Powered by Blogger.
RSS

Purple Vase in da House!

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Alhamdulillah...akhirnya siap juga pasu origami yang ditempah. Maaf, kami tak kenal siapa yang menempah, tempahan dibuat melalui sahabat kami. Buat yang menempah, jazakallahu khairan kathira kerana sudi bertolak ansur dengan kelemahan kami. 

Pasu hanya siap selepas 2 minggu. Asalnya customer mahukan kaler purple + putih. Tapi oleh kerana kami tak jumpa mencari kertas kaler purple pekat (ada purple lembut je) Maka kami tambahkan warna hitam >>> permainan warna, bagi menaikkan seri pasu.

Sebenarnya seminggu dah boleh siap, since customer tak nak buh gam, tak ori katanya.  i likkkeeeee. Yang lambat ialah proses mencari kertas. Dan mencari design pasu yang sesuai.

Hasilnya...

3D Origami: Purple Spiral Vase


Kami juga teruja apabila pasu ini siap

Untuk menghargai customer yang tak kisah berapa lama kami ambil masa untuk siapkan pasu ini, kami dengan rendah hati nak hadiahkan salah satu hasil kraf kami >>> Hand made brooch

Ribbon Brooch

Dan...sahabat kami yang menjadi orang tengah juga tak mahu diketepikan. Dia bertanya, untuk dia dapat apa...Tarrrraaaaa...

Flower Basket

Pasu bunga yang sangat comel, Ingat lagi tak flower basket ni? Kami pernah share tutorialnya di SINI. Cuma yang ini untuk nampak lagi istimewa, kami tambahkan bunga felt di tepi, sweet je kan...

Kesemua item telah di pos hari tu, semoga selamat sampai ke tangan tuannya 

p/s : Sebenarnya bimbang juga andai unit modular tu tercabut, 1st time pos origami 3D ni tak buh gam. Doa...doa...doa...

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

p/s: Terfikir nak buat flower basket ni as salah satu hadiah give away...hmmm...ada sape-sape yang setuju?? ^-^

p/s: tadi kawan wassap, bagitau parcel dah sampai semalam, alhamdulillah sume ok. pos isnin selasa dah sampai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment