Powered by Blogger.
RSS

Resepi: Labu Goreng Cili Api (Mencipta Suatu Kelainan Untuk Deria Rasa)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA,

Alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan lagi untuk menulis dan berkongsi ilmu di sini ^-^

Tajuk tak menahan ye....hehehehehe... Sebenarnya pernah terniat di dalam hati untuk kongsikan seminggu satu resepi di sini, namun takut tidak kesampaian target tu, so kami target sekurang-kurangnya satu resepi sebulan. Kenapa pulak kongsi resepi...kata blog kraf...asyik cite benda lain je, mananya cite pasal kraf...

Ok, ok...minta maaf bagi yang menunggu cite-cite tentang kraf. Masih belum berkesempatan mahu menulis tentangnya. In shaa Allah, ada beberapa projek kraf yang akan menghiasi di sini. Doakan kami di beri kesempatan untuk menulis cite tentang kraf.

Hari ni kami nak share resepi labu. Bagi yang nak merasai kelainan memasak labu, dan nak rasa something different, boleh la cuba. Yela...selalunya kita jumpa labu masak lemak... labu tumis air.... Kalau bab resepi ni kami memang agak adventure, cuba itu ini. Kalau sedap, kami buat lagi, kalau tak sedap, tak ulang dah la, hehehehe...

Ok, jom kita!


Bahan-bahan yang kita perlukan; 
1/4 biji labu kuning (kupas, potong dan bersihkan)
2 ulas bawang merah (diracik halus)
3 ulas bawang putih (diracik halus)
5 biji cili api (kalau nak lagi pedas boleh tambah. diracik kasar)
1 helai daun kunyit (diracik sederhana halus, nak halus pun ok)
Sejemput ikan bilis
Sedikit minyak
Sedikit garam


1. Mula-mula kita panaskan sedikit minyak. Kemudian, masukkan ikan bilis.
2. Bila ikan bilis dah garing, masukkan bawang dan cili api yang diracik tadi.
3. Tumis hingga bawang dan cili api garing.


4. Pastu, masukkan labu, gaul-gaul jap. 
5. Masukkan daun kunyit pulak.
6. Masukkan garam sikit (ikut tahap kemasinan masing-masing). Teruskan gaul bagi rata dan sebati.
7. Slowkan api, sebab kita nak bagi labu empuk, tapi taknak rencah tumis dengan daun kunyit hangus.
8. Gaul-gaulkan sehinggalah nampak labu dah empuk.
9. Ok, dah siap, tutup api.


Tarrraaaa...dah boleh hidang dan yummm...yumm...yummm...jom kita makan!

Ok, kawan-kawan boleh cuba. Rasanya tip top. Lagi pedas, lagi berapi telinga ^-^ Banyakkan ikan bilis pun sedap gak (thumbs up)

Ok, sampai sini dulu, ada masa kita jumpa lagi, in shaa Allah.

Illalliqa' dan salam sayang

p/s: Jangan lupa cuba ye
p/s lagi: Jangan buh air, kalau buh air nanti ikan bilis dan rencah tak krup krap, tak best
p/s lagi, dan lagi; Jangan tanya nilai kalori bagai...i tak tau u...i tau masak n makan jek...

~ Cinta ~ Ukhwah ~ Hadiah ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

hazwan179 said...

Thanx u, i dah buat..mmg tip top..lol

Leyanita Craft Studio said...

Alhamdulillah...terima kasih mencuba resepi ni ^-^

Post a Comment