Powered by Blogger.
RSS

Buah Keranji di Dalam Perahu

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Minta maaf kerana tutorial bunga origami masih belum dapat dipaparkan dan dikongsikan, masih dalam usaha, doakan kami dapat kongsikan ilmu itu secepat yang mungkin, amin.

Semalam dah kongsi resepi. Hari ni nak kongsi bab makan gak.

Hari tu pergi tapau nasi untuk lunch kat kafe (seperti biasa).

Mak cik kafe: Ada buah keranjit dalam bekas putih tu, nak amik la
Saya: Buah apa cik?
Mak Cik kafe: Buah keranjit
Saya: Buah keranjit? Ok, nanti Yati amik
(Lepas bayar, terus pergi kat situ, dan tengok buahnya. Ok, 1st time tengok buah ni)
Saya: Cik, Yati amik ni, terima kasih, assalamua'laikum
Mak cik kafe: Waa'laikumussalam

Ini la rupa buah tersebut
Sepanjang nak ke opis sambil berjalan tu dok memikir, ada ke buah keranjit, ke aku salah dengar, buah keranji pernah la aku dengar. Tu pun pernah dengar sebab ada dalam pantun: 

Sorong papan, tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan saya makan
Suruh mengaji saya tak tau

Tengok secara live, nak masuk umur 31 ni belum pernah lagi Y^^

Sampai opis, bukan makan dulu, google dulu. Ok, betul buah keranji, mana ada buah keranjit, aku yang salah dengar.

Setel satu, yang kedua, camna nak makan dia. Ok, dengan perasaan ingin tahu Yati cuba nak bukak kulitnya.

Ok, kulitnya rapuh, keras (walaupun rupa dia ada macam langsat, tapi kulit dia tak mcam tu) Pastu nampak isi dia macam baldu-baldu gitu.

Ok, jangan gelakkan saya, saya jakun....kot! Terus taip kat search engine, cara makan buah keranji (again, tolong jangan gelak)

Lepas baca kat SINI, baru berani nak meneroka buah keranji tu.

Memang tekstur buahnya macam baldu. Sedap makan sekali harung camtu, rasa masam manis. Rasa macam asam jawa pun ye gak. Boleh kot masukkan dalam masakan (nak cuba la nanti...hehehehe)

Kalau makan main cubit-cubit, lagi terasa kemasamannya.

Cuba makan dengan nasi, sedap gak ni kalau buat sambal colek, hahahahaha.

Keesokannya gi kafe

Saya: Mak cik, terima kasih sebab bagi buah keranji tu. 1st time yati makan dan tau rupa buah tu, banyak ilmu dapat, kalau tak tau dalam pantun melayu je
Mak cik kafe: (Gelak) ada student yang tak tau bila mak cik sebut pantun tu, (Ada la beberapa cerita lain, malas nak taip, tapi pokoknya student tu bagi alasan tak tau sebab dia orang bandar)
Saya: Yati pun orang kl gak cik, tau je pantun tu 

Dalam hati, rasa macam, betul, dalam genre puisi, pantun semakin dilupakan. Sedih...sebab yati paling suka lenggok dan lembut pantun melayu, ada budi bahasanya, ada seninya.

Allahu...saya sangat rindu bidang penulisan yang dah bertahun-tahun ditinggalkan.

Ok, berbalik kepada buah keranji tu, alhamdulillah...Allah berikan ilmu baru. Melalui pembacaan, ianya tidak diusahakan secara kormersial, hanya boleh didapati bila ada penerokaan hutan (ianya sejenis pokok hutan). Kot la ada sape-sape yang berminat nak usahakan secara komersial, boleh dipertimbangkan kot. Sebab melalui pembacaan, buah ni ramai gak yang minat, terutama yang memang dah pernah makan dari kecik.

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah

Illalliqa' dan salam sayang

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment