi bertolak ansur dengan kelemahan kami. 

Pasu hanya siap selepas 2 minggu. Asalnya customer mahukan kaler purple + putih. Tapi oleh kerana kami tak jumpa mencari kertas kaler purple pekat (ada purple lembut je) Maka kami tambahkan warna hitam >>> permainan warna, bagi menaikkan seri pasu.

Sebenarnya seminggu dah boleh siap, since customer tak nak buh gam, tak ori katanya.  i likkkeeeee. Yang lambat ialah proses mencari kertas. Dan mencari design pasu yang sesuai.

Hasilnya...

3D Origami: Purple Spiral Vase


Kami juga teruja apabila pasu ini siap

Untuk menghargai customer yang tak kisah berapa lama kami ambil masa untuk siapkan pasu ini, kami dengan rendah hati nak hadiahkan salah satu hasil kraf kami >>> Hand made brooch

Ribbon Brooch

Dan...sahabat kami yang menjadi orang tengah juga tak mahu diketepikan. Dia bertanya, untuk dia dapat apa...Tarrrraaaaa...

Flower Basket

Pasu bunga yang sangat comel, Ingat lagi tak flower basket ni? Kami pernah share tutorialnya di SINI. Cuma yang ini untuk nampak lagi istimewa, kami tambahkan bunga felt di tepi, sweet je kan...

Kesemua item telah di pos hari tu, semoga selamat sampai ke tangan tuannya 

p/s : Sebenarnya bimbang juga andai unit modular tu tercabut, 1st time pos origami 3D ni tak buh gam. Doa...doa...doa...

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

p/s: Terfikir nak buat flower basket ni as salah satu hadiah give away...hmmm...ada sape-sape yang setuju?? ^-^

p/s: tadi kawan wassap, bagitau parcel dah sampai semalam, alhamdulillah sume ok. pos isnin selasa dah sampai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terfikir-fikir untuk buat 1st Give Away

Assalamua'laikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Hmmm...kami terfikir (sambil urut dagu) untuk adakan 1st Giveaway untuk pembaca setia blog kami ni...hmmm...

Agak-agak ada tak yang nak join? 

Cuba komen sikit kalau ada sape-sape yang nak join...Kalau ramai akan banyakkan bilangan hadiah, in shaa Allah...kalau tak ramai, kita buat hadiah unggul je la ^-^

Hadiah dia apa? Surprise la, nanti dah berlangsung baru bagitau, boleh gitu...

Ok la, sila komen ye, kalau memberangsangkan, dah nak prepare untuk siapkan hadiah-hadiah ni ^-^


Mode: Teruja dan seronok!

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illaliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sume-sume pun best

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Minggu lepas ada post gambar kek, ada pulak yang bertanya.

Ha, meh nak promote sikit. Kek tu namanya kek karamel. Atasnya lapisan puding karamel lapisan bawah macam marble kek.

Ok, kek ni, pada kami macam lain la kan, sbb atasnya puding karamel, mungkin satu inovasi baru dalam dunia baking kek (tak pun kami yang tertinggal keretapi... hehehehe ^_- ) Selalu kita tengok kek lapis-lapis kastard/ agar-agar. 

Sebab rasa kek tu istmewa, lain dari yang lain. Tu yang tempah untuk pengasuh anak tu. Nak bagi kat orang biar yang baik-baik kan...yang kita pun suka. 

Bab rasa minta maaf sebab kami tak rasa pun kek tu, terus bagi kat tuannya. Mungkin 1 hari nanti kami pulak yang tempah untuk rasa sendiri, in shaa Allah.

Tapi tanya kat kakak aqma saffiyya, dia kabo, yg lapisan atas tu rasa telur sikit, kek tu sedap sangat...

Diambil dari blog Naufa Shoppe

Menarik, tertarik takkk....kami yang tengok pun macam kecur liur.

Panjang pulak intronya ye...ok, ok, nak tempah ke? Boleh contact Naruana 019 949 3810/ 013 9814287 boleh jenguk blog dia kat SINI kalau kat fb klik kat SINI

Ok, kami sebenarnya mula mengenali tuan punya Naufa Shoppe ni masa sebelum ramadhan lagi. Masa tu sedang terfikir-fikir, apa nak bagi kat sahabat handai, rakan taulan sempena nak sambut ramadhan. Nak beri barang kraf memang tak dan dah nak buat. Nak buat makan-makan pun, sejak ada baby ni bangun awal uruskan anak dan suami, tak dan dah macam dulu-dulu. So, mula la mengoogle (ada ek istilah ni) apa yang sesuai untuk diberikan, Yang penting under bujet. 

Google punya google, sekali terjumpa apam ais krim 

Diambil dari blog Naufa Shoppe
Again,sebab kami rasa macam benda ni lain dari yang lain. So, dengan terujanya kami pun contact, pastu bincang-bincang, akhirnya setuju.





