Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH,
Nampaknya kami masih lagi tidak mampu mengikut azam yang disenaraikan T_T sedih sangat. Minta maaf ye kawan-kawan, banyak benda yang berlaku, satu per satu menyebabkan diri ni perlu refresh semula untuk mencari kekuatan diri.
Apa khabar kawan-kawan semua, sihat? Alhamdulillah... kami pun sihat, alhamdulillah.
Sungguh nikmat kesihatan itu terlalu besar ertinya.
Dalam 2,3 minggu ni kami selalu ulang tayang dan baca kisah-kisah yang boleh membangkitkan semangat untuk terus melangkahkan kaki. Emosi tidak berapa stabil, tapi alhamdulillah, ALLAH tu Maha Pengasih, takkan tak pernah biarkan kita sorang-sorang, betulkan?
Hari ni nak kongsikan video ni ambil kat Youtube. Sangat memberikan inspirasi, betapa kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan. Mungkin hasilnya bukan dalam bentuk wang ringgit.
Diberikan hati yang baik, anak-anak yang sihat, suami yang soleh, ibu yang mithali. Itu semua adalah rezeki.
Tak perlu diukur dengan wang ringgit.
Buat kawan-kawan yang sedang mengalami masalah, menangislah hanya untuk melepaskan lelah sebentar, kemudian, bangkit semula tanpa ada gentar dalam hati ^-^
Ok samapai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah
Illalliqa' dan salam sayang
~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~
0 comments:
Post a Comment