Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,
Mungkin dah terlambat untuk ucapkan "Selamat Tahun Baru" Januari sudah hampir sampai ke hujungnya.
Maafkan kami tidak dapat kerap bersiaran di sini sejak kebelakangan ini. Sedang cuba perbaiki diri agar mampu uruskan masa dengan sebaik-baiknya.
Sejujurnya sangat rindu untuk berjumpa teman-teman di sini. Membaca dan membalas komen. Seronok. Maaf ye andai lewat memberi balasan.
Aha, untuk yang inginkan fast response, boleh wassap kami : 0136698906, in shaa Allah kami akan balas secepat yang mungkin.
Hari ini, sekadar menyapa, bertanyakan khabar sahabat-sahabat di sini, sedang berusaha utk berkongsi segala yang bermanfaat kat sini, in shaa Allah
Azam tahun ni (yang berkaitan dengan blog)
- Sekurang-kurangnya 4 post dalam sebulan
- Sekurang-kurangnya 1 post tutorial (tak kira la masakan ke, kraf ke, jahitan ke) dalam sebulan)
- Tiada ejaan ringkas, dan meminimakan bahasa pasar Y^^
Emmm...lagi...itu je la dulu buat masa ini. Andai mampu bagi komitmen lebih, akan tambahkan senarai tu.
Untuk hari ini, kami belanja gambar kraf bunga dari kain felt.
Kain felt...??? ^^-^^ minat baru ni dalam dunia kraf
Cantikkan ^-^
Kesemua gambar di atas bersumberkan dari enjin carian Google.
Bunga felt ni boleh dipelbagaikan kegunaannya. Boleh buat sebagai brooch kerongsang, letak kat cekak, dijadikan bunga tangan...macam-macam lagi lah.
Berminat nak tempah? Boleh je, PM kami ye. Dah buka untuk tempahan selepas mencuba beberapa tutorial Y^^
Ok, sampai sini dlu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah
Illalliqa' dan salam sayang
~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~
0 comments:
Post a Comment