Ni ha yang kami tempah masa ramadhan yang lalu. Kami tempah apam polka dot, dan apam aiskirm. Kami rasa, apam polka dot dari Naufa Shoppe ni yang paling murah kat kuantan. 

Overall, kami sangat puas hati sepanjang berurusan dengan Naufa Shoppe, (dah jadi kawan pun ^^Y) 

Banyak lagi produknya, kawan-kawan boleh la klik-klik ye untuk tengok. Pilih la yang mana berkenan kat hati, kat mata dan perut pun ye jugak...hahahahaha ^o^

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Ilalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

p/s: Again, saya duta tak berbayar...Again, benda yang baik, elok kita panjang-panjang kan ^-^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A Million Thanks Kakak Aqma

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Salam Jumaat,

Hari ni takde nak cerita banyak sangat, dah seminggu pengasuh saffiyya kat taska berhenti. Dia sangat baik, dan sangat elok jaga saffiyya. Saffiyya pun sayang kakak aqmanya.

Saffiyya sekarang tengah adapt untuk terima pengasuh yang baru. 

Diberitahu dalam masa yang singkat, tak sempat nak beri sesuatu yang lebih. Kami hanya sempat buatkan kad dan tempah kek, bagi menghargai jasa kakak aqma saffiyya.




Buat kakak aqma saffiyya, semoga terus sukses. Kami doakan yang terbaik.

Saffiyya akan selalu rindukan kakak aqma. Senang-senang, meh la datang rumah, jumpa saffiyya.

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Ilalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nama Panjangnya Apa...?

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNYA,

Pagi tadi ketika melihat fb, kami terpandangkan gambar ni 


Haaa....amik...berbelit-belit nak sebut nama nenek dengan atuk.

Betul, kami terfikir, apa yang bestnya letak nama anak panjang-panjang. Ntah dari mana datangnya budaya bagi nama anak panjang-panjang ni. Pastu siap dengan nama yang agak glamer dan dengar macam nama mat saleh, bangga sangat gamaknya kalau nama anak dia ala-ala omputih. 

Teringat masa awal kelahiran anak kami (sekarang pun ada gak lagi), bila orang tanya nama apa ni? Kami jawab, Saffiyya. Nama panjangnya apa? Takde...saffiyya je. Malah ada yang tidak percaya bila kami katakan nama anak kami cuma itu, tiada tambahan Nur, atau Siti, atau Puteri, atau apa je la.

Kenapa saffiyya je? Apa makna saffiyya?

Makna saffiyya >>>> Baca kat SINI 

Mengambil iktibar dan teladan dari diri kami sendiri, membuatkan kami sepakat letak hanya satu nama utnuk anak kami. Sebab:

1. Nama sedap, Nur Hayati, makna pun cantik, cahaya hidupku, tapi >>>> kat rumah dan sedara mara panggil angah. Kawan-kawan panggil Yati 

>>>> dua-dua panggilan takde makna yang baik

2. Kat depan nama ada muhammad/ mohd/ ahmad etc. tapi bila panggil anak, tak sebut pun kan, sebut nama selepasnya. Niat dah bagus, letak nama Nabi saw, tapi praktiknya takde.

3. Tengok ramai je letak nama anak panjang-panjang, tapi panggilnya satu nama je. Sangat tak best, nama yang banyak-banyak tu buat apa,  sebut dalam keadaan tertentu je. 

4. Dok fikir, siannya nanti anak aku kena tulis nama dia panjang-panjang bila nak isi kat paper exam ke, kat buku ke, kat borang ke. Kami pun jenuh nak menulis kat borang nama dia kalau panjang-panjang.

5. Dok fikir gak, nak ikut trend letak nama panjang-panjang. Nanti dia pulak letak nama anak dia panjang-panjang...dah nanti generasi depan nama camni Puteri Nur Qasandra Camelia binti Muhammad Darren Daniel Hakim...Fuhhhh....>-< pengsan! (ni contoh! jangan ada yang terasa pulak)

Makin lama, makin sikit je bunyi-bunyi arab a.k.a Islam. Ok, kami kuno.

Mesti akan ada yang kata, tak kisah la bunyinya apa asalkan maksudnya baik-baik. Betul. Kami tak kata salah pun.


Hah, tengok gambar ni teringat P.ngah saffiyya cakap gini, senang nanti masa nak nikah, "Aku nikahkan kau dengan saffiyya..." sebelum berderai tawa. Betulkan...imagine, nak nikah, sian pengantin lelaki, kot nama dia pun panjang, nama perempuan pun panjang. Bukan pengantin laki je jenuh, imam nak nikahkan pun jenuh.

Ok la, tepuk dada, tanya iman.

Ni sekadar pandangan je. Kena berani, takyah takut buat benda yang betul.

Ok, smpai sini dulu, ada kesempatan, kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

p/s: tembamnya saffiyya masa baby 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